Thursday 1 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Bekas Pelajar AF8 Berkahwin Dengan VIP

Posted: 29 Feb 2012 05:12 AM PST


Atmosfera industri seni bagaikan tidak henti-henti dari di datangi angin gosip-gosip liar yang bertebaran di sana-sini.

Terbaru, nama bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Farina hangat diperkatakan setelah beberapa spekulasi liar mengatakan wanita berusia 30 tahun ini bakal berkahwin tidak lama lagi.

Namun, yang menjadi topik hangatnya apabila lelaki yang bakal dikahwininya ini bergelar VIP dan sudah berumah tangga.

Tidak lari dari media mahu pun peminat, Farina atau nama sebenarnya, Zafarina Jamhari yang ketika ini berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja tidak menafikan mengenali VIP tersebut, namun menafikan sekerasnya dakwaan bahawa dia bakal mengakhiri status ibu tunggal yang dipegangnya.

"Saya agak terkejut dengan khabar angin ini kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Saya akui berkawan dengan seorang VIP, tetapi tidaklah sampai tahap untuk berkahwin seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Buat masa ini saya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dan berita perkahwinan yang tersebar itu adalah fitnah," jelasnya.


Enggan ulas gosip bercuti bersama

Menyentuh tentang percutian ke Pulau Langkawi bersama VIP terbabit seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak, Farina bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Buat masa ini saya tidak mahu komen. Insya-Allah setelah pulang dari Sarawak, saya akan beri kenyataan untuk menjawab semua pertanyaan," katanya.

Tambah Farina, walaupun kurang menonjol di televisyen dan akhbar, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian dengan tawaran membuat persembahan di majlis korporat.

Katanya, dia kini dalam perancangan mengeluarkan dua single terbaru. -Sinarharian-

Suhaila (Bekas Isteri Jimmy Shanley) Tuntut Hak Penjagaan Anak

Posted: 29 Feb 2012 05:04 AM PST


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, menetapkan 30 April depan sebagai tarikh bicara kes tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) pasangan kontroversi, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Hakim Mawardi Che Man, menetapkan tarikh berkenaan selepas Jimmy, selaku defendan, menyerahkan afidavit jawapan terhadap tuntutan hadanah yang difailkan isterinya itu.

Bagaimanapun, Mawardi memerintahkan pihak Jimmy, yang diwakili peguam Mohd Noor Aizan Md Idrus, mengemukakan keterangan bagi menyokong dakwaan berkenaan isu kelayakan Nursuhaila yang dipertikainya.

"Isu penjagaan anak ini sebenarnya mudah dari segi undang-undang Islam dan hukum syarak. Selagi anak itu bawah umur, hak penjagaan memang di bawah ibunya," ujar Mawardi.

Mohd Noor Aizan ketika ditemui di luar mahkamah mengesahkan tuntutan hadanah itu difailkan Nursuhaila terhadap Jimmy pada 18 Oktober 2011.

Nursuhaila dilihat berada di premis mahkamah berkenaan, tetapi tidak masuk dalam kamar ketika kes itu disebut. Hanya peguamnya, Sa'adiah Din, yang hadir mewakilinya dalam prosiding. -MH-

'Cahaya Malaika' Jadi Pilihan Mawi & Ekin

Posted: 29 Feb 2012 05:00 AM PST


Pasangan popular, Mawi dan Ekin yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama telah memilih 'Cahaya Malaika' sebagai nama untuk puteri sulung mereka.

Bercakap kepada sebuah protal hiburan, Mawi menjelaskan, 'Cahaya Malaika' yang bermaksud 'Cahaya Permaisuriku' dipilih setelah mendapat persetujuan bersama isterinya, Ekin.

Sungguh indah nama yang diberikan oleh pasangan ini. MH mengharapkan agar Cahaya Malaika membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.  -MH-

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

Posted: 28 Feb 2012 08:09 PM PST



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

 Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..
 
 

By: BERANI PUNYA BUDAK

Video Bakar Al-Quran Oleh Seorang Wanita!

Posted: 28 Feb 2012 07:44 PM PST



Semoga Allah memberikan pengajaran kepada wanita ini dan diberikan hidayah kepadanya kelak. Amin. 

sumber : izyan

Nasib ‘lelaki buih’

Posted: 28 Feb 2012 07:25 PM PST


BERSAMA tiga anak mereka.


MOHAMMAD bersama isteri, Farhat.

HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.

Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

"Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

"Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

"Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.

"Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

"Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

Video Perlakuan Pengasuh Kejam! Sabotaj Majikan Kerana Dibuang Kerja

Posted: 28 Feb 2012 07:20 PM PST



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.





"Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

"Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya. -mstar-

Oscars 2012: The Red Carpet Arrivals (98 Photos)

Posted: 28 Feb 2012 06:05 PM PST


THE Oscar's red carpet is the longest running and most celebrated fashion runaway in history where the biggest stars of the silver screen flaunt their best gowns and suits for Hollywood's biggest awards night.

The Hollywood and Highland Centre in Hollywood, California on Sunday, was given a score of stunning white gowns with Gwyneth Paltrow, Octavia Spencer and Giuliana Rancic showing off the colour in chic and glamourous dresses.

E! commentator Giuliana Rancic herself walk on the red carpet in a white Tony Ward gown with leafy details at the shoulders while Octavia Spencer flaunted her curvaceous figure in an ivory hand-beaded Tadashi Shoji gown.

Even The Muppets' Miss Piggy looked sensational in a white gown sparkling with tons of Fred Leighton diamonds and outshining her amphibian co-star, Kermit the Frog.

Rooney Mara stood out in an elegant and flowy Givenchy gown with finlike details at the bust and crisscrossed straps at the back, while Cameron Diaz showed off an off-white skin-tight Gucci gown with a beaded fringe on the bodice and a matching clutch.

The winner of all red carpet white gowns Resident Evil actress Milla Jovovich, who stole the show in a dazzling, white, bejeweled, one-shoulder gown by Elie Saab Couture.

Not to forget the other colours, Michelle Williams showed up in a flirty and feminine orange strapless Louis Vuitton silk ribbon peplum gown, reminiscent of something Marilyn Monroe would perhaps wear on the red carpet.

Emma Stone also looked feminine and pretty in a red Giambattista Valli gown, tied up with a chic huge bow on the neck.

Likewise, Natalie Portman looked pretty in a sleeveless red polka dot vintage 1954 Dior couture gown.

Oscars 2012: The Red Carpet Arrivals (98 Photos)




credit to http://www.hollywoodreporter.com

Pelakon Lydiawati Kerugian Diperdaya Promoter Singapura

Posted: 28 Feb 2012 05:43 PM PST



PUTRAJAYA: Pelakon Lydiawati telah diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai promoter dengan menawarkannya untuk menjadi pengacara di sebuah majlis Singapura.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon mendakwa, individu yang dikenali sebagai Abdul Malek Ramli itu telah menawarkannya sebanyak RM6,000 untuk tugasan itu pada Jumaat lalu dengan syarat perlu membayar dahulu "cukai pertukaran mata wang asing" sebanyak RM1,400.

"Pada awalnya, saya menerima tawaran tersebut dan apabila diminta untuk membayar cukai seperti yang diperkatakan sebanyak RM700, saya masukkan ke akaun bank miliknya. Saya membayar tanpa banyak soal atas dasar kepercayaan terhadap lelaki tersebut.

"Kemudian, tidak lama kemudian dia meminta saya lagi wang cukai berkenaan. Dan saya mula persoalkan, kenapa saya pula yang perlu membayar wang tersebut sedangkan saya dijemput untuk mengendalikan majlis?

"Bagaimanapun, saya terus terpedaya dan membayar RM700 seperti yang diminta. Apa yang membuatkan saya lebih musykil, dia kata dirinya tidak akan berada pada hari majlis tersebut berlangsung," katanya.

Tambah Lydiawati, apabila berasa seperti diperdayakan oleh lelaki tersebut, dia terpanggil untuk memeriksa sendiri lokasi tempat majlis itu dan ternyata tiada aktiviti seperti yang diperkatakan.

Justeru, pelakon tersebut nekad membatalkan tawaran berkenaan kerana bimbang dia akan diperdaya lagi ketika berada di Singapura nanti.

"Ternyata lelaki itu sangat mencurigakan kerana dia mendakwa dirinya berada di Batam, Indonesia tetapi nombor telefon bimbit yang digunakan adalah nombor di Malaysia.

"Lantas saya membuat keputusan untuk membatalkan tawaran tersebut kerana risau akan ditipu lagi ketika berada di sana. Bagaimanapun, sehingga kini wang saya belum dikembalikan," tuturnya.

Beritahu ibu tunggal kepada dua orang anak ini lagi, dia tidak menyangka lelaki tersebut boleh menipu dirinya yang merupakan seorang anak yatim piatu dan berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada artis-artis lain.

"Kalau terdesak mahukan duit sekalipun, janganlah menipu anak yatim piatu seperti saya. Apa-apa pun, saya percaya ada hikmah di sebaliknya kerana apa yang dapat saya lihat, tawaran kerja semakin banyak selepas kejadian itu," tuturnya.

Bagaimanapun, pelakon ini belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki tersebut. -mstar-

Abby Fana Bukan 'Dibuang' TV3 Kerana Bertudung

Posted: 28 Feb 2012 05:41 PM PST

Wajah terbaru Abby Fana dirakamkan jurugambar The Star, Shaari Che Mat pada 25 Februari lalu.
 
KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.

Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.

"Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.

"Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI," katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat di stesen televisyen itu.

Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.

Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1.

"Kita ni bukan macam di Amerika Syarikat. Di negara itu, usia pengacara bukan ukuran. Tetapi di negara kita, kalau terlalu lama sangat nanti orang cepat jelak," katanya.

Menurut Abby, selepas meninggalkan MHI, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Penyampai Radio Sinar FM yang dikendalikannya sejak lima tahun lalu.

Jelas Abby, tugas sebagai deejay memberi keseronokan yang luar biasa buatnya kerana dengan cara itu sahajalah dia dapat "bersosial" dengan peminat.

"Saya ni tak pernah nak melepak mana-mana tempat pun. Hanya di radio sahajalah saya bersosial. Saya dapat rasakan tekanan dalam diri saya hilang," katanya.

Mengulas mengenai penampilannya bertudung yang dilihat kelihatan lebih manis kata Abby, jiwanya menjadi lebih tenang dan merasakan satu perubahan baru.

Bagaimanapun beliau mahu terus aktif melibatkan diri dalam bidang seni dan akan mempertimbangkan tawaran bergelar pengacara mana-mana program yang berkehendakkan personaliti bertudung.

Menyentuh mengenai calon suami selepas bergelar ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu, Abby yang memiliki dua orang anak iaitu Afiq Nazrin,21, dan Adli,20, serta seorang anak angkat Azra, 19 bulan, memberitahu tidak terfikir ke arah itu.

Beliau lebih selesa dengan kehidupannya sekarang dan menyerahkan jodoh kepada Allah untuk menentukannya.

Dalam perkembangan lain calon Penyampai Radio Wanita Terbaik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPH2011) ini turut aktif dalam perniagaannya sebagai pembekal kelengkapan seperti perabot, zink dan plastik anak benih untuk, Felda Zon Tengah.

Perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi itu tekah dikendalikannya sejak tiga tahun lalu dan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. -mstar-

Tun Mahathir Tidak Halang Anak Berlakon Teater

Posted: 28 Feb 2012 05:38 PM PST

Mazhar Mahathir.

KUALA LUMPUR: Anak angkat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mazhar Mahathir menjelaskan ibu dan bapanya itu tidak pernah menghalang dirinya untuk bergiat aktif dalam bidang teater.

Mazhar, 28, berkata, walaupun bapanya kurang senang dengan pilihannya itu tetapi dia telah berjaya meyakinkan mereka untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita dalam bidang teater.

"Beliau juga seperti bapa-bapa lain di dunia yang sentiasa mahukan terbaik untuk anaknya dan saya tidak terkecuali. Pada awalnya beliau memang kurang senang dengan pilihan saya tetapi apabila melihat kesungguhan saya, dirinya sudah boleh menerima.

"Malah beliau banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih berjaya dan bersemangat mengejar cita-cita," ujarnya kepada mStar Online.

Mazhar ditemui ketika majlis pelancaran teater muzikal Upin & Ipin Isnin. Muzikal itu bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 14 April hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Mazhar berkata, ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah penyokong terbesarnya dan sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk dia mengejar cita-citanya sebagai penggiat teater.

Ujarnya, ibunya itu tidak pernah menghalang penglibatannya dalam dunia teater malah sering turun padang menyaksikan persembahannya jika berkelapangan.

"Kebetulan siri Upin & Ipin adalah kegemarannya dan dia begitu teruja untuk melihat aksi saya dalam teater muzikal ini. Kehadirannya pada majlis pelancaran ini juga adalah begitu bermakna buat saya," ujarnya.

Aksi Mazhar dalam teater muzikal Upin & Ipin.
 
Dalam perkembangan sama, Mazhar berkata dia tidak kisah jika masyarakat sering mengaitkan penglibatan dirinya dalam bidang seni dengan kedua ibu bapanya itu.

Katanya, dia sudah terbiasa dengan keadaan itu bagaimanapun ingin bergerak di atas kaki sendiri untuk menempa nama dalam bidang teater dan bukannya kerana nama orang tuanya.

"Saya tidak kisah orang sering nak kait-kaitkan saya dengan siapa ibu bapa saya tetapi sebolehnya mahu masyarakat menilai saya melalui bakat dan bukannya kerana siapa saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya sebagai pelakon dalam teater muzikal tersebut, Mazhar memberitahu dia berasa seronok dapat terlibat sama dalam pementasan itu kerana ia memberikan pengalaman baru buatnya.

Mazhar berkata, bekerja dengan lebih 60 orang kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang telah memberikannya inspirasi untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

"Walaupun kadang-kala ia akan menjadi kecoh kerana terlalu ramai kanak-kanak dengan pelbagai karenah tetapi mereka semua adalah pelapis berbakat besar dalam dunia teater," ujarnya.

Selain teater Upin & Ipin, Mazhar juga pernah muncul dalam beberapa teater lain seperti teater muzikal Tun Mahathir musim pertama dan kedua, Dream Girls dan beberapa buah teater lain. -mstar-

Mahu Kejutan, Azura (Hot FM) Tidak Tahu Jantina Anak

Posted: 28 Feb 2012 05:34 PM PST

Azura enggan mengetahui jantina anaknya sehinggalah bayi itu dilahirkan.
 
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Hot FM, Azura, 31, enggan mengetahui jantina anak sulung yang dikandungkannya sehinggalah bayi itu lahir.

Azura atau nama sebenarnya, Nik Nur Azura Nik Mahmood berkata, dia yang dijangka bersalin pada April depan sengaja berbuat demikian kerana ingin memberi kejutan kepada dirinya sendiri.

Bagaimanapun suaminya, Shaffique Ahmad Zehnun yang merupakan petugas di TV3 sudah mengetahui jantina anak tersebut.

"Saya sudah berpesan kepada suami supaya jangan beritahu jantina anak kepada saya kerana mahu beri kejutan kepada diri sendiri. Paling penting anak itu nanti sihat dan selamat," ujarnya kepada mStar Online.

Azura yang kini bertugas sebagai Ketua Program Rancangan Hot FM memberitahu, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah ketika membeli barangan keperluan untuk bayinya nanti kerana memilih pakaian daripada rona yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina.

Tambahnya, persiapan juga telah dibuat memandangkan kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.

"Saya beli sikit-sikit supaya tidak kelam kabut dan sehingga kini kelengkapan bayi kami telah pun sedia," ujarnya.

Dalam pada itu, Azura berkata, dia teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya selepas tiga tahun berkahwin dan telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Sebelum ini saya dan suami memang merancang kehamilan kerana ingin menghabiskan masa bersama-sama terlebih dahulu kerana sebelum kahwin kami jarang dapat berjumpa.

"Namun selepas tiga tahun, kami berdua merasakan sudah tiba masanya untuk memiliki anak dan teruja menanti kelahiran bayi pertama," katanya.

Sementara itu, Azura berkata, dia akan bersalin di Kuala Lumpur sebelum kembali ke kampung halamannya di Kuala Terengganu untuk menjalani proses berpantang selama dua bulan.

Katanya, dia juga mungkin akan mengambil seorang pembantu rumah untuk menjaga anaknya nanti kerana bakal berpindah ke rumah sendiri selepas habis berpantang.

"Sebelum ini saya dan suami duduk di rumah mertua di Danau Kota, Setapak dan selepas habis berpantang kami akan berpindah ke Damansara Damai kerana lebih dekat dengan pejabat.

"Ia bakal memudahkan saya untuk berulang alik dari pejabat ke rumah untuk menjenguk anak nanti," ujarnya. -mstar-

Haiza Angkat Irama Dangdut Walaupun Rakam Lagu Pop

Posted: 28 Feb 2012 05:33 PM PST


Haiza

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut terkenal, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, menjelaskan tidak akan meninggalkan muzik dangdut yang diperjuangkannya selama ini walaupun muncul dengan single genre pop.

Haiza, 32, berkata, dia masih memasang impian untuk menghasilkan sebuah album dangdut pada masa hadapan.

"Jujurnya jiwa saya masih melekat dengan muzik dangdut. Tetapi pada masa sama saya perlu mengikut perubahan semasa dan kehendak pendengar yang mahukan sesuatu yang lain.

"Kemunculan album single berjudul "Semalam" adalah usaha dalam memikat hati pendengar selain ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karier saya," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran single tersebut di Redbox Sogo, di sini, Selasa.

Tambahnya, walaupun masih mencintai muzik dangdut dia perlu membuang egonya demi memastikan perjalanan karier seninya seiring dengan keadaan semasa industri muzik.

Ujarnya, sebelum muncul dengan "Semalam" dia telah melakukan pelbagai kajian tentang selera pendengar di negara ini bagi memastikan lagu itu diterima peminat.

"Saya telah melakukan sehabis baik untuk "Semalam" dengan meletakkan ego saya jauh-jauh walaupun sebenarnya ingin merakamkan lagu berentak dangdut.

"Selebihnya terpulang kepada penilaian pendengar sama ada ingin menerima atau tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata dia tidak mahu terus menyalahkan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu genre dangdut sebaliknya mengikut kehendak mereka.

Haiza memberitahu dia percaya pihak stesen radio mempunyai alasan tersendiri mengapa enggan memutarkan lagu-lagu berkenaan.

"Kalau asyik menyalahkan mereka kita juga rugi sebaliknya lebih baik kita kaji mengapa mereka berbuat demikian.

"Atas dasar itu juga saya muncul dengan genre pop tetapi masih menyelitkan sedikit elemen dangdut di dalamnya dengan memberikan nafas baru.

"Saya harap masih akan ruang untuk lagu saya diputarkan di stesen-stesen radio popular di negara ini," katanya.

Dia juga gembira apabila single itu telah berjaya dijual sebanyak 500 unit secara dalam talian dan ketika mengadakan persembahan.

Haiza berkata, itu adalah petanda baik buat dirinya yang sebelum ini telah bertungkus lumus memastikan hasil kerjanya diterima.

Sementara itu, Haiza berkata dia turut menggunakan medium laman Youtube sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu.

"Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar," ujarnya.

Selain lagu "Semalam" ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu "Marilah Padaku" ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Bagi yang ingin mendapatkan album single "Semalam" boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi.-mstar-

Rihanna Dikecam Kerana Berbaik Dengan Chris Brown

Posted: 28 Feb 2012 05:32 PM PST


Rihanna.

PENYANYI Rihanna yang popular dengan lagu Umbrella dikecam hebat oleh peminatnya selepas dia membuat keputusan bertaut semula dengan kekasihnya Chris Brown.

Menerusi lawan Twitter, para peminat penyanyi itu melemparkan kata-kata negatif terhadapnya ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi kesayangan mereka itu.

"Saya sudah hilang rasa hormat kepada Rihanna dan dia tidak sepatutnya berbaik dengan Chris," kata salah satu Twitter yang membantah hubungan tersebut.


Chris Brown.

Rasa kecewa peminatnya bertambah hebat apabila Rihanna mengundang Chris menghadiri majlis hari jadinya pada 13 Februari lalu dan pasangan itu berduet menerusi sebuah lagu milik Rihanna berjudul Birthday Cake.

Pasangan ini berpisah setelah Chris dilaporkan menyerang Rihanna secara fizikal pada 2009 hingga menyebabkan dia cedera pada wajahnya.

Mentor Rihanna, Jay-Z juga dilaporkan tidak senang dengan tindakan protogenya itu berbaik dengan Chris kerana menganggap tindakan lelaki tersebut tidak boleh dimaafkan. -mstar-

Jennifer Aniston Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini

Posted: 28 Feb 2012 05:31 PM PST


Jennifer Aniston.

SEJAK bercerai dengan bekas suaminya, Bard Pitt, Jennifer Aniston dilihat serik untuk berkahwin semula.

Namun sejak menjalinkan hubungan dengan kekasih barunya iaitu, Justin Theroux, pendiriannya mula berubah.

Daily Mail melaporkan, bintang siri Friends itu dikhabarkan sudah bersedia untuk kembali berumah tangga apabila memberitahu teman rapatnya akan berkahwin pada hujung tahun ini.

Malah sejak mengumumkan hubungan mereka kepada media, pasangan ini sering tampil di khalayak tanpa berselindung.



"Dia yakin dengan pilihannya kali ini dan memberitahu akan berkahwin pada hujung tahun nanti," ujar salah seorang teman rapat pelakon itu.

Bagaimanapun, walaupun sering kelihatan bersama, Jennifer, 43, jarang menunjukkan kemesraannya bersama kekasih namun buat pertama kalinya pasangan itu berkucupan mesra saat Justin hadir dalam sebuah acara di Hollywood. -mstar-

Wanita pertama Pakistan menang Oscar

Posted: 28 Feb 2012 05:27 PM PST


 SHARMEEN Obaid-Chinoy memegang anugerah Oscar bersama dengan Daniel Junge di Hollywood pada Ahad lalu.



ISLAMABAD, Pakistan – Akhbar-akhbar di sini semalam memuji seorang pengarah wanita muda negara ini, Sharmeen Obaid-Chinoy apabila menjadi warga Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy bagi kategori dokumentari pendek terbaik menerusi filem Saving Face.

Gambar-gambar Sharmeen, 33, ketika menerima patung Oscar dalam anugerah itu di Hollywood disiarkan di muka depan akhbar-akhbar Pakistan.

Filem Saving Face mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.

Dokumentari itu diarahkan Sharmeen bersama dengan Daniel Junge.

Akhbar berbahasa Inggeris tertua Pakistan, Dawn, menyatakan kemenangan Sharmeen dialu-alukan kerana liputan media asing terhadap negara ini kerap tertumpu kepada Al-Qaeda, Taliban, kemiskinan, rasuah dan senjata nuklear. – Agensi

Apartmen runtuh kerana paip gas meletup

Posted: 28 Feb 2012 05:23 PM PST

 BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa lokasi runtuhan bangunan apartmen di bandar Astrakhan, Rusia semalam.

MOSCOW - Beberapa pegawai menyatakan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas satu bahagian bangunan apartmen setinggi sembilan tingkat di Rusia runtuh berpunca daripada satu letupan paip gas.

Letupan dan runtuhan yang berlaku di bandar Astrakhan yang terletak 1,300 kilometer dari tenggara bandar raya Moscow itu turut menyebabkan lima mangsa hilang.

Beratus-ratus anggota penyelamat mencari mangsa yang hilang di celah runtuhan semalam.

Perdana Menteri, Vladimir Putin telah mengarahkan tugas beberapa pegawai syarikat gas tempatan digantung sehingga siasatan letupan tersebut selesai dilakukan.

Letupan disebabkan oleh paip bocor di bangunan apartmen di Rusia yang kerap berlaku.

Putin turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya mencari apartmen baharu untuk semua penduduk di sekitar bangunan tersebut. - Agensi

Gaun Angelina Jolie, Jennifer Lopez jadi isu di Twitter

Posted: 28 Feb 2012 05:19 PM PST

 
GAUN yang dipakai oleh Jennifer Lopez pada Anugerah Academy di Hollywood pada Ahad lalu.

LOS ANGELES - Dua aktres terkenal, Angelina Jolie dan Jennifer Lopez mendapat perhatian di laman sosial Twitter kelmarin berhubung pakaian mereka pada Anugerah Academy kali ke-84 di Hollywood.

Pada anugerah itu, Jolie, 36, memakai gaun labuh yang mempunyai belahan dan berwarna hitam.

Jolie juga kerap mendedahkan paha dan kaki kanannya semasa dia berjalan dan berdiri.

Lopez, 42, yang juga dikenali sebagai JLo mengenakan gaun putih hampir menampakkan keseluruhan payudara kirinya ketika dia dan Jolie menaiki ke pentas bagi menyampaikan anugerah Oscar pada Ahad lalu.

Dalam tempoh kurang satu jam, seorang pengguna telah mewujudkan satu akaun Twitter @AngiesRightLeg berhubung dengan kaki kanan Jolie.

Ia mempunyai lebih 15,500 pengikut pada Isnin lalu.

"Lihatlah saya!," kata mesej di Twitter tersebut selepas 45 minit Jolie naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah dengan gayanya yang menggoda tanpa rasa malu ketika mendedahkan kaki kanannya.

Sementara itu, akaun Twitter tentang payudara Lopez, @JLosNipple diwujudkan lebih awal daripada @AngiesRightLeg.

"Bukan salah JLo, Saya tidak boleh bernafas," kata salah satu mesej di Twitter.

Namun, menurut laman akhbar Los Angeles Times, akaun Twitter @JLosNipple tidak begitu popular seperti @AngiesRightLeg kerana ia hanya diikuti kira-kira 2,500 pengikut pada Isnin lalu. - Agensi

Kelas seni menghias haiwan yang diawet

Posted: 28 Feb 2012 04:50 PM PST


SEORANG pelajar meletakkan gitar mainan di celah kaki seekor tikus yang telah diawet.



BROOKLYN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kelas seni yang mengajar menghias haiwan yang telah diawet dibuka kepada orang ramai di kawasan kejiranan Gowanus di sini.

Kelas selama empat jam itu mengajar pelajar cara untuk menghias haiwan yang telah diawet dengan memakaikan pakaian.

Para pelajar juga diajar cara untuk menjadikan tikus yang telah diawet duduk dan membuat gaya seperti manusia.

Seni itu amat popular semasa zaman pemerintahan Ratu Victoria di Britain.

Kelas itu diajar oleh seorang artis tatu, Susan Jeiven.- Agensi

Petani bina pesawat di atas bumbung rumah

Posted: 28 Feb 2012 04:48 PM PST


 PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.



KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters

No comments: