Friday 27 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Erra Fazira Terkilan Dengan Salma

Posted: 26 Jan 2012 03:21 AM PST



Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira akui terkilan melihat perjalanan kerjaya nyanyian bekas protegenya dalam program realiti Mentor musim kelima, Salma atau Salmah A. Asis yang agak perlahan selepas menjuarai program tersebut.

Malah, dia berkata Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu.

"Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri.

"Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini.

"Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini.

"Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini.

"Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya," katanya selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam.

Selepas menjuarai Mentor 5, Salma membuat keputusan untuk tidak mengambil mana-mana pengurus untuk mengurus kerjayanya sebaliknya bergerak sendiri.

Sungguh pun begitu, Erra Fazira masih berharap agar Salma lebih bijak mengatur kerjayanya dalam bidang nyanyian supaya dia berpeluang kekal lama dalam industri sebaris dengan artis realiti yang sudah berjaya lain.

"Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan.

"Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada.

"Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu.

"Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri," luah Erra Fazira lagi.

Erra Fazira yang selesa bergerak sebagai juri bakal menjadi pembimbing dan juri untuk program realiti Pilih Kasih musim ketiga bersama penerbitanya, Rosyam Nor. -murai-

Syuhaida Kekal Dipanggil Dottie

Posted: 26 Jan 2012 03:15 AM PST



Bermula dengan watak Dottie, pemilik nama sebenar Nor Syuhaida Ab. Razak, mengakui menerima pelbagai tawaran lakonan untuk membintangi watak komedi.

Menyedari masih lagi hijau dalam lapangan seni, membuatkan Syuhaida menerima tawaran komedi yang acap kali diterimannya. Baginya apa yang berlaku pastinya bersebab apabila diberi kepercayaan untuk membintangi sesebuah drama meskipun watak yang serupa.

"Selepas membintangi drama bersiri Dottie, Alhamdulillah rezeki saya semakin murah. Saya acapkali diberikan tawaran membawakan watak komedi.

"Namun saya bersyukur, walaupun selalu diberikan watak komedi kerana pastinya penerbit mahupun pengarah dapat membaca kebolehan dan kemampuan saya," katanya kepada portal murai.com.my membuka sisi kehidupannya sebagai seorang pelakon.

Dalam pada itu, Syuhaida memberitahu penangan populariti siri Dottie amat kuat dan sehingga kini masih sukar untuk dikikis. Buktinya, sesiapa sahaja yang bertemu dengannya masih lagi memanggilnya dengan nama tersebut.

"Ke mana sahaja saya pergi semua orang akan panggil saya Dottie. Mungkin ada yang juga yang tidak tahu nama sebenar saya. Tetapi saya tidak kisah asalkan mereka menyukai hasil lakonan saya, itu telah membuatkan saya cukup gembira,"tuturnya.

Sama seperti yang lain, Syuhaida menjelaskan teringin untuk membintangi atau membawakan watak yang lebih serius selepas ini. Namun dia mengerti semuanya terletak di tangan takdir andai dia berkesempatan untuk menerima pastinya dia tidak akan menolak.

"Kalau boleh, selepas ini saya teringin nak membawakan watak yang lebih serius sebab selalu saja bawa watak komedi. Tetapi kalau watak komedi juga yang ditawarkan selepas ini, saya terima dengan hati yang terbuka.

"Cuma saya teringin nak mempelbagaikan watak lakonan saya. Insya-Allah saya yakin, apa pun semuanya telah tertulis dan saya menerima dengan sebaiknya," jelasnya lagi yang menerima andai ditakdirkan bergelar pelakon komedi untuk selamanya.

Harun Salim Bachik Nafi Letak Jawatan Presiden Seniman

Posted: 25 Jan 2012 07:36 PM PST



Pelawak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik menolak dakwaan dia bakal melepaskan jawatan itu kerana gagal melaksanakan perubahan besar sejak menggalas jawatan itu pada 2009.

Pemilik nama sebenar Haron Aminar Rashid Salim, 52, itu berkata dia berasa hairan dan kecewa dengan khabar angin yang timbul kerana boleh menjejaskan reputasinya sebagai ketua persatuan itu pada mata umum.

"Saya terkejut apabila dakwaan (meletakkan jawatan) ini timbul sedangkan saya tidak pernah berkata apa-apa atau memberikan sebarang kenyataan.

"Siapalah yang membawa mulut tentang perkara ini, walhal saya sendiri tidak tahu-menahu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Harun dilantik sebagai Presiden Persatuan Seniman selepas menewaskan Datuk Mustapha Maarof dengan kelebihan 78 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 18 Disember 2009.

Harun memegang jawatan itu bagi tempoh tiga penggal yang dijangka berakhir pada hujung tahun ini.

Ketika ditanya pernah atau tidak terdetik perasaan kecewa dan terkilan sepanjang bergelar Presiden, Harun berkata perasaan kecewa apabila kepimpinannya dipertikaikan oleh ahli persatuan itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus menggalas tanggungjawab tersebut.

"Sejujurnya memang ada juga perasaan kecewa dengan kepimpinan saya sendiri dan perjalanan persatuan tetapi belum lagi sampai ke tahap hendak meletakkan jawatan.

"Jika sekalipun saya hendak meletakkan jawatan, ia tidak semudah yang diperkatakan kerana ia melibatkan semua ahli dan bukan keputusan individu," katanya.

Harun berkata kesetiaan terhadap persatuan itu tidak akan berganjak walaupun dia lagi memegang sebarang jawatan selepas ini.

"Tahun ini adalah tahun terakhir saya memegang jawatan presiden. Sekali pun saya tidak lagi menggalas jawatan presiden selepas ini, saya akan tetap sokong perjuangan Seniman.

"Sama ada berjawatan penting atau ahli biasa, ia tidak akan mengubah pendirian dan kesetiaan saya pada Seniman," katanya.-mstar-

Steven Tyler Goda Peserta American Idol

Posted: 25 Jan 2012 07:34 PM PST



SELEPAS dikatakan cuba menggoda Jennifer Lopez dengan berbogel di depan penyanyi wanita itu, rupa-rupanya kenakalan Steven Tyler masih lagi berlanjutan apabila dia cuba memikat salah seorang peserta American Idol bernama Jennifer Diley pada satu uji bakat.

Menurut laporan Aceshowbiz.com, peserta tersebut yang mengenakan baju renang 'bikini' oleh Steve amat kecewa kerana terasa ditipu dengan kata-kata manis juri berkenaan.

Jennifer berkata, dia begitu yakin akan mendapat tempat untuk uji bakat seterusnya apabila Steven yang dipanggil Steve sering memuji kecantikan wajahnya selain memiliki tubuh badan yang menarik.

"Selepas menyanyikan lagu With You milik Jessica Simpson dan Hero yang dipopularkan oleh Mariah Carey, tak sangka pula dia mengkritik nyanyian saya.

"Malah dia sedikit pun tidak memuji saya seperti mana dia menggoda dan memuji tubuh badan saya ini," katanya.-mstar-

SBPA Dikaji Semula Dalam Tempoh 3 Bulan

Posted: 25 Jan 2012 07:14 PM PST



PUTRAJAYA - Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini.

Pasukan semakan itu yang bermesyuarat selama kira-kira dua jam turut dianggotai Cuepacs, pegawai kanan JPA, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Ismail berkata buat masa ini terlalu awal untuk pasukan itu membincangkan mengenai cadangan atau penambahbaikan SBPA kerana pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penjawat awam sehingga 15 Februari depan untuk membuat sebarang
cadangan.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan. - Bernama

Saya Bukan Besar Kepala - Stacy

Posted: 25 Jan 2012 07:05 PM PST

STACY melabelkan dirinya sebagai seorang diva di atas pentas demi mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.



SEPANJANG laluan seni yang dipilih Stacy, tidak terlampau perit liku yang dirempuh untuk tiba ke destinasi sekarang. Tiada kontroversi mahupun kisah sensasi untuk dijaja.

Barangkali, Stacy selebriti yang kalis terkena silau kontroversi. Walau sinarnya tidak secerah kali pertama menyertai program realiti sebelum Akademi Fantasia 6, dia kini berjaya membuka mata bahawa dialah bintang yang dicari.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, bagaimanapun baru-baru ini mula menjadi perhatian apabila seringkali membatalkan sesi fotografi pada saat akhir selain dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu.

Menjawab situasi sebenar berhubung isu itu, Stacy menjelaskan tiada masalah serius berlaku berkenaan penundaan sesi fotografi itu.

"Stacy sudah jelaskan mengenai perkara itu kepada pihak yang terbabit. Pertama kali membatalkan sesi fotografi itu kerana diserang senggugut, kedua disebabkan tiba-tiba Stacy ada persembahan di Kuching, Sarawak dan kali ketiganya kerana Stacy kena gastrik.

"Semua jadual Stacy diuruskan pihak pengurusan dan Stacy tidak boleh membantah," maklum Stacy.

Stacy dalam pada itu sudah jelaskan perkara sebetulnya dan pihak yang terlibat juga memahami.

"Stacy janji lepas ini kalau sakit pun Stacy akan pergi juga. Stacy akan cuba bagi yang terbaik selepas ini. Minta maaf atas kekeliruan yang berlaku," katanya yang tidak meminta dirinya dibom sedemikian.

Cinta

Sebelum ini, Stacy tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu. Timbul juga tanda tanya adakah Stacy sanggup menukar agama demi cinta jika ditakdirkan suatu hari nanti bertemu jodoh dengan lelaki berlainan bangsa dan agama?

"Stacy baru 22 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Mungkin orang cakap Stacy kasanova. Stacy tak nak serius ketika usia masih muda dan Stacy tak ada kawan yang serius pun sebab apabila ada teman lelaki, mungkin sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kita bekerja.


BARU berusia 22 tahun, dia mengatakan masih terlalu awal untuk terikat dengan percintaan serius.


"Stacy sudah ada keluarga yang sangat menyeronokkan dan gila-gila. Buat masa sekarang tidak perlukan teman istimewa lagi.

"Kalau dari segi tukar cara hidup atau agama demi seseorang, Stacy masih belum bersedia dan tak terfikir ke arah sana. Tapi Stacy suka belajar budaya dan cara hidup yang diterapkan dalam masyarakat Melayu," hurai anak kelima daripada enam beradik itu yang enggan membicarakan hal peribadi dengan lebih mendalam.
Pilih bulu

Sementara itu, Stacy juga menafikan dakwaan bahawa dia kurang bercampur dengan orang ramai terutama peminat malah ada yang melabelkan dirinya kini diva.

"Kalau atas pentas, ya Stacy diva! Supaya Stacy boleh membuat sesuatu yang di luar kemampuan Stacy.

"Tapi Stacy sangat senang didekati dengan peminat, malah ketika beriadah pun Stacy tidak pernah sombong jikalau ada yang menegur," ujarnya lagi.

Dari segi pergaulan pula, Stacy akui dia lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan haiwan peliharaan di rumah.

Mahu peminat menerima dia seadanya, Stacy turut menjelaskan caranya berpakaian yang kadangkala dianggap seksi.

"Stacy jarang keluar, orang yang tinggal sebumbung dengan Stacy tahu macam mana Stacy. Dari dulu lagi memang tak suka keluar rumah. Kawan pun dengan haiwan peliharaan sahaja.

"Stacy tak bergaul sangat. Di Kota Kinabalu pun budaya Stacy memang begitu. Kalau nak cakap Stacy seksi dan suka ke kelab sebenarnya dari dulu lagi beginilah pakaian Stacy. Sejak berusia 15 tahun lagi Stacy sudah mula menyanyi di kelab dan mencari rezeki secara halal

"Stacy masih menghormati budaya masyarakat kita dan nak bagi contoh yang baik. Inilah diri sendiri Stacy, tak perlu berubah dan kalau boleh mahu kekalkan imej yang sedia ada," tuturnya.

Tarian ciplak

STACY mengaku tidak mempunyai ramai kawan dan suka bersendirian. Namun itu tidak bermakna dirinya seorang yang sombong.


Kasanova, lagu yang nampak klise bagi seorang artis bernama Stacy. Masih mengekalkan imej dan rentak yang sama seperti lagu-lagu terdahulu, Jahat dan Pakai Buang, sejauh mana Stacy meletakkan harapan terhadap single yang sedang hangat diputarkan di corong-corong radio sekarang?

"Lagu itu ada kekuatan dari segi susunan muzik yang catchy dan membuatkan kita rasa nak menari. Tapi corak dari segi tarian dan muzik berbeza berbanding lagu Jahat dan Pakai Buang, lagu itu ada keistimewaannya tersendiri," kata Stacy yang mempunyai rancangan membuka perniagaan sendiri.

Tidak sah sekiranya Stacy dan tarian dipisahkan ketika membuat persembahan, begitu juga hampir kebanyakan video muziknya yang dilihat seolah-olah tarian merupakan pengenalan figura bernama Stacy.

Namun, kelincahannya menari turut dipertikaikan apabila Stacy dituduh meniru gaya tarian artis Korea.

"Orang yang tahu menari akan tahu tarian atau koreografi Stacy diciplak atau tidak. Itu trademark Stacy. Selain itu, Stacy juga dibantu oleh koreografer profesional, mana mungkin Stacy meniru tarian orang lain," bicaranya yang kini sibuk dengan promosi single Kasanova dan sedang merancang mengeluarkan single terbaharu pada bulan Februari atau Mac nanti.

Tambah Stacy:"Stacy tidak akan berhenti menari dan rasanya orang tak suka kalau Stacy tidak menari."

Apapun, siapa Stacy, ke mana liku yang diredah, dia tetap Stacy dan pendirian seorang gadis berbakat yang kental tidak akan kalis walau dihentam dari segala sudut. Ia ibarat proses untuk mematangkan diri. -kosmo-

Farid Kamil belum nak kahwin Diana Danielle

Posted: 25 Jan 2012 07:00 PM PST


 
DIANA DANIELLE sempat berkunjung ke kediaman keluarga Farid di Kedah sewaktu Aidilfitri tahun lalu.


KISAH cinta antara dua orang aktor dan aktres ini bukanlah kisah baharu. Walaupun si jejaka Farid Kamil dan si jelita Diana Danielle pernah kecundang dalam perhubungan mereka tidak lama dulu, namun beberapa bulan selepas itu mereka kembali menyulam cinta.

Setelah beberapa lama kembali bersama, wujud pula spekulasi Farid dan Diana bakal menamatkan zaman solo masing-masing dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 ini. Ada yang berkata, Diana sudah pun bersedia untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasihnya itu. Bagaimanapun hal itu kemudian dinafikan Diana. Bagi mendapat kepastian, Kosmo! sempat menemu ramah Farid bertanya tentang perancangan masa depannya dengan Diana.

Kosmo!: Apa perkembangan terbaharu Farid?

FARID: Untuk awal tahun 2012 ini, saya banyak terikat dengan dunia lakonan. Insya-Allah selepas bulan Jun nanti, barulah saya akan duduk di kerusi pengarah untuk filem Gerilla. Ia adalah gabungan dua pengarah iaitu saya dan Ismail Bob Hashim. Saya akan bertindak sebagai pengarah aksi untuk filem itu dan kini sedang menunggu keputusan untuk mendapat 100 peratus kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Adakah ini gabungan pengarahan pertama yang dibuat Farid dan mengapa terima tawaran ini?

Ini merupakan salah satu projek mega Metrowealth di mana kebetulan pula saya baru sahaja tamat pengajian di Australia Stunt Academy selama sebulan. Dan saya rasa ini adalah permulaan baik untuk saya bekerjasama dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari semasa di sana sebagai pengarah aksi untuk filem mega ini. Saya juga anggap ia sebagai kos intensif untuk mempelajari segala macam jenis lagak ngeri secara teori dan praktikal.

Mengapa belajar lagak ngeri?

Tujuan saya ke sana bukanlah untuk menjadi pelagak ngeri. Tapi kerana saya minat genre aksi, jadi saya rasa ia lebih bersesuaian dengan pengarahan genre yang saya lakukan dan juga saya merupakan pelakon aksi dan sedikit sebanyak benda ini boleh membantu saya dari segi lakonan aksi, tapi bukan sebagai pelagak ngeri.

Perancangan masa hadapan terutama tentang isu kahwin yang tiba-tiba timbul. Betul ke anda berdua sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?

Secara jujur, memang belum lagi ada perancangan ke arah itu (berkahwin). Saya pun tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul. Tapi yang pasti memang setakat ini tiada perancangan apa-apa yang berkaitan perkahwinan. Mungkin disebabkan populariti Lisa Surihani dan Yusry KRU, jadi secara tidak langsung ia terpalit kepada kami dan kemudian disensasikan pula.

Namun, Diana kata dia sudah bersedia?

Saya lagi bersedia (ketawa). Tidak, saya belum sampai seru lagi. Jika hati ini belum ditiup dan menjadi kukuh untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan atau melangkah ke fasa baharu itu, saya rasa memang belum lagi sampai seru.

Mungkin ada sasaran bila mahu tamatkan zaman solo?

Saya tidak berani cakap kerana memang saya tiada target untuk perkara ini. Nanti bila saya bercakap sedikit perkara ini akan berlarutan. Jadi, memang saya tunggu seru sahaja. -kosmo-

Calon gabenor Aceh diuji baca al-Quran

Posted: 25 Jan 2012 06:46 PM PST



ACEH: Barisan calon untuk pilihan raya gabenor Aceh menjalani ujian mengaji al-Quran di Banda Aceh, semalam sebagai sebahagian peperiksaan rasmi mengenai pengetahuan Islam mereka.

Kemahiran mengaji al-Quran, kitab suci umat Islam itu adalah satu kewajipan bukan saja kepada calon gabenor dan naib gabenor, tetapi juga untuk jawatan datuk bandar dan timbalan datuk bandar di Aceh sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah pada 2003.

"Ia adalah kali ketiga kami melakukan ujian mengaji Quran untuk calon sejak kami membuka pendaftaran kepada calon untuk pilihan raya Aceh ini," kata Pesuruhjaya Pilihan Raya, Akmal Abzal. Suruhanjaya Pilihan Raya Aceh (KIP) membuka semula pendaftaran sebagaimana diarahkan Mahkamah Persekutuan pada 17 Januari lalu. - Jakarta Post

Liam Neeson mahu peluk Islam

Posted: 25 Jan 2012 06:41 PM PST


LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.

Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya.

"Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

"Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya.

Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

"Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? "Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis," katanya. - TS

Mana hilangnya Khairul Fahmi?

Posted: 25 Jan 2012 06:28 PM PST

 


KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim Swee.

Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari depan.

Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.

"Khairul Fahmi tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.


"Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.

"Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil," katanya yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.-metro-

Sejam peluk mayat kekasih

Posted: 25 Jan 2012 06:20 PM PST

PUJUK...anggota polis memujuk lelaki yang meniarap di sisi mayat teman wanitanya.  

TRAGIS...teman lelaki mangsa bersandar di dinding berhampiran mayat kekasihnya.

GEORGETOWN: Hampir sejam diperlukan untuk memujuk seorang lelaki yang tidak mahu melepaskan pelukan terhadap teman wanitanya yang sudah meninggal dunia selepas ditemui di tingkat bawah satu blok flat di Taman Utara, Batu Uban, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya, Lau Kah Kah, 22, maut selepas terjun dari tingkat 17 flat berkenaan.

Lelaki terbabit dilihat meniarap di sisi mayat teman wanitanya sambil memeluknya, tetapi langsung tidak bersuara dan hanya sesekali kelihatan menangis.

Orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian pada mulanya menyangkakan ada dua mayat di situ, tetapi terkejut apabila melihat lelaki berkenaan tiba-tiba bergerak.

Lelaki itu langsung tidak mempedulikan orang ramai yang mengerumuninya dan dia terus memeluk erat mayat teman wanitanya sebelum penduduk menghubungi ambulans. -metro-

Kelab Taat Suami (KTS) - Boleh cemar imej Nabi

Posted: 25 Jan 2012 06:02 PM PST



CABUT...sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatan.

PERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid dalam komputer riba yang dirampas, semalam.

IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' di sebuah banglo mewah di sini, semalam.

Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.

KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan.

"Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam. -metro-

Umrah MLM Haram!

Posted: 25 Jan 2012 05:48 PM PST



KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

"Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan," katanya ketika dihubungi. -metro-

Fenomena Banjir Kita, Bahana akibat hancurkan alam

Posted: 25 Jan 2012 05:38 PM PST



SUHU panas yang mencecah 37 darjah Celcius kini mungkin tidak terasa bahangnya bagi sesetengah warga kota. Bagi mereka terik matahari itu lebih baik daripada hujan yang mencurah-curah kerana cemas dan bimbang kemungkinan berlaku banjir kilat.

Jalan sesak dan banjir kilat. Dua senario ini sudah cukup menghantui pemikiran setiap warga kota setiap kali langit bertukar gelap sekali gus menurunkan air hujan tanpa henti.

Meskipun banjir kilat boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada lumrah hidup bagi warga kota seperti di Kuala Lumpur, namun fenomena alam ini masih meninggalkan igauan buruk yang berpanjangan.

Sebahagian besar mereka yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak terutama berhampiran Perpustakaan Negara mungkin tidak akan dapat melupakan peristiwa pada 13 Disember 2011.

Kes berulang

Hujan lebat pada hari itu berterusan selama kira-kira dua jam. Ia mengakibatkan banjir kilat dan mencetuskan keadaan kelam-kabut lalu lintas, memerangkap ribuan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Banjir kilat berlaku apabila paras air di Sungai Bunus, sungai yang mungkin tidak berapa ternama seperti Sungai Klang atau Sungai Gombak, naik melebihi paras biasa.

Peristiwa tersebut berulang pada 14 Disember tahun yang sama apabila hujan lebat dalam tempoh kurang dua jam menyebabkan berlaku banjir kilat paling teruk menjejaskan Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Brunei di kawasan Pudu.

Justeru, tidak hairanlah warga kota menarik nafas lega buat sementara waktu meskipun tubuh diratah dan disengat bahang panas matahari.

Banjir kilat boleh berlaku dalam sekelip mata dan paras air juga boleh menurun dalam waktu yang singkat, tetapi apakah yang menyebabkan banjir kilat?

Berapa ramaikah pengguna jalan raya yang memikirkan hal ini ketika melayan perasaan marah yang meluap-luap tatkala kenderaan yang dipandu terkandas atau terpaksa pulang lewat daripada biasa?

Mungkin ada yang menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan membuat pelbagai andaian seperti PBT tidak membuat kerja, sungai sempit, longkang tersumbat dan sebagainya. Ada juga yang mungkin menyalahkan perubahan iklim.

Bagi aktivis alam sekitar, S. Piarapakaran, adalah tidak adil menuduh perubahan iklim semata-mata sebagai penyebab banjir kilat. Katanya, fenomena tersebut juga berlaku disebabkan keghairahan manusia menghancurkan alam sekitar.

"Perubahan iklim ini sama seperti apabila tubuh kita mengalami jangkitan kuman, kita akan mengalami demam.

"Perubahan iklim juga tidak boleh dihentikan, ia akan berterusan hingga satu keseimbangan dicapai.

BANJIR kilat menenggelamkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di salah sebuah hotel di Kajang, Selangor.

"Tetapi melalui teknologi kita boleh lebih bersedia untuk mitigasi perubahan iklim," katanya ketika diminta mengulas mengenai fenomena banjir kilat yang masih berlaku hari ini.

Mengulas lanjut masalah banjir kilat, Piarapakaran berkata, ia mempunyai kaitan rapat dengan penebangan kawasan hutan yang dibuat atas nama keperluan pembangunan. "Sejak awal tahun 1960-an, negara kita melalui proses pembangunan yang pesat. Banyak kawasan hutan ditebang untuk tujuan perindustrian, pertanian dan perumahan.

"Keadaan tersebut secara langsung menyebabkan peningkatan jumlah aliran air permukaan (air hujan yang mengalir pada permukaan tanah) sewaktu hujan," jelasnya.

Sungai tong sampah

Beliau yang juga Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) berkata, jika berlaku hujan di kawasan yang mempunyai hutan tebal, ia akan menyerap air hujan dan melepaskannya perlahan-lahan ke dalam sungai.

Ketiadaan hutan, menyebabkan proses melambatkan aliran air ini hilang.

"Apabila proses ini tiada, pengaliran air secara tiba-tiba akan menyebabkan fenomena banjir kilat menjadi lebih ketara.

"Untuk menampung aliran air permukaan ini, banyak saluran dan longkang konkrit dibina.

"Bagaimanapun, ia tidak membantu menyalurkan air, sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah terutama banjir besar atau banjir kilat," jelas Piarapakaran.

Bahkan, sungai yang ada menjadi tong sampah. Nampaknya, longkang juga turut menjadi pilihan atau kegemaran orang ramai membuang sampah.

Perhatikan sahaja sampah-sarap yang memenuhi sungai, parit dan longkang.

Tangan kita juga mungkin pernah melontar tin kosong, botol air minuman atau plastik pembungkus makanan.

Namun, hari ini bukan setakat sampah, sisa pepejal atau bangkai haiwan saja yang dihumban ke dalam sungai, bahkan mayat manusia dan janin bayi turut ditemui di dalam sungai.

PERMUKAAN yang telap air membantu menyalurkan air hujan ke dalam tanah sekali gus mengurangkan kadar takungan air.

Walau apapun, Piarapakaran berkata, sampah-sarap tidak boleh terus menerus dipersalahkan apabila berlaku banjir kilat.

"Seringkali kita dengar sampah yang tersumbat boleh menyebabkan banjir kilat.

"Tapi perkara ini mempunyai hadnya. Banjir di Kuala Lumpur dan Kajang baru-baru ini tidak boleh dipersalahkan kepada sampah-sarap sahaja.

"Alasan ini adalah satu penghinaan kepada ilmu kejuruteraan," kata Piarapakaran yang juga seorang jurutera alam sekitar.

Meskipun saluran tersumbat menjadi salah satu punca banjir kilat, sungai atau longkang monsun atau longkang konkrit besar yang melimpah tiada kaitan dengan sampah.

Menurut Piarapakaran, ia berpunca daripada reka bentuk dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan.

Jelasnya, proses reka bentuk saliran bukan sesuatu yang statik kerana ia perlu diperbaiki dengan peredaran masa.

"Kami mendapati banyak reka bentuk saliran yang lama masih wujud, tidak ditambah baik.

"Dengan peningkatan permukaan yang tidak telap air (tidak menyerap air) disebabkan pembangunan taman-taman perumahan, kawasan perniagaan dan jalan berturap, air hujan akan mengalir dengan banyak di atas permukaan ini.

"Jika sistem saliran tidak dapat menampung aliran air hujan ini, maka banjir kilat akan menjadi perkara lazim," jelasnya.

Adakah langkah mendalamkan sungai boleh menangani masalah banjir kilat? Piarapakaran berkata, langkah itu perlu seragam.

Beliau menjelaskan apabila sesebuah sungai didalamkan, isipadu air yang dibawa sungai itu juga akan meningkat.

Jika hanya bahagian sungai didalamkan di kawasan yang terjejas, sambungan keluar dari kawasan tersebut akan mempunyai kedalaman yang lebih cetek.

Limpahan

Keadaan itu, mungkin memburukkan lagi keadaan dengan pemendakan kelodak yang mungkin menyebabkan banjir yang lebih teruk.

"Saya pernah meninjau kawasan saliran airnya berliku-liku dan lurus.

SAMPAH-SARAP tidak boleh disalahkan semata-mata kerana banjir kilat yang berlaku di Lembah Klang baru-baru ini.
"Kawasan yang mempunyai rintangan sama ada liku atau bahagian asas saliran yang tidak rata dengan batu atau struktur penghalang akan mengalami fenomena hydraulic jump atau ketinggian aliran air meningkat secara mendadak.

"Apabila hydraulic jump berlaku, air yang memasuki saliran akan terhalang.

"Ada ketika berlaku juga limpahan keluar dari saliran," tambahnya.

Piarapakaran berpandangan kaedah pengiraan untuk reka bentuk saliran seharusnya lebih fleksibel.

Dalam bidang kejuruteraan, setiap reka bentuk disediakan untuk berfungsi pada senario paling teruk dan digandakan mengambil kira faktor keselamatan.

Ertinya kata Piarapakaran, apa yang perlu ialah pelan tebatan banjir yang boleh berfungsi bagi menampung lebih daripada senario paling teruk. Bagaimanapun, jika keadaan kritikal meningkat dengan pantas, ia boleh menyebabkan kegagalan reka bentuk dan banjir kilat lebih kerap berlaku.

"Dalam proses reka bentuk, kadar kenaikan keadaan kritikal perlu dipertimbangkan. Bagaimana hendak kita ukur kegagalan sesuatu reka bentuk tebatan banjir?

"Apabila banjir kilat kerap berlaku dalam tempoh jangka masa yang singkat selepas pelaksanaan projek tersebut," jelasnya. -Bernama

'Letak jawatan'

Posted: 25 Jan 2012 05:27 PM PST


 DATUK Lee Chong Wei mengetuai cabaran negara pada kempen kelayakan di Macau bulan depan.



"SEMUA patut letak jawatan."
Demikian tegas bekas pemain beregu badminton negara, Razif Sidek sekiranya skuad negara gagal mara ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China pada Mei depan.

Razif berkata, baik jurulatih, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), individu-individu yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya skuad negara gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau, bulan depan.

Katanya, beliau sangat kecewa melihat persiapan yang dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Thomas kali ini yang mana lebih mementingkan temasya Sukan Olimpik 2012 di London berbanding kejohanan berprestij itu.

"Berdasarkan post mortem yang dijalankan ekoran kegagalan skuad negara pada Piala Thomas 2010, punca kekalahan pada tahun tersebut adalah disebabkan daripada kelewatan melakukan persiapan.

"Namun, tahun ini juga nampaknya sama sahaja saya lihat, langsung tidak ada persiapan. Hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum kempen kelayakan bermula, barulah BAM mahu mengadakan latihan pusat.

"Apa ini? Memang sudah jelas BAM tidak ada perancangan bagi mempersiapkan skuad menghadapi Piala Thomas. Mereka lebih mementingkan kejohanan-kejohanan individu dan Sukan Olimpik sahaja.

"Memang, Sukan Olimpik juga merupakan satu temasya sukan dunia besar tetapi Piala Thomas juga sama. Ia ibarat Piala Dunia bola sepak dalam sukan badminton. Perlu ada keseimbangan untuk melakukan persiapan bagi menghadapi kedua-dua kejohanan tersebut.

"Jadi, saya lihat individu-individu terbabit yang dalam BAM itu letak sahaja jawatan jika skuad negara gagal ke pusingan akhir. Buang masa sahaja," kata Razif ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Razif, andai gagal ke pusingan akhir, BAM sudah tidak boleh menggunakan alasan bahawa tidak ada pemain yang benar-benar layak bagi menggalas cabaran negara kerana ia semua berpunca daripada badan induk itu sendiri.

"Selepas Piala Thomas terakhir pada 2010, BAM ada dua tahun untuk melahirkan bakat-bakat baharu. Namun, saya tidak melihat itu berlaku sebaliknya hampir keseluruhannya pemain yang sama juga.

"Inilah akibatnya apabila melakukan persiapan di saat-saat akhir. BAM langsung tidak ada perancangan untuk mengembalikan Piala Thomas itu ke Malaysia.

"Dua tahun lalu, kita sudah melakukan kesilapan. Sepatutnya kesilapan itu sudah tidak berulang lagi tetapi ia tetap terjadi," jelas Razif yang turut berada dalam skuad negara ketika menjulang Piala Thomas pada edisi 1992.

Ditanya sama ada skuad negara masih memiliki peluang untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan akhir Piala Thomas, Razif menjawab: "Terus terang saya katakan, peluang itu memang tidak ada kerana tidak ada perancangan."

Kempen kelayakan Piala Thomas kali ini akan membuka tirainya di Macau bermula 13 hingga 19 Februari depan.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah gagal melepasi pusingan kelayakan sejak kejohanan tersebut mula diperkenalkan pada 1949.

Jika gagal kali ini, ia merupakan 'bala' baharu buat sukan badminton tanah air.

Berdasarkan format kejohanan, hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan Zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir di Wuhan, China, Mei depan. -kosmo-

Kapten Kenya 'pukau' Johor FC

Posted: 25 Jan 2012 05:25 PM PST

 OCHIENG (kiri) berjaya menambat hati pengurusan pasukan Johor FC.


KAPTEN skuad kebangsaan Kenya, Pascal Ochieng dilihat bakal menjadi pemain import pertama Johor FC musim ini selepas menunjukkan aksi menarik pada sesi ujian bersama skuad Liga Super itu.

Difahamkan, pengurusan skuad Lebah berusaha untuk menurunkan pemain berusia 26 tahun itu yang beraksi di posisi pertahanan tengah dalam pertemuan menentang Kedah di Stadium Darul Aman Alor Setar, Sabtu ini.

Ochieng yang beraksi dalam Liga Perdana Kenya merupakan penerima anugerah pertahanan terbaik pada 2011.

Pengurus pasukan Johor FC, Wan Nizam Wan Omar berkata, setakat ini, pihaknya berpuas hati dengan aksi Ochieng dan tidak menolak kemungkinan untuk pemain import itu membuat kemunculan pertama Sabtu ini.

"Jika kita gagal menandatangani mana-mana pemain import ketika menentang Kedah, itu bukan satu masalah kerana kita mempunyai pemain tempatan yang telah bermain dengan baik.

"Justeru, kita tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak dengan pemain terbabit jika ia sekadar untuk memenuhi kuota pemain import," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, meskipun skuadnya kalah dalam tiga perlawanan sebelum ini, beliau masih menaruh keyakinan dengan kemampuan pemain sedia ada yang telah bermain dengan baik setakat ini.

Jelasnya, skuad Lebah perlu meningkatkan lagi kesefahaman selain menajamkan penyudah.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan skuad Lebah untuk menandatangani dua pemain Brazil iaitu penyerang, Tito Fernando dan pemain tengah, Tiago Lima kerana gagal memenuhi kriteria pemain import untuk beraksi pada Liga Malaysia.

Pada perlawanan pembukaan untuk musim ini, Johor FC menang 2-1 menentang pendatang baru Liga Super, PKNS FC sebelum kalah pada tiga perlawanan iaitu 2-0 ketika menentang Negeri Sembilan, tewas 2-1 kepada Kelantan dan 1-0 dengan Perak. -kosmo-

Carling Cup Final - Cardiff City vs Liverpool

Posted: 25 Jan 2012 05:22 PM PST


 
 
 
 BARISAN pemain Cardiff meraikan kejayaan mara ke final Piala Liga selepas membenam Crystal Palace pada aksi separuh akhir di Stadium The Cardiff City awal pagi semalam.



LONDON - Cardiff City mengesahkan slot final Piala Liga selepas membenam Crystal Palace 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 1-1. Pada aksi separuh akhir pertama di Selhurst Park, 10 Januari lalu, Palace menang 1-0 hasil jaringan Anthony Gardner.

Bagaimanapun, Palace gagal menggunakan kelebihan tersebut apabila Gardner menjaringkan gol sendiri pada minit ke-7 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium The Cardiff City semalam.

Selepas jaringan itu, kedua-dua pasukan gagal menambah gol sehingga tamat masa tambahan, sekali gus menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol Cardiff, Tim Heaton menjadi wira apabila berjaya menggagalkan sepakan penalti Jermaine Easter dan Sean Scannell, seterusnya memastikan pasukannya melangkah ke Wembley sejak tewas kepada Portsmouth pada final Piala FA 2008.

"Ia satu malam yang hebat untuk Cardiff City," kata Heaton.

"Sebelum ini, saya sekadar menjadi penonton, namun apabila saya terlibat dengan pasukan dan memainkan peranan untuk beraksi di Wembley nanti, satu perasaan yang sukar untuk digambarkan."

Selepas berjaya menjadikan kedudukan agregat 1-1 hasil jaringan sendiri Gardner, Cardiff hampir memperoleh gol kemenangan menerusi Kenny Miller, namun percubaannya sekadar terkena palang Palace.

Palace pula ditimpa malang apabila kapten, Patrick McCarthy diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua ketika perlawanan berbaki 13 minit.

Tanpa khidmat McCarthy, Palace terpaksa menggunakan corak bertahan apabila Cardiff dilihat ghairah memburu jaringan kemenangan.

"Kami memiliki pengalaman beraksi pada peringkat ini (sepakan penalti) dan pemain yang mengambil sepakan itu mempunyai kekuatan mental.

"Tom Heaton kembali bangkit memberikan persembahan yang terbaik selepas gagal berbuat demikian pada perlawanan pertama," kata pengurus Cardiff, Malky Mackay.

Pada aksi final, Cardiff yang dimiliki ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee akan menentang pemenang antara Liverpool dan Manchester City. - AFP

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Posted: 25 Jan 2012 05:15 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-ytSi7Q9p6EY/Tx9_UBMK-WI/AAAAAAAADkQ/5hpVQWu-1wM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMalaysia%2BBuilding%2BSociety%2BBerhad%2B%2528MBSB%2529.jpg

We are seeking highly motivated and result-oriented individuals who demonstrate initiative, good interpersonal and communication skills to join our Company.

We offer attractive remuneration package as well as opportunities for career advancement. Interested candidates who are looking for challenges are invited to apply.

1. Senior IT Business
2. Support Executive
3. Senior IT Disaster Recovery
4. Head of Service
5. Marketing Executive (Mortgage Loans)
6. Marketing Executive (Personal Financing)

CLICK HERE TO JOBS REQUREMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are invited to apply online or submit a comprehensive resume stating working experience, qualifications, current and expected salary together with a contact number and a recent passport-sized photograph to career@mbsb.com.my or to:

Head, Human Resource Department
Malaysia Building Society Berhad
Wisma MBSB, 48 Jalan Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur


Only shortlisted candidates will be notified.

Closing Date: 28 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Maktab Mahmud (LMM)

Posted: 25 Jan 2012 04:28 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-6HMTknx3TqI/TxeGSP86fFI/AAAAAAAADdI/SzGK0jy5E2s/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BMaktab%2BMahmud%2B%2528LMM%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.

1. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
- Bidang Bahasa Arab
- Bidang Pendidikan Islam
- Bidang Bahasa Dan Kemanusiaan
- Bidang Sains Dan Matematik
- Bidang Bahasa Inggeris

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
a) Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud mulai 22 Januari 2012 dengan bayaran RM 1.00 untuk satu borang. (Borang adalah Terhad)

b) Permohonan berikut akan ditolak:
i) Dokumen yang diperlukan tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

Semua permohonan hendaklah di alamatkan kepada :-

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

( u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia )

Tarikh Tutup Permohonan Pada 02 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)

Posted: 25 Jan 2012 04:27 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-tlQqpTFfrxg/Txd_NHJAf4I/AAAAAAAADbo/hbjrKcDizC4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BPerbandaran%2BKulim%2B%2528MPKK%2529.jpg

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L1-1
2. PEGAWAI PENGUATKUASA N1-1
3. PEGAWAI TADBIR N1-1
4. JURUAUDIT W1-1
5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT4-1
6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J4-1
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W4-1
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N4-1
9. PEMBANTU AWAM H5-1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

2) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.
4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

3) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM,
104-120 LORONG KOTA KENARI 5/1, KOTA KENARI,
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Kuala Terengganu Medical Centre (KTMC)

Posted: 25 Jan 2012 04:26 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-hX0_s675L1E/TxeBNZUtrEI/AAAAAAAADcw/jre7mJIFJcs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKuala%2BTerengganu%2BMedical%2BCentre%2B%2528KTMC%2529.png

SALAM GROUP emphasize on the important of team work to ensure a seamless operation to be achievable. A team of experienced specialist, dedicated nurses and efficient administrator are here to assist and provide our patients with an experience they might want to share with others. As a service provider, we have always emphasize on the provision of quality services and facilities to SALAM, thus we are in the process to be certified with ISO 9001:2008 in order to monitor and control our standard of services.We are looking for experienced and talented individuals to join our team in KUALA TERENGGANU MEDICAL CENTRE (KTMC). With almost 10 years of experience in healthcare, we welcome you to join us in achieving global excellence.

1.CLERK
2.OPERATOR
3.CASHIER /BILLING
4.CHARGEMAN / MAINTENANCE TEAM (ENGINEERS MECHANICAL/ELECTRICAL/CIVIL)
5.BIOMEDICAL ENGINEER & TECHNICIAN
6.CUSTOMER SERVICE CUM MEDICAL RECORD OFFICER
7.FRONT LINE RECEPTION / PUBLIC RELATIONS OFFICERS
8.HUMAN RESOURCE EXECUTIVE / OFFICER
9.MARKETING EXECUTIVE
10.QUALITY MANAGER / EXECUTIVE
11.SECRETARY
12.JUNIOR EXECUTIVE, RISK MANAGEMENT
13.UNIT MANAGER / NIGHT SUPERVISOR
14.MEDICAL OFFICER
15.PHARMACIST
16.NURSES FOR ICU/LABOUR AND A&E

How to Apply:
Interested candidates are invited to send in a detailed resume, contact telephone number, a passport size photo, current and expected salary, names, address, fax and email contacts of at least 3 referees by 20th February 2012 to the email or post to the address below:-

KUALA TERENGGANU MEDICAL CENTRE (KTMC)
LOT 4075, JALAN ENGKU SAR (JALAN BATAS BARU)
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN.
Email: ruhaiza@salam.com.my

Closing Date: 20 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Posted: 25 Jan 2012 05:15 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-s9qBXPhXLZA/TxkHBbEewiI/AAAAAAAADfk/z5l5yfpk40A/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BHal%2BEhwal%2BBekas%2BAngkatan%2BTentera%2B%2528PERHEBAT%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai :-

1. Pegawai Hal Ehwal Agama – Gred 21P
2. Pengajar Keselamatan & Kesihatan (SHO) – Gred 19P
3. Pengajar Percetakan– Gred 19P
4. Penolong Pegawai Pusat Sumber – Gred 19

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

(U.P : Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 10 Februari 2012. Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS)

Posted: 25 Jan 2012 04:24 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-HUupsDFTmDA/TxkHBbzSPeI/AAAAAAAADfs/wbHqG8kX9qc/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKoperasi%2BPegawai-Pegawai%2BMelayu%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528MOCCIS%2529.jpg

Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada 4.7.1934. Selaras dengan perkembangan koperasi ini, kami memerlukan calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Timbalan Pengurus Besar Perkhidmatan dan Sokongan
2. Timbalan Pengurus Besar Operasi
3. Pengurus Pentadbiran dan Teknologi Maklumat
4. Pengurus Pelaburan & Anak Syarikat
5. Akauntan
6. Eksekutif Audit
7. Eksekutif Pemasaran
8. Kerani

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
a) Pemohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan & sijil kelahiran), gaji semasa berserta sekeping gambar terbaru berukuran passport (t.d.) tidak lewat daripada 31 Januari 2012 kepada:

b) Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di Bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

PENGURUS PENTADBIRAN
JABATAN PENTADBIRAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU
MALAYSIA BERHAD (MOCCIS)
NO. 27-3, JALAN JELATEK 2
PUSAT PERNIAGAAN JELATEK OFF JALAN JELATEK
PETI SURAT 12548, 50782 KUALA LUMPUR.

No. Tel : 03-42604227
No. Faks : 03-42604236
@ Email: saadah@moccis.org.my

Tarikh Tutup Permohonan 31 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

Posted: 25 Jan 2012 04:23 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-BRnYmzaybHk/TxkEBlIff_I/AAAAAAAADeY/WREs1Y4OKS0/s1600/Jawatan%2BKosong%2BBank%2BPertanian%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528Agrobank%2529.gif

Formerly known as Bank Pertanian Malaysia, Agrobank is now capitalizing on its 42 years of experience in agriculture financing to transform and evolve itself into a leading specialized financial institution with wide-ranging banking products & services in Malaysia. We are looking for talented and capable candidates to make our vision and mission come true. Qualified Malaysian citizen are invited to apply job vacancies in Agrobank to fill the following position:

1. HEAD OF ACCOUNTING
2. Section Head, Electronic Human Resource Management System
3. Senior Executive, Performance Management

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Closing Date: 27 Jan - 15 Feb 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Posted: 25 Jan 2012 04:22 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-FRc1gn1IOvo/TxoNcpNTd8I/AAAAAAAADg0/hMQt0eMLDhQ/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BPenyelidikan%2BPerhutanan%2BMalaysia%2B%2528FRIM%2529.jpg

Warga Negara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan ini dan penjawat awam FRIM lantikan tetap di bawah SBPA Kumpulan Pelaksana gred 4-1 hingga gred 2-5 (SSM Kumpulan Sokongan 1) yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

1. Pengurus Kelab FRIM

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

2. Pemohonan daripada penjawat awam FRIM hendaklah menggunakan Borang BPSM/1/1 pindaan 2 dan dihantar kepada BSM melalui Pengarah Bahagian masing-masing.

Tarikh tutup permohonan pada 10 Februari 2012.

No comments: