Tuesday 7 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


PANAS! Hubungan Mesra Hans Isaac Dan Neelofa

Posted: 06 Feb 2012 03:36 AM PST



Penghujung November tahun lalu, ada satu artikel di dalam portal murai.com.my berkenaan aktor kacak, Hans Isaac, 41, yang dikatakan sedang dalam proses mengenali hati budi si cantik manis, Neelofa.

Tapi, Hans kata hubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan profesional semata-mata. Itupun selepas satu sama lain telah dipertemukan dalam penggambaran filem Kampung Lemak Santan yang telah memulakan penggambaran pada 8 Oktober lalu.

Sebelum itu juga, mereka dikatakan intim dan dilihat telah keluar bersama sebagai pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara.

Terbaru, akhbar tabloid, Harian Metro di ruangan gosip mengatakan Hans Isaac telah sekali lagi kelihatan bersama Neelofa ketika tayangan malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Alamak, adakah mereka sudah mengenali hati budi masing-masing?

Kalau tak silap , sudah lebih dua bulan, mereka mengenali satu sama lain. Laporan itu juga menyatakan yang Hans memang kelihatan begitu mesra dengan Neelofa.

Malah rancangan gosip hiburan popular, Melodi semalam telah berjaya mendapat penjelasan daripada kedua-dua wajah popular berkenaan dalam dua majlis berasingan mengenai status perhubungan mereka.

Apa yang dapat saksikan, kedua-duanya seperti main tarik tali pula. Jika Hans meminta Neelofa memberi kenyataannya sendiri, begitu pula dengan si cantik Neelofa yang seakan enggan mengaku kebenarannya.

Alahai sukar nak diulas lebih lanjut. Kerana sejak dari dulu lagi memang faham sangat dengan kerenah percintaan Hans ni dan Neelofa pula boleh disifatkan sebagai pendatang baru yang jinak-jinak merpati. Tak gitu.

Apapun kita doakan agar mereka berdua berbahagia, walaupun sekiranya mereka tidak bercinta. -murai batu-

Joey dan Watie Bahagia Setelah Hubungan Direstui Ibu

Posted: 06 Feb 2012 03:28 AM PST



Pelakon dan penyanyi, Zulkifli Daud atau Joey akui bahagia melihat ibunya melayan dan menerima bekas anggota Elite, Norwatie Sadal atau Watie Elite sebagai isterinya yang baru dinikahinya pada penghujung tahun lalu.

Malah, Joey yang pernah menjadi vokalis kumpulan Exist itu berkata dia seolah-oleh cemburu melihat kemesraan isteri bersama ibunya yang tidak ubah seperti ibu dan anak kandung.

"Alhamdulilah, setelah mengharungi alam rumah tangga baru bersama Watie, kehidupan kami semakin bahagia. Saya lalui kehidupan berbeza bersama isteri yang baru.

"Lebih membahagiakan saya lagi, apabila ibu saya sendiri terlalu sukakan Watie dan mereka kelihatan cukup mesra sekali.

"Mungkin disebabkan sikap Watie yang periang dan peramah serta menghormati orang tua itu, telah membuatkan ibu saya senang bersamanya.

"Apa-apa pun saya minta, kebahagiaan yang saya miliki ini akan berkekalan," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my

Joey telah disahkan bercerai dengan bekas isterinya, Noraini Mohammad Nasir, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang pada 11 Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, Watie telah dituduh menjadi orang ketiga serta penyebab kepada keruntuhan rumah tangga Joey oleh isterinya.

Namun, baik Joey ataupun Watie masing-masing telah menafikannya.

Meskipun, sudah selamat bernikah, namun masing-masing belum mahu memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka dan Joey akui belum bersedia untuk mengwar-warkannya kepada pihak media.

"Bila tiba masanya, saya akan memperjelaskan semuanya. Cukuplah saya beritahu kami sudah bernikah pada penghujung tahun lalu.

"Lagipun untuk kebaikan kedua-dua pihak, kami sudah merancang untuk mengadakan majlis respsi.

"Cuma bila masanya pun kami tidak dapat tentukan kerana kami sedang sibuk dengan kerjaya masing -masing," jelasnya lagi.

Joey yang kini sedang menjalani proses penggambaran filem Pak Pong bakal merakamkan album dengan kumpulan Exist tidak lama lagi. -murai-

Ema AF8 Akui Selesa Bersama Keroz Nazri

Posted: 06 Feb 2012 03:20 AM PST


Bintang Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Emma Suhaimi atau Emma AF8 akui serasi bersama komposer dan penyanyi, Keroz Nazri yang juga bekas pelajar program realiti Key Note.

Meskipun baru menjalinkan perkenalan sejak kurang dua tahun lalu, Emma AF8 berkata hubungan mereka kini semakin akrab sejak dipertemukan dalam satu majlis yang pernah diadakan oleh portal murai.com.my iaitu Yok Sahur 3 pada tahun 2010.

"Kami mula berkenalan dan menjalinkan persahabatan sejak program yang dianjurkan oleh portal murai.com.my pada Ramadhan tahun 2010.

"Selepas itu, kami mula rapat kerana kami begitu senang berkongsi mengenai minat kami dalam bidang muzik.

"Sejak dari itu, saya akui mula rapat dan sering keluar bersama-sama untuk makan dan sebagainya.

"Saya jadi senang dan selesa dengan sikapnya yang sudi terima diri saya seadanya.

"Saya anggap dia seorang sahabat yang setia, kerana dia ada bersama saya dalam susah dan juga senang," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Sebelum ini Ema dan Keroz sering kelihatan bersama di majlis hiburan.

Paling jelas sekali mereka kelihatan mesra bersama berjalan seiringin di karpet merah, majlis Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) baru-baru ini.

Selesa dengan hubungan sebagai seorang sahabat, Ema menafikan dia kini menjalinkan hubungan cinta.

"Terus-terang, saya lebih selesa berkawan dengannya dan rasanya tidak lebih daripada itu. Saya akui memang kami selalu keluar bersama walaupun bukan pergi ke majlis hiburan.

"Saya selesa dengannya kerana saya boleh jadi diri saya dan tidak perlu untuk control ayu macam gadis-gadis lain bila bersama lelaki lain atau kekasih.

"Tambahan pula, saya seorang gadis yang agak kasar. Jadi kalau kami bercinta saya takut kami tidak dapat kekalkan hubungan sahabat yang saya anggap sangat manis ini,"luahannya lagi.

Ema kini dalam proses menyiapkan single keduanya berjudul Sesaat Untuk Ku yang dihasilkan bersama-sama Keros Nazri. -murai-

Datuk Siti Nurhaliza Ada 8 Saman Trafik Tertunggak!

Posted: 05 Feb 2012 06:49 PM PST

 

Aku ada terbaca satu artikel dari blog kakionline. Dia tulis situ yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza ada banyak saman yang belum dibayar. Saman tu ada 8 yang tertunggak dan bernilai keseluruhannya RM1930.00. Saman tu tertunggak dari tahun 2011. Aku rasa bukan Datuk Siti takder duit nak bayar, maybe dia tak sempat lah tu. Tak pun, dia tengah tunggu time promosi diskaun saman...hehehe :) 
Percaya atau tak,jom tengok sendiri butir-butir saman yang dikenakan pada Datuk Siti kita ni... :)

 
Klik SINI untuk lihat saman Datuk Siti. 

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Selayang (131 Kekosongan )

Posted: 05 Feb 2012 06:25 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-wPIdnIe7esY/Ty8c6KINThI/AAAAAAAAD3A/i0sns9saTQY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BPerbandaran%2BSelayang%2B%2528MPS%2529.gif

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. PEGAWAI PENERANGAN
2. PEGAWAI PENILAIAN
3. JURUTERA
4. PEGAWAI VETERINAR
5. PEGAWAI PERUBATAN
6. PENOLONG AKAUNTAN
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
9. PENOLONG JURUTERA AWAM
10. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
11. PENOLONG JURUAUDIT W2-1
12. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
14. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
15. PEMBANTU PERTANIAN
16. JURUTEKNIK
17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
18. PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI)
19. PEMBANTU PENILAIAN
20. PEMBANTU PENGUATKUASA
21. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
22. PEMBANTU AWAM
23. PEMBANTU OPERASI

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;

ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan; (salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang)

iv. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 Februari 2012 (Pukul 5.00 Petang)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Jempol (MDJL)

Posted: 05 Feb 2012 06:23 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-sn_FQJ3f840/Ty4oWvaSEiI/AAAAAAAAD2Y/D3T35Rf9Pdo/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BDaerah%2BJempol%2B%2528MDJL%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada Kakitangan Majlis Daerah Jempol yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N4-3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.

2. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

3. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 FEBRUARI 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Posted: 05 Feb 2012 06:17 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-Dz82t_RXsyc/Ty4oWhvQpmI/AAAAAAAAD2o/YXNeZuxzSlo/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPertubuhan%2BBerita%2BNasional%2BMalaysia%2B%2528BERNAMA%2529.jpg

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. WARTAWAN
2. PEGAWAI BERITA

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2012 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Permohonan Pada 20 Februari 2012

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

Manchester United Bangkit Untuk Kongsi Mata Dengan Chelsea

Posted: 05 Feb 2012 05:49 PM PST


Javier Hernandez
STAMFORD BRIDGE - Manchester United (MU) bekerja keras untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan tiga gol di belakang dan berkongsi mata dengan Chelsea dalam perlawanan dramatik di Stamford Bridge.

Keputusan itu membolehkan pasukan diterajui Sir Alex Ferguson menafikan kekalahan berterusan mereka di tempat lawan sepanjang sedekad lalu. 

Gol sendiri Jonny Evans telah membolehkan Chelsea berada di depan sebelum jaringan Juan Mata dan David Luiz, masing-masing pada minit ke-36, 46 dan 51, yang meletakkan tuan rumah berada dalam kedudukan selesa.

Harapan MU pada persaingan Liga Perdana Inggeris malam tadi pulih dengan dua tendangan penalti yang diberikan oleh pengadil, Howard Webb dan kedua-duanya disempurnakan oleh Wayne Rooney pada minit ke-58 dan 70. 

Gol ketiga MU disumbangkan oleh Javier Hernandez pada minit ke-84.

Kedudukan seri 3-3 ini meletakkan MU kekal di belakang peneraju Liga Perdana Manchester City dengan perbezaan dua mata.

Manchester City dan MU memiliki 57 dan 55 mata hasil 24 perlawanan setakat ini. -sinarharian-

Bapa Apek Dah Tak Boleh Tahan

Posted: 05 Feb 2012 05:46 PM PST


TERKILAN...Che Mat melihat laporan mengenai Apek dalam Harian Metro kelmarin.

KOTA BHARU: "Kami tertekan dan ada yang menuduh saya tidak pandai menjaga anak," kata Che Mat Hussin, 60, mengenai penyebaran fitnah terhadap anaknya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apek.

Che Mat yang ternyata kecewa dengan perkara itu menjelaskan, dia tidak tahan melihat satu demi satu kontroversi melanda anaknya sejak kebelakangan ini.

Katanya, dia runsing apabila mendapat tahu anaknya menjadi mangsa fitnah, termasuk didakwa merampas tunang orang.

"Hati bapa mana yang tidak berkecai jika anaknya sering dilanda kontroversi seperti ini.

"Kami sekeluarga turut menerima tempiasnya walaupun perkara itu tidak berlaku.

"Saudara-mara dan jiran terdekat turut bertanya mengenai isu ini. Sebagai bapa, saya kenal Khairul Fahmi dan tidak mungkin dia buat perkara itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Cherang, di sini, semalam.

Saintis temui planet asing sesuai didiami

Posted: 05 Feb 2012 05:38 PM PST


Saintis temui planet asing sesuai didiami
MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.

Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.

Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.

"Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya," menurutnya.

Malaysia sudah boleh lupa hasrat ke Olimpik London

Posted: 05 Feb 2012 05:37 PM PST


Harimau Malaya
KUALA LUMPUR - Malaysia sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, malam tadi.

Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 November lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2.

Pada perlawanan malam tadi, skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada babk kedua untuk menyamakan keduduk menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-84 selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal Wan Noor. 

Tersentak dengan gol tersebut, pengendali sementara Bahrain Peter Taylor membuat pertukaran tiga pemain dan hasilnya pemain tengah tuan rumah Husain A.

Jalil Khalil Al Farhan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Bahrain pada minit ke-89. 

Kemenangan tersebut membolehkan Bahrain mengumpul enam mata untuk mengekalkan kedudukan ketiga kumpulan manakala skuad negara terus menduduki tangga tercorot tanpa mengutip mata selepas empat perlawanan.

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada 22 Februari ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Syria pada 14 Mac ini di laman lawan.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Syria mengatasi  Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan.

Gol Syria dijaringkan oleh Mohamad Ahmad Fares pada minit ke-18 dan Ahmad Al-Salih pada minit ke-90 manakala gol saguhati Jepun dijaringkan oleh Kensuke Nagai pada minit ke-45.

Kemenangan tersebut membolehkan Syria merampas kedudukan pendahulu daripada Jepun dengan mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. - Bernama

Miliki kebolehan luar biasa remaja Kelantan

Posted: 05 Feb 2012 05:35 PM PST


Budak ajaib
BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
 
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
 
"Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar," katanya.
 
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
 
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
 
"Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada," katanya.

 
Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
 
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
 
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
 
"Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air," katanya.
 
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
 
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
 
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
 
"Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar," katanya.

 
Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
 
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
 
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti 'mok' dan 'ayah'.
 
"Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah," katanya.
 
Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
 
"Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
 
"Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea," katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
 
Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

 
Jalani rawatan alternatif
 
Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
 
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
 
"Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital," katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
 
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
 
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja. -sinarharian-

'Azura 2012' Hambar dan Lesu Pada Penceritaan

Posted: 05 Feb 2012 05:15 PM PST

Zek dan Azura membuktikan cinta sebenar dalam diri mereka.

ENTAH di mana silapnya, filem Azura 2012 yang memulakan tayangan pada 2 Februari lalu, dirasakan bagai lagu yang beralun tanpa irama.

Penantian terhadap filem yang heboh dicanangkan sejak setahun yang lalu itu berkesudahan dengan sia-sia.

Mungkin kekecewaan ini sekadar dikongsi majoriti pengamal media atau ia turut dirasai oleh khalayak lebih luas di luar sana.

Yang jelas, Azura 2012 tampak lesu dan kusam di layar, tidak ubah seperti minda yang kekurangan oksigen.

Justeru, perjalanan filem yang berlangsung selama dua jam itu dirasakan hambar dan gagal mengikat tumpuan.

Tanpa perlu saya membandingkan versi baru ini dengan karya asal yang diterbitkan pada 1984 itu, jenama Azura sememangnya kukuh terpasak dalam minda dan hati peminat filem Melayu.

Maka, mahu tidak mahu filem ini tidak boleh lari daripada menjadi bahan perbandingan.

Sekalipun kita mengambil pendekatan untuk bersikap terbuka dan berlaku adil tanpa membuat perbandingan, saya kira Azura 2012 kurang meyakinkan untuk diangkat sebagai karya segar yang utuh dan tersendiri.

Filem ini tidak hanya bersifat hambar dan lesu pada penceritaan, malah ia juga tidak digarap sebaik mana.

Aziz M. Osman (kiri) bersama barisan pelakon 'Azura 2012'

Kupasan dan konflik yang cuba disuntik tidak memberikan impak yang diharapkan, malah ia dikusutkan lagi dengan pembinaan plot yang lemah.

Kesan yang lebih memeritkan tentang filem ini adalah persepsi negatif yang akan melekat pada jenama Aziz M Osman sebagai pengarah filem berkaliber dan kreatif.

Ini kerana kerapuhan Azura 2012 seolah memperlihatkan kegagalan Aziz dalam memelihara sentuhan magisnya menerusi karya-karya yang mengagumkan sebelum ini termasuk Fantasia, XX Ray, Puteri Impian dan Senario Lagi.

Melihatkan kepincangan Azura 2012 lantas mengundang persoalan ke mana hilangnya magis pengarah itu.

Jika pada era 1990-an dan awal 2000, Aziz mampu melonjakkan dirinya sebagai pengarah gred A tanpa bajet dan teknologi seperti hari ini, apa sudah jadi dengan Azura 2012?

Pada aspek pemasaran dan penjenamaan, filem ini boleh berbangga dengan pertaruhan dua bintang sama cantik, sama padan iaitu Neelofa sebagai Azura dan Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jazle (Zek) yang tidak dinafikan pasti memukau pancaindera.

Pun begitu, apa ertinya apabila keindahan itu gagal diimbangi pengisian yang memberangsangkan?

Percubaan sulung Neelofa sebagai bintang filem boleh dianggap sederhana sahaja.Ia bukan penterjemahan luar biasa yang meyakinkan namun memperlihatkan potensi aktres itu untuk berkembang.

Cukup bertuah bagi jelitawan ini kerana kelibatnya dilengkapi pakej fizikal yang sempurna pada visual.

Sementara bagi si hero Shahrizal pula dilihat lebih meyakinkan dan berkesan dalam menterjemahkan Zek.

'Azura 2012' benar-benar menguji keupayaan Shahrizal dan Neelofa.

Permainan emosi dan gestur Shahrizal, seorang lelaki dangkal yang berdepan dilema untuk memilih antara gadis pujaan dan keluarga itu dicernakan dengan baik.

Malah tenaga dan momentum jejaka ini tampak lebih menyerlah secara keseluruhannya.

Bersandarkan pada faktor-X dua bintang muda itu, saya tidak ragu filem ini mampu menarik penonton tetapi bagaimana kalau elemen tersebut berakhir dengan kecelaruan pada pengisiannya?

Apakah pengarah berpengaruh seperti Aziz boleh berbangga dengan kelebihan itu dan memejamkan sebelah mata dengan kekurangan yang terbentang asalkan ia mampu mengutip jutaan ringgit?

Jika itu sasarannya, tidak salah jika saya menyifatkan penghasilan naskhah ini sebagai satu kerugian kerana ia tidak memanfaatkan nilai jenama filem itu dan kredibiliti Aziz secara optimum.

Secara ringkas, Azura 2012 yang diadaptasi berdasarkan konsep dan perwatakan filem 1984 itu menyingkap kisah percintaan dua insan bernama Azura (Neelofa) dan Zek (Shahrizal Jaszle) memperjuangkan cinta mereka dan mengharungi halangan keluarga dan konflik kehidupan. -mstar-

Ujibakat Mentor 5: Ogy Kecewa Peserta Tiada Persedian Rapi

Posted: 05 Feb 2012 05:10 PM PST

Ogy ingin mencari protege yang mempunyai personaliti yang tersendiri.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy meluahkan rasa kecewa apabila mendapati peserta yang menghadiri ke ujibakat pencarian protege bagi program 'Mentor' musim ke-5 tidak membuat persediaan yang cukup.

Ogy yang dipertanggungjawabkan sebagai mentor dalam program itu berkata, kebanyakan peserta yang hadir tidak mempunyai keyakinan diri dan kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah masalah lupa lirik, dimana ia tidak seharusnya berlaku bagi seseorang yang yang ke ujibakat pertandingan nyanyian.

"Mereka (peserta) tidak mempunyai persiapan yang rapi dan sering mengikut cara nyanyian penyanyi idola masing-masing.

Ogy bersama para juri yang membantunya menilai para peserta.

"Saya tidak mahu itu, sebaliknya, saya mahu mencari protege yang mempunyai personaliti yang original walaupun bakatnya masih lagi kasar, itu bukanlah satu masalah jika mereka mahu menimba ilmu daripada saya," katanya yang ditemui pada sesi ujibakat bersama Ogu di Sri Pentas TV3, di sini, Sabtu.

Tambah Ogy, dia juga berharap agar para peserta tidak gemuruh apabila menjalani sesi ujibakat tersebut.

Dalam pada itu, ujarnya, dia bukannya seorang mentor yang terlalu cerewet dalam pemilihan protege, tetapi ingin mencari protege yang benar-benar bercita-cita untuk bergelar sebagai seorang penyanyi agar dapat berkongsi pengalaman selama 38 tahun dia berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Sementara itu, Ogy tidak sangka apabila lebih daripada 400 peserta hadir mencuba nasib untuk menjadi protegenya.

Salah seorang peserta yang diujibakat.

"Orang sering melabelkan saya sebagai seorang selebriti yang garang, dan ia membuatkan diri ini berasa tidak ramai yang akan hadir ke sesi ujibakat saya.

"Tak sangka pula ramai yang hadir dan saya amat menghargai peserta-peserta tersebut. Ini menunjukkan, mereka berani mencuba walaupun mendengar macam-macam tentang saya," selorohnya.

Miskin, Bapa Michael Jackson Jual Minyak Wangi Murah

Posted: 05 Feb 2012 05:07 PM PST



WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.

Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.

Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.

Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.

Foto Joe Jackson yang diambil dari jauh oleh TMZ.

Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil, berniaga demi meneruskan kehidupan.

Tidak seperti keluarganya yang lain, sejak dahulu lagi Joe bukanlah seorang yang suka tampil di khalayak umum, tatkala di saat kejayaan mahupun kematian Michael, lelaki ini lebih senang merendah diri.

Brad Pitt Jijik Dengan Tabiatnya Yang Pernah Mengambil Ganja

Posted: 05 Feb 2012 05:04 PM PST



PELAKON Brad Pitt berkongsi pengalamannya ketika zaman muda dimana dia mula berhenti mengambil ganja kerana berasa jijik dengan tabiat itu selain tidak mahu mencalarkan reputasi kerjayanya.

Mengakui telah banyak menghabiskan wang kerana ganja sekitar 90-an, pelakon yang kini berusia 48 tahun itu dapat merasakan penggunaan dadah mula memberi kesan negatif ke atas kerja-kerja yang dilakukannya.

"Saya mengambil ganja sehingga menjadi obses dengannya dan lama-lama rasa meluat pula apabila melihat ia tidak bagus untuk masa depan saya.

"Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti dan ia hanyalah satu sejarah dalam kisah hidup saya," kata kekasih kepada aktres Angelina Jolie kepada portal femalefirst.co.uk.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Bentong (MPB)

Posted: 05 Feb 2012 05:03 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-TY6FGdIPs_U/Ty0Wl_sqq7I/AAAAAAAAD0c/2iF9zWp_N2w/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BPerbandaran%2BBentong.png

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong sebagai Kakitangan Terminal Sejahtera di Kompleks Perniagaan Jalan Loke Yew, Majlis Perbandaran Bentong.

1. Centre Supervisor
2. Fasilitator

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar satu resume lengkap beserta gambar berukuran pasport yang terkini.

2 Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Bentong,
Jalan Ketari,
28700 Bentong.

(u/p : Puan Norhashimah binti Arsad)

Tarikh tutup permohonan pada 20 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Utara Malaysia (UUM)

Posted: 05 Feb 2012 05:02 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-H3q02atHcKA/Ty0WltdZMHI/AAAAAAAAD0M/_00-86RGreU/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BUtara%2BMalaysia%2B%2528UUM%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.

1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
3. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(i) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman

(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131

Tarikh Tutup Permohonan Pada 8 Februari 2012 (Rabu)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Posted: 05 Feb 2012 05:01 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-G3kphY2FvGk/Ty0WlaCRTRI/AAAAAAAAD0A/Tcs5Pq5KOQw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BPemasaran%2BPertanian%2BPersekutuan%2B%2528FAMA%2529.JPG

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Tukang Masak (Gred K1)
2. Pembantu Tukang Masak (Gred K2)
3. Pramusaji (Gred K2)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
i. Calon yang berminat boleh menghantar resume/Curriculum Vitae (CV) atau mengisi borang permohonan beserta sijil-sijil berkaitan yang boleh didapati di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia.

ii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iklan kepada :

Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor.

(u/p : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 Februari 2012

*(Sila tulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang

Posted: 05 Feb 2012 04:59 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-Lpe9Po1Zyk8/Ty0WmVcRWEI/AAAAAAAAD0k/X7SPUN36qgE/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPejabat%2BPembangunan%2BPersekutuan%2BPulau%2BPinang.jpg
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Peabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan seperti berikut:-

1. Juruteknik Awam J17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

c) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang ICU/PPN/PPJ17/1/2012 yang boleh didapati di alamat berikur:

Pegawai Kemajuan Negeri
Pejabat Pembangunan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang
TIngkat 9, 11 & 15, Menara BOUSTEAD
No.39, Jln Sultan Ahmad Shah,
10050 Pulau Pinang


Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012

Nabil tidak gugat Halim

Posted: 05 Feb 2012 04:53 PM PST


HAMPIR sebulan berkolaborasi bersama, Halim Othman, Nabil Raja Lawak mahupun Kenchana Devi mengaku masih mencari keserasian antara satu sama lain. Malah, proses menyesuaikan diri masih berlangsung kepada ketiga-tiga penyampai radio Suria FM tersebut dalam mengendalikan segmen Breakfast@Suria dari pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Atas sebab itu, Halim yang bertindak sebagai 'kapten' untuk segmen Breakfast@Suria merasakan perkenalan mereka bukan sahaja perlu berlangsung di konti radio tetapi juga di luar konti radio.

Apakah maksud Halim itu? Dan bagaimana pula perasaan Nabil dan Kenchana sejak menjadi penyampai Suria FM?

Sebelum ini, Breakfast@Suria dikendalikan oleh Halim, Shahira dan Bob. Bagaimanapun, Shahira mengambil langkah mengundur diri daripada menjadi penyampai radio Suria FM selepas kontraknya bersama radio itu tamat.

Suria FM kemudiannya mengundang Nabil Raja Lawak dan Kenchana Devi untuk mengendalikan segmen tersebut bersama Halim dalam usaha untuk terus menarik lebih ramai pendengar.

Kosmo! berpeluang bertemu dengan ketiga-tiga penyampai Suria FM itu sekali gus menyelak diari kerjaya mereka sebagai penyampai radio.

Halim disiplinkan Nabil, Kenchana

Bagi Halim, 46, proses untuk mendapatkan keserasian dengan Nabil dan Kenchana tidak jauh bezanya seperti penyampai terdahulu iaitu Sharifah Shahira dan Bob.

"Saya cuba berkenalan dengan Nabil dan Kenchana untuk mendapatkan keserasian. Proses perkenalan itu bukan sahaja berlangsung di konti radio tetapi juga di luar. Kami akan keluar makan bersama. Sama seperti mula-mula saya cuba untuk mendapatkan keserasian dengan Shahira dan Bob.

"Setakat ini saya akui baru nak sesuaikan diri dengan Kenchana dan Nabil. Saya akan cuba sesuaikan diri saya dengan personaliti mereka dan mereka juga kena begitu. Namun, saya akui selama sebulan bersama Nabil dan Kenchana saya lihat mereka sangat berkebolehan," ujar Halim ketika ditemui di pejabat Suria FM baru-baru ini.

Menurut Halim, pemilihan Nabil dan Kenchana untuk segmen Breakfast@Suria adalah sesuai kerana setiap pagi pendengar memerlukan keceriaan sewaktu mereka sedang memandu ke tempat kerja.

Berkongsi pendapat tentang Nabil dan Kenchana, tutur Halim, Nabil boleh dianggap bukan seperti pelawak biasa kerana dia memiliki idea-idea yang bagus. Begitu juga Kenchana apabila membawa satu budaya lain iaitu India kepada Suria FM.

"Pendapat saya, saya rasa Nabil bukan pelawak biasa kerana dia ada point dalam melawak dan lawak dia boleh dianggap lawak antarabangsa. Kenchana pula membawa satu budaya baharu iaitu India pada Suria FM yang sebelum ini dimonopoli oleh penyampai Melayu. Dia juga pandai berkata-kata dan fasih bahasa Melayu," tuturnya jujur mengenai rakan penyampainya dalam segmen yang dikendalikan bersama.

Bagaimanapun, Halim yang dilantik menjadi 'Kapten' harus memastikan kedua-dua penyampai baharunya itu berdisiplin dalam mengeluarkan kata-kata lawak kepada pendengar.

"Mereka kena tahu had mereka dalam berkata-kata atau melawak. Sebabnya, dalam Breakfast@Suria terdapat pelbagai segmen lain dan juga peraduan untuk pendengar.

"Selain itu, kalau penyampai radio berterusan membuat lawak takut nanti intipati atau benda-benda keutamaan seperti maklumat penting tidak kesampaian.

"Tanggungjawab kami bukan sekadar membuat lawak setiap pagi tetapi memberi informasi berkaitan dengan hal-hal isu semasa," ujarnya yang kini genap 12 tahun menjadi penyampai radio.

Ditanya tidakkah dia tergugat dengan Nabil kerana pelawak itu mempunyai jumlah peminat yang ramai, Halim menolak tanggapan itu malah menganggap pengambilan Nabil dan Kenchana sebagai rakan kontinya dapat memberi keceriaan seterusnya memberinya lebih tenaga mengendalikan segmen itu bersama.

"Saya tidak berasa tergugat langsung dengan kehadiran mereka sebaliknya gembira kerana dapat mengendalikan segmen ini dengan dua orang yang berbakat besar.

"Setakat ini saya suka dengan personaliti Nabil yang ada semangat untuk belajar sebagai penyampai radio yang bagus. Begitu juga dengan Kenchana. Cuma saya harap apa yang dipersembahkan nanti seimbang," ungkapnya lagi.

Kenchana ajar bahasa Mandarin

Bagi pelakon komedi yang popular menerusi sitkom Puteri di TV3, Kenchana Devi, 37, dia teruja menerima tawaran sebagai penyampai radio Suria FM kerana selain dapat mengembangkan sayapnya dia ingin mencabar sejauh mana kebolehannya untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dicubanya.

Pelakon, penerbit, penulis skrip dan pelawak itu juga mengaku, sudah tiba masanya dia membuktikan walaupun bukan Melayu, dia boleh menarik pendengar menerusi celotehnya bersama Nabil dan Halim.

"Saya sudah cuba semua bidang seperti berlakon, mengacara, menulis skrip dan melawak tetapi tidak sebagai penyampai radio. Jadi, bila peluang ini datang kepada saya, ia tidak harus disia-siakan," ujarnya teruja dan pada masa yang sama mengaku berdepan dengan cabaran sebagai penyampai radio.

Ujar Kenchana, cabaran paling besar apabila dia perlu menceriakan pendengar dan dalam masa yang sama tahu apa yang perlu dan tidak perlu dituturkan kepada pendengar.

"Tugas sebagai penyampai radio adalah untuk menceriakan semua pendengar. Jadi, saya kena tahu apa yang sesuai dicakapkan supaya apa yang saya cakap mereka boleh terima," ujarnya yang turut memberi cadangan untuk mengadakan kelas bahasa dalam Breakfast@Suria.

Selain mengendalikan segmen panggilan 'Adoi Ai' iaitu segmen mengenakan orang bersama Nabil dalam Breakfast@Suria, Kenchana turut mengendalikan kelas bahasa Tamil dan Inggeris untuk para pendengar.

WALAU berbeza karakter, Nabil, Kenchana dan Halim bersatu dalam segmen kendalian mereka, Breakfast@Suria.

Malah, untuk masa akan datang, Kenchana juga bercadang untuk mengadakan kelas Mandarin. Dia sudah membeli sebuah gajet untuk belajar bahasa tersebut.

"Untuk kelas bahasa Inggeris, saya dan Nabil kendalikan bersama manakala untuk kelas bahasa Tamil saya seorang yang kendalikan. Setiap hari, kami akan memberi satu perkataan bahasa Inggeris atau Tamil dan makna kepada para pendengar. Akan datang, saya bercadang untuk ajar bahasa Mandarin pula kepada pendengar.

"Dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan kerajaan sekarang, saya boleh katakan inilah contoh yang cuba saya terapkan," ungkapnya yang ingin memberi sedikit informasi kepada pendengar dengan mengajar satu perkataan pelbagai bahasa setiap hari.

Malah, melalui ideanya itu, Kenchana menerima banyak maklum balas daripada pendengar yang menyukai segmen tersebut.

Nabil tidak gugat Halim

Kerana komitmen dan minat sebagai penyampai radio, Nabil, 29, dikatakan sanggup berpindah rumah di kawasan Petaling Jaya dan tinggal berdekatan dengan pejabat Suria FM yang terletak di Tropicana City Office Tower, Petaling Jaya.

Walaupun tidak berdepan dengan masalah untuk bangun pagi, Nabil merasakan tindakannya itu memudahkannya untuk berulang-alik ke tempat kerjanya setiap hari.

"Sebelum ini saya selalu menerima jemputan untuk muncul di stesen radio lain apabila penyampai radio sedia ada tidak dapat ke udara disebabkan komitmen lain. Daripada situlah, minat untuk menjadi penyampai radio mula timbul.

"Bila ditawarkan untuk menjadi penyampai radio Suria FM, saya terus setuju, malah sanggup pindah rumah supaya memudahkan saya berulang-alik ke tempat kerja," katanya yang mengaku komitmennya bakal bertambah, namun tidak menganggap ia sebagai satu beban malah peluang keemasan.

Nabil juga mengaku, dia kini sudah mampu menghela nafas lega dengan tugas baharunya itu kerana sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan tetap setiap bulan.

Mengenai gandingannya dengan Kenchana, bagi Nabil, dia yakin dengan keserasian yang mereka ada kerana sebelum ini dia dan Kenchana sudah beberapa kali digandingkan dalam beberapa acara dan majlis.

"Kami berdua sudah diberi latihan persediaan sebelum memulakan tugas sebenar dan setakat ini, gandingan kami bertiga tidak ada sebarang masalah. Kalau ada sekalipun, Abang Halim boleh membimbing serta membetulkan kami.

"Mungkin ada juga cabarannya seperti melebihi had masa bercakap tapi saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa serta menyesuaikan diri," tuturnya merendah diri.

Di sebalik kegembiraannya dipilih Suria FM, dia sangat berharap akan mendapat sokongan daripada pendengar dan berjanji akan memanfaatkan kontrak setahun yang diikat bersama stesen radio berkenaan. -kosmo-

David Beckham enggan bogel lagi

Posted: 05 Feb 2012 04:49 PM PST

 
DAVID BECKHAM

SEJAK memiliki anak perempuan, David Beckham mengakui dia kini tidak lagi berjalan sambil berbogel di kediaman mewahnya di Los Angeles. Suami bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham itu berkata: "Zaman bogel saya sudah berlalu. Saya boleh berjalan dalam persekitaran kediaman saya (di Los Angeles) dengan hanya memakai seluar dalam, tapi berbogel tidak sama sekali.

"Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi sesuai."

Hasil daripada perkahwinannya dengan Victoria, dia kini mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12, Romeo, sembilan, dan Cruz, enam tahun, serta anak perempuan, Harper yang kini mencecah usia enam bulan.

Beckham, 36, mengeluarkan kenyataan tersebut pada majlis pelancaran koleksi seluar dalam lelaki jenama H&M di London baru-baru ini. Dalam pada itu, Beckham mengakui dia dihimpit perasaan malu apabila anak-anaknya itu melihat foto dirinya yang menjadi model seluar dalam.

"Setiap kali melihat saya dalam paparan iklan seluar dalam, anak-anak saya akan berkata, 'Oh tidak, ayah lagi! (muncul dalam iklan seluar dalam)'. Mereka seperti 'Ayah kelihatan hebat tetapi semua orang tengok ayah pakai seluar dalam'. Malu saya dibuatnya," tutur Beckham.

Radzi Mat Din Kembali Memimpin Kedah Setelah Selesai Hukuman Penggantungan

Posted: 05 Feb 2012 04:46 PM PST


RADZI (kanan) kembali melatih skuad Kedah selepas selesai menjalani hukuman penggantungan empat perlawanan.



PENGGENDALI 'baharu' Kedah, Radzi Mat Din yang selesai menjalani hukuman 'penggantungan' selama empat perlawanan mempunyai resipi tersendiri bagi mengadun kemenangan skuad Kenari pada pertemuan menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka Rabu ini.

Penolong jurulatih Hijau Kuning itu yang menggalas tugas Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan mahu semua pemain berubah sikap.

Menurut Radzi, sikap yang dimaksudkan ialah perlu serius, komited dan bersungguh-sungguh dalam permainan.

Katanya, pemain perlu memberi sepenuhnya konsentrasi dalam permainan tanpa dicampur aduk dengan masalah luar yang boleh mengganggu tumpuan mereka.

"Saya tidak bermaksud pemain bersikap sambil lewa dalam permainan tetapi mereka perlu all out. Pemain tidak boleh sekadar bercakap 'aku ingin berubah' tetapi dalam permainan mereka tidak buktikan.

"Persembahan hambar yang dipamerkan pemain Kedah dalam lima perlawanan lalu dapat disimpulkan berpunca daripada kegagalan mereka menjaringkan gol. Kegagalan itu memberi tekanan kepada pemain,'' katanya.

Tambahnya, sekiranya pemain dapat menyelesaikan kebuntuan jaringan dan berjaya meraih kemenangan, beliau percaya mereka mampu memperoleh semula rentak permainan mereka yang sebenar.

"Segalanya terletak di tangan pemain. Pemain perlu buktikan mereka mampu. Jika ada masalah peribadi ia boleh diselesaikan dan begitu juga masalah menjaringkan gol, ia boleh diatasi dengan syarat mereka tidak berputus asa dan terus fokus kepada permainan," katanya.

Menurut Radzi, pertemuan dengan skuad ibu kota itu sangat penting kerana ia ibarat perjalanan menuju ke final yang menuntut pasukan meraih kemenangan.

Katanya, perlawanan itu akan menjadi titik permulaan buat Kedah kerana kemenangan mampu mengubah nasib skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

"Ini adalah misi besar kerana ia mampu mengubah suasana bola sepak di Kedah," katanya.

Tambahnya, bagi merealisasikan impian meraih kemenangan itu, beberapa perubahan taktikal dan pemain akan dilakukan bagi memastikan pasukan benar-benar mantap.

"Sekiranya berkesempatan, salah seorang daripada tiga pemain import yang sedang diuji Kedah ketika ini mungkin dapat diturunkan.

"Namun ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk kesediaan pengurusan untuk memilih mereka, pemeriksaan kesihatan dan proses pendaftaran," katanya.

Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam - Tema Maulidur Rasul

Posted: 05 Feb 2012 04:40 PM PST


SEORANG penguat kuasa JAIM (kanan) menurunkan kain rentang penganjur sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka semalam.



MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.

Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.

Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat

"Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam," katanya di sini semalam.-kosmo-

Sajian popular di Alor Setar

Posted: 05 Feb 2012 04:35 PM PST



JARUM jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Suasana di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar di Alor Setar riuh-rendah dengan kunjungan pelanggan. Di satu sudut pula kelihatan kelibat pengasas restoran Ramli Hassan, 59, sibuk melayan kerenah pelanggan. Sesekali terdengar suaranya meminta pekerja bekerja dengan pantas supaya pelanggan tidak menunggu lama.

"Kalau lambat pelanggan marah. Barangkali esok lusa mereka enggan ke sini lagi," jawab Ramli yang mula menjalankan bisnes nasi kandar itu sejak sedekad lalu.

Berpeluang bertentang empat mata bersama Ramli mengungkap pelbagai cerita manis dan pahit sepanjang dia menjalankan bisnes makanan. Bekas pesara tentera selama sedekad itu menyifatkan sebelum memperoleh kesenangan seperti hari ini dia terlebih dahulu merasai pasang surut perniagaan.

Menurut Ramli, selepas bersara dia enggan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kerja. Pada peringkat awal, dia menjalankan bisnes menjual nasi dan lauk-pauk kampung. Namun, bisnes itu gagal bertahan kerana pelanggan hanya membeli nasi pada sebelah siang.

Kemudian, dia menjual ikan bakar selama sembilan tahun di Alor Setar dan di Pulau Langkawi. Malangnya, perniagaan itu juga terpaksa ditutup kerana terlalu banyak persaingan.

Ramli memulakan bisnes nasi kandar selepas kontraknya sebagai tukang masak di Tabung Haji di Mekah tamat.

Jika restoran nasi kandar yang lain menyediakan nasi kosong, Ramli pula sebaliknya. Dia menyajikan nasi kandar berwarna kuning susu yang diadun bersama bawang, halia, gajus, susu cair dan oat.

Yogurt

"Idea menggunakan susu cair dan oat tercetus ketika saya mendapat kontrak memasak di Tabung Haji di Mekah. Pengalaman bekerja bersama tukang masak dari India, Pakistan dan Arab membantu meningkatkan skil dan ilmu memasak saya.

"Biasanya, orang India dan Asia Barat gemar memasukkan susu cair atau yogurt di dalam setiap masakan. Ia membuatkan makanan terasa berlemak dan lembap. Jadi saya cuba menampilkan kelainan nasi kandar dengan menggunakan dua bahan utama ini," terang Ramli yang memasak 200 kilogram beras setiap hari.

Selain itu, anak jati Alor Setar itu memberitahu, dia turut membeli bahan mentah seperti ikan, ketam, sotong, udang dan ayam serta barangan dapur yang berkualiti dan gred A.

Bahan-bahan mentah tersebut dimasak dalam pelbagai menu yang sinonim dimakan bersama nasi kandar. Antaranya ayam kampung goreng berempah, ayam madu, sotong celup tepung, udang sambal petai, ikan goreng berempah dan kari kepala ikan. Selain itu, ketam celup tepung, telur sotong berlada, sayur campur dan ikan masin.

PELANGGAN mula membanjiri restoran Ramli sekitar pukul 11 pagi.

Berbicara mengenai cabaran mengusahakan restoran nasi kandar, Ramli menyatakan, pekerja antara isu yang perlu ditangani dengan bijak.

"Pada peringkat awal, saya mengupah pekerja dari Thailand tetapi kelompok ini kurang menunjukkan kesungguhan. Segelintirnya, sukar menitikberatkan soal masa padahal kita memahami sifat pelanggan tidak suka menunggu lama.

"Malah, sesetengah daripada mereka gemar mengambil cuti pada saat-saat akhir untuk pulang ke kampung. Kemudian, tak bekerja semula pada hari yang telah ditetapkan. Enggan membiarkan hal pekerja menjejaskan bisnes, maka sehingga kini saya hanya mengupah pekerja tempatan. Mudah dan tidak perlu mengeluarkan kos sampingan," kata Ramli yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk 40 para pekerjanya.

Pada masa yang sama, bapa kepada empat anak itu menyatakan, dalam tempoh empat tahun pertama menjalankan bisnes restoran, dia mengalami kesukaran menambat hati pelanggan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Khidmat katering

Ramli yang turut dibantu isterinya, Saadiah Omar, 57, berkata: "Maklumlah, sebelum ini pelanggan Melayu sudah terdedah pada nasi kandar yang dijual di restoran mamak.

"Mereka bimbang sekiranya nasi kandar di restoran Melayu tidak sedap dan berkualiti. Namun berkat usaha kami memberikan sajian terbaik hari demi hari restoran saya mula dikunjungi ramai."

Selain sibuk menguruskan restoran, Ramli yang pernah bertugas di kem askar di Sungai Petani, Kedah dan Taiping, Perak turut mengendalikan bisnes katering.

"Jangan fikir dengan berniaga restoran saya akan sentiasa untung. Kadangkala di antara lima dan enam hari dalam sebulan saya berjaya memperoleh pulangan modal bulanan tetapi untuk membayar gaji pekerja masih tidak mencukupi. Secara purata dalam sebulan saya memerlukan sebanyak RM60,000 untuk gaji pekerja.

"Sementara itu, bil air dan bil elektrik pula memerlukan sekitar RM7,000. Justeru, dengan adanya tempahan katering pada setiap minggu secara tidak langsung ia membantu menambah pendapatan sampingan," tutur Ramli yang masih belum terfikir untuk memperluaskan cawangan restoran Haji Ramli Nasi Kandar di lokasi lain.

Ramli bersyukur kerana setakat ini dia masih mampu memberikan servis terbaik dalam operasi restoran mahupun katering memandangkan dia hanya fokus pada menu nasi kandar.

Katanya, tempahan katering bukan saja diterima dalam kalangan pelanggan Melayu yang ingin mengadakan majlis perkahwinan ataupun majlis keraian. Pada masa yang sama ia turut mendapat perhatian pelanggan kaum Cina untuk majlis-majlis korporat.

"Pengalaman paling manis saya apabila diberi peluang menyediakan sajian untuk 16,000 orang untuk program jamuan bersama rakyat di Dewan Wawasan, Jitra, pada tahun lepas. Menariknya, majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Ramli.

Sementara itu, salah seorang tukang masak di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar, Normadiah Man, 45, menyatakan pengalaman sedekad berkhidmat di restoran berkenaan amat menyeronokkan. Hari pertama bekerja, Normadiah tidak bertugas di bahagian memasak sebaliknya mencuci pinggan mangkuk. Wanita yang murah dengan senyuman itu berkata, majikannya ingin menerapkan semangat kerja yang tinggi dan kental dalam kalangan pekerja.

"Semasa mencuci pinggan mangkuk, gelas dan sudu, saya tidak hanya melakukan perkara tersebut, pada masa yang sama, saya perlu melakukan pemerhatian sampingan seperti melihat corak kerja tukang masak, tugas menyiang ikan, memotong sayur dan memasak nasi.

"Dari situ saya ditempatkan pula di bahagian bahan mentah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran sebelum diberi tanggungjawab memasak," kata Normadiah yang pantas mencedok kuah kari ayam kampung untuk dibawa ke bahagian depan.

PARA pelanggan Restoran Haji Ramli Nasi Kandar berpeluang menikmati bermacam-macam lauk yang dimasak menggunakan bahan-bahan berkualiti.

Fokus

Bagi seorang lagi pekerja, Ros Illyas, 57, keseronokan bekerja di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar terletak pada sikap tolak-ansur majikan dan fleksibeliti dari segi masa.

"Saya memilih syif pagi kerana pada sebelah malam dapat menumpukan perhatian pada hal-hal rumah tangga. Biasanya saya mula bekerja seawal pukul 8.30 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang. Tugas hakiki saya di bahagian dapur dan tertumpu pada bahagian memasak, "jelas ibu kepada tiga anak itu sambil mengacau nasi yang dimasak di dalam periuk besar.

Tambah Ros, kumpulan tukang masak tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana kelalaian boleh menyebabkan rasa, aroma dan tekstur makanan berubah. Sebab itu, petugas di dapur perlu sentiasa peka dan fokus sewaktu memasak bagi mengelakkan masakan hangus. -kosmo-

No comments: