Thursday 26 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


PANAS! Foto Seksi Citra Yunita Tersebar

Posted: 25 Jan 2012 01:08 AM PST



Penyanyi dangdut Citra Yunita yang terlibat kes dadah mendapat masalah lagi dengan beredarnya foto-foto toplessnya di internet.

Gambar yang beredar memaparkan pedangdut asal Surabaya itu, mengenakan kemben hampir sama dengan kulitnya dan sedikit terbuka sehingga sebahagian payudaranya terdedah kepada.


Citra sebelumnya tertangkap basah mengambil dadah di sebuah kamar kos di kawasan Mangga Besar, Taman Sari, Kuala Lumpur, Sabtu 14 Januari 2012 malam. Polis kini menahan dan sedang menjalankan proses pemeriksaan di Polsek Sawah Besar. Jika terbukti terancam hukuman 4 tahun penjara.

Polis terus mengembangkan penangkapan pelantun lagu Jangan Main Belakang dan Penari Malam itu kerana dipercayai berkaitan dengan penangkapan suspek BH yang ditangkap di tempat yang berbeza. BH ditangkap kerana memiliki 1.800 butir ekstasi.

Citra ditangkap bersama-sama dengan salah satu teman lelakinya bernama Foe Susanto. Saat digerebek, polis mendapatkan alat bukti penghisap sabu, korek api, alat pembakar mengandungi dadah jenis sabu sisa pakai.

Sebelumnya Citra juga kerap memaparkan goyangan dan pose seksi di depan kamera. Namun fotonya kali ini benar-benar mempamerkan bahagian peribadinya. -infospesial-

Misteri 90 ikan paus terdampar di New Zealand

Posted: 24 Jan 2012 11:31 PM PST


WELLINGTON - Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot didakwa terdampar di sebuah lokasi tumpuan pelancong di Golden Bay, Nelson di New Zealand, di kawasan sama di mana tujuh ekor haiwan mamalia itu ditemui mati di tepi pantai pada awal bulan ini.

Pengurus jabatan pemuliharaan serantau, John Mason berkata, kaki tangan jabatan tersebut dan sukarelawan berusaha untuk memastikan kesemua ikan paus itu dapat hidup sehingga air laut pasang bagi membolehkan ia terapung dengan sendiri.

Awal bulan ini, 25 ikan paus terdampar di tepi pantai itu dan 47 lagi dilaporkan mati di kawasan sama kira-kira dua bulan lalu.

Difahamkan, ikan paus pilot tersebut sering ditemui di perairan New Zealand dan insiden itu telah mencetuskan persoalan yang diang­gap misteri bagi penduduk setempat. -sinarharian-

Ketahui Bahaya Demam Denggi Berdarah Yang Membawa Maut

Posted: 24 Jan 2012 11:25 PM PST

Nyamuk Aedes

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit Demam Denggi ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.


Virus Denggi Berdarah

Penyakit Demam Denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.




Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.


Cara Penyebaran Denggi Berdarah


Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk aedes merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.




Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).


Jenis Demam Denggi
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :

1. Demam denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti Demam Denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda/Gejala Denggi Berdarah

Tanda-tanda atau gejala :

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda Demam Denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.


Demam Denggi Berdarah

Demam Denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).


Rawatan Denggi

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:


Demam Denggi Klasikal


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.


Demam Denggi Berdarah

Demam Denggi yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Denggi Berdarah Membawa Maut

Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :

* Mudah lebam

* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


Sifat Nyamuk Aedes

* Gigitan pada waktu pagi dan senja (5 pagi – 8 pagi dan 5 petang – 8 malam)

* Bertelur dalam air mati yang jernih.


sumber asal melayukini.net

Gambar Anak Kedua Serina Datuk Chef Wan

Posted: 24 Jan 2012 11:13 PM PST


Pelakon dan juga pengacara, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya kira-kira jam tiga petang, kelmarin.

Menurut Serina menerusi laman sosial Twitter miliknya, anak keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
 
Isabella Saffiya
 
"Syukur Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang puteri pada Tahun Naga Air. Terima kasih atas doa semua dan saya sangat gembira," katanya.
 
Bagaimanapun, difahamkan bapa Serina, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli-belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
 
Selain Isabella, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.-sinarharian-

Dafi Pula Meninggal Dunia?

Posted: 24 Jan 2012 11:03 PM PST


Sehari selepas seniwati Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia, semalam seorang lagi anak seni tempatan menerima nasib yang sama iaitu Dafi.

Menurutnya, cerita yang mengatakan dia meninggal dunia tersebar di laman Twitter sekitar jam 8 malam.

"Memang terkejut bila ada yang mengatakan saya meninggal dunia sedangkan saya kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. Saya dapat tahu cerita tersebut daripada salah seorang kelab peminat saya.

"Bila baca apa yang disebarkan itu, saya ketawa dan anggap ia perkara lucu. Namun, saya tetap berfikiran positif dan berdoa semoga saya panjang umur," kongsi Dafi yang dihubungi MH Online.

Ditanya pula bagaimana reaksi ahli keluarganya, kata Dafi;

"Saya sendiri memaklumkan mereka berkenaan hal tersebut. Dan mereka sendiri tergelak cuma kesal kenapa masih ada pihak yang cuba menyebarkan cerita yang tidak betul. Soal mati bukan perkara main-main."

Dafi yang berada di Jakarta sehingga Rabu ini turut berpesan agar fitnah sedemikian dihentikan.

"Jika tidak suka saya sekalipun, janganlah fitnah dengan cerita sedemikian," katanya ringkas. -mediahiburan-

Rintihan pilu minta tolong sebelum mati

Posted: 24 Jan 2012 10:47 PM PST


MANTIN: "Sebaik terdengar bunyi letupan, saya melihat pemandu daripada dua kenderaan yang bertembung merintih meminta pertolongan.

"Melihat keadaan ngeri itu, saya membantu mengeluarkan empat penumpang termasuk kanak-kanak perempuan yang cedera," kata kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Zakaria Mohd Fazir, 23, yang membaiki paip pecah bersama beberapa rakan lain menyaksi kemalangan di Jalan Mantin-Kajang, berdekatan Kolej Tuanku Jaafar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu pasangan suami isteri berkena

REMUK...keadaan dua kereta dalam kemalangan yang menyebabkan tiga maut.
REMUK...keadaan dua kereta dalam kemalangan yang menyebabkan tiga maut.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu pasangan suami isteri berkenaan, Lim Fong Len, 70-an, dan Chong Yoon Ying, 56, dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Puchong, Selangor bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Selain kedua-dua mangsa, kereta Toyota Vios dipandu anak lelaki mereka berusia lingkungan 30-an itu dinaiki menantu, 40-an dan cucu perempuan mereka berusia tiga tahun.

Kereta lima sekeluarga dari Mantin ke Kajang itu berlanggar dengan kereta Proton Saga dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua pemandu tersepit. Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, mati di tempat kejadian.

Pasangan suami isteri terbabit pula disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Mantin dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat HTJS untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.-metro-

10 tahun dikurung dalam bilik mandi

Posted: 24 Jan 2012 10:37 PM PST

BARAA memeluk anak patung selepas diselamatkan daripada tahanan bapanya dan kini dia tinggal bersama ibunya di Qalandia, dekat Ramallah di Tebing Barat.

RAMALLAH: Seorang wanita Palestin berusia 21 tahun memberitahu, dia dikurung bapanya dalam bilik mandi sejak sedekad lalu dan hanya dibebaskan pada awal pagi untuk membersih rumah.
Menurut Baraa Melhem, bapanya sentiasa mengajarnya supaya menganggap orang lain sebagai penjahat.

Menurut pekerja sosial yang menguruskan kes itu, Hala Shreim, Baraa diselamatkan polis Palestin dari bilik mandi sempit itu di Qalqilya, Tebing Barat, kelmarin "Polis bertindak selepas menerima maklumat daripada seseorang yang tidak dikenali," katanya.
Sementara itu, polis berkata, bapa Baraa - yang memiliki kewarganegaraan Israel - ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Jurucakap polis Israel berkata, lelaki terbabit dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Ketika diwawancara stesen radio Voice of Palestine, Baraa berkata, dia berusia 11 tahun apabila mula dikurung bapanya di dalam tandas.


Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu.

"Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya.
"Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan," katanya.

Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan.

"Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan," katanya.

Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah.

Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri.

"Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio," katanya.

Kenyataan polis Palestin berkata, bapa Baraa mengaku mengurung anaknya atas alasan "masalah keluarga." Dia juga mengaku memberi Baraa hanya roti sebagai makanan utama. - Reuters

Senarai Pencalonan Oscar 2012

Posted: 24 Jan 2012 10:20 PM PST


Debaran anugerah filem paling berprestij dan popular iaitu Anugerah Academy ke-84 (Oscar) yang akan berlangsung pada 26 Februari depan kian memuncak dengan pengumuman senarai akhir setiap kategori yang dipertandingkan.

Pada majlis pengumuman yang diadakan di Beverly Hills, Selasa itu, filem arahan pengarah lagenda Martin Scorsese iaitu Hugo mendahului senarai pencalonan dengan 11 kategori termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pengarahan Seni dan Sinematografi Terbaik. 

Diikuti rapat oleh filem bisu hitam putih, The Artist dengan 10 pencalonan, filem yang dinobat sebagai Filem Terbaik - Muzikal/Komedi di Anugerah Golden Globes ke-69 pada 15 Januari lalu itu mengisi beberapa kategori penting seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. 

Filem Hugo arahan Martin Scorsese mengungguli senarai pencalonan pada Oscar kali ini dengan 11 pencalonan.

Berikut adalah senarai calon bagi kategori-kategori utama:

Filem Terbaik

The Artist

The Descendants

Extremely Loud & Incredibly Close

The Help

Hugo

Midnight in Paris

Moneyball

The Tree of Life

War Horse

Pengarah filem Martin Scorsese tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Hugo

Pengarah Terbaik

The Artist, Michel Hazanavicius

The Descendants, Alexander Payne

Hugo, Martin Scorsese

Midnight in Paris, Woody Allen

The Tree of Life, Terrence Malick 


Pelakon Lelaki Terbaik

Demián Bichir , A Better Life

George Clooney, The Descendants

Jean Dujardin, The Artist

Gary Oldman, Tinker Tailor Soldier Spy

Brad Pitt, Moneyball 


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Kenneth Branagh, My Week with Marilyn

Jonah Hill, Moneyball

Nick Nolte, Warrior

Christopher Plummer, Beginners

Max von Sydow, Extremely Loud & Incredibly Close

Selepas kejayaan di Anugerah Golden Globe ke-69 pada 15 Jnauari lalu, aktor Perancis Jean Dujardin sekali lagi tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik menerusi The Artist.




Pelakon Wanita Terbaik

Glenn Close, Albert Nobbs

Viola Davis, The Help

Rooney Mara, The Girl with the Dragon Tattoo

Meryl Streep, The Iron Lady

Michelle Williams, My Week with Marilyn 


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Bérénice Bejo, The Artist

Jessica Chastain, The Help

Melissa McCarthy, Bridesmaids

Janet McTeer, Albert Nobbs

Octavia Spencer, The Help

Aktor veteran Gary Oldman tercalon buat julung kalinya di Oscar bagi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Tinker Tailor Soldier Spy.

Filem Cereka Animasi Terbaik

A Cat in Paris - Alain Gagnol dan Jean-Loup Felicioli

Chico & Rita - Fernando Trueba and Javier Mariscal

Kung Fu Panda 2 - Jennifer Yuh Nelson

Puss in Boots - Chris Miller

Rango - Gore Verbinski 


Pengarahan Seni Terbaik

The Artist

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Hugo

Midnight in Paris

War Horse 


Sinematografi Terbaik

The Artist, Guillaume Schiffman

The Girl with the Dragon Tattoo, Jeff Cronenweth

Hugo, Robert Richardson

The Tree of Life, Emmanuel Lubezki

War Horse, Janusz Kaminski 


Rekaan Kostum Terbaik

Anonymous, Lisy Christl

The Artist, Mark Bridges

Hugo, Sandy Powell

Jane Eyre, Michael O'Connor

W.E., Arianne Phillips

Michelle Williams tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi My Week with Marilyn
 
Suntingan Terbaik

The Artist, Anne-Sophie Bion and Michel Hazanavicius

The Descendants, Kevin Tent

The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter and Angus Wall

Hugo, Thelma Schoonmaker

Moneyball, Christopher Tellefsen


Filem Bahasa Asing Terbaik

Bullhead, pengarah Michael R. Roskam, Belgium

Monsieur Lazhar, pengarah Philippe Falardeau, Canada

A Separation, pengarah Asghar Farhadi, Iran

Footnote, pengarah Joseph Cedar, Israel

In Darkness, pengarah Agnieszka Holland, Poland


Solekan Terbaik

Albert Nobbs, Martial Corneville, Lynn Johnston dan Matthew W. Mungle

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, Nick Dudman, Amanda Knight dan Lisa Tomblin

The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland


Kesan Visual Terbaik

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, Tim Burke, David Vickery, Greg Butler and John Richardson

Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman and Alex Henning

Real Steel, Erik Nash, John Rosengrant, Dan Taylor and Swen Gillberg

Rise of the Planet of the Apes, Joe Letteri, Dan Lemmon, R. Christopher White and Daniel Barrett

Transformers: Dark of the Moon, Scott Farrar, Scott Benza, Matthew Butler and John Frazier

Salah sebuah babak dalam filem A Separation dari Iran yang tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik
 
Muzik (Skor Asal Terbaik)

The Adventures of Tintin, John Williams

The Artist, Ludovic Bource

Hugo, Howard Shore

Tinker Tailor Soldier Spy, Alberto Iglesias

War Horse, John Williams Music 


Muzik (Lagu Asal Terbaik)

Man or Muppet, filem The Muppets

Real in Rio, filem Rio


credit to mstar

David Hasselhoff Benci Diganggu Peminat

Posted: 24 Jan 2012 09:29 PM PST



PELAKON yang pernah popular dengan siri Baywatch, David Hasselhoff memberitahu dia benci dan berasa rimas apabila sering diganggu oleh para peminatnya sehingga menyukarkan dia menjalani kehidupan seharian.

David, 59, turut memberi amaran kepada para peminatnya agar tidak menggangu dirinya dan mohon diberikan sedikit ruang peribadi sebagai seorang manusia biasa.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah dan mudah didekati, David berkata dia bagaimanapun berhak untuk berasa marah jika kehidupan peribadinya sering diganggu.

"Jika sedang melihat saya bersama seorang wanita atau terserempak dengan saya sedang menikmati makan malam, tolong hormati dan tunggu sehingga saya selesai.

"Saya pasti akan meluangkan masa bersama peminat cuma berikan saya ruang untuk menikmati hidangan dengan tenang," ujarnya.

Dalam pada itu, David yang sedang bercinta dengan seorang wanita iaitu Hayley Roberts, 32 tahun sedang berada di Australia untuk rakaman program Celebrity Apprentice musim kedua. -mstar-

Jennifer Aniston Nafi Sedang Hamil

Posted: 24 Jan 2012 09:27 PM PST



SELEPAS kecoh dikhabarkan sedang hamil enam bulan, pelakon Jennifer Aniston akhirnya muncul menafikan berita tersebut dan menganggap berita tersebut sebagai lucu.

Daily Mail melaporkan, dia yang sedang menjalinkan hubungan dengan Justin Theroux muncul di khalayak dengan perut yang rata dan tubuh langsing.

Isu kehamilan Jennifer kecoh apabila wanita berusia 42 tahun itu memberitahu ingin berehat seketika daripada kerjaya lakonannya dan ingin menghabiskan masa bersama kekasihnya.

Khabar kehamilan itu juga sebelum ini diperkuatkan lagi apabila sumber terdekat bekas pelakon siri Friends itu memberitahu perut Jennifer kelihatan buncit dan dia mengalami simptom-simpton wanita hamil. -mstar-

Langgar Peraturan - Restoran Milik Jay-Z Diarah Tutup

Posted: 24 Jan 2012 09:25 PM PST



TIDAK sampai 24 jam beroperasi, restoran Club 40/40 milik suami penyanyi Beyonce diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan New York city apabila pihak mereka mendapati premis tersebut melanggar syarat-syarat ditetapkan oleh jabatan itu.

Aceshowbiz melaporkan, pegawai kesihatan mendapati resotoran itu telah melanggar 69 peraturan kesihatan yang diwajibkan untuk sesebuah premis makanan dan didakwa boleh menyebabkan bahaya kepada pengunjung.

"Walaupun restoran ini kelihatan mewah tetapi jika melanggar semua peraturan telah ditetapkan ia mungkin akan membahayakan pelanggan yang menikmati hidangan di situ," ujar pegawai tersebut.

Antara peraturan dilanggar adalah seperti suhu restoran yang tidak sesuai, kakitangan dalam keadaan tidak terurus, penyimpanan bahan makanan dalam suhu rendah dan keadaan daging hampir busuk turut ditemui selain beberapa perkara.

Keadaan restoran Club 40/40 yang teruk itu telah menyebabkan pihak berkuasa memberikan gred C dan diarahkan tutup serta merta.

Penutupan premis berkenaan bukan kali pertama apabila Mac tahun lalu ia pernah ditutup atas alasan sama dan Jay-Z sebelum ini telah menghabiskan hampir RM30 juta untuk mengubahsuai restoran tersebut. -mstar-

Heidi Klum, Seal rasmi cerai

Posted: 24 Jan 2012 08:22 PM PST

 SEAL dan Heidi Klum bagaimanapun masih berbaik demi masa depan anak-anak mereka.


DILABELKAN sebagai antara pasangan Hollywood paling romantik, nampaknya hal itu tidak akan berpanjangan selepas model Heidi Klum dan suaminya, penyanyi Seal rasmi bercerai.

Perkahwinan mereka selama tujuh tahun dan memiliki tiga orang anak iaitu Henry, 6, Johan, 5, dan Lou, 2, serta seorang anak Klum berusia tujuh tahun hasil hubungan terdahulu dan seorang anak angkat Seal, Leni, bagaimanapun diakhiri dengan cara yang baik.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasangan ini, mereka memberitahu begitu sukar untuk membuat keputusan bercerai. Bagaimanapun ia terpaksa dilakukan kerana mereka kini mempunyai pandangan masa depan yang tidak lagi selari.

"Kami telah menghabiskan masa yang gembira, penuh kasih sayang dan setia sepanjang tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun kami akhirnya membuat keputusan untuk berpisah selepas sudah tidak memiliki persefahaman tentang masa depan kami lagi.

"Walau sudah bercerai, kami tidak akan mengabaikan anak-anak dan cukup menghormati antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menghormati privasi kami selama ini," ujar pasangan tersebut melalui kenyataan rasmi yang disiarkan oleh Us Weekly.

Sebelum ini, Heidi dilaporkan telah memfailkan penceraian dengan alasan mereka tidak lagi sehaluan. Malah seorang sumber memberitahu pasangan tersebut kerap bertengkar sejak kebelakangan ini yang berakhir dengan penceraian. -kosmo-

Siti Terus Dimanja Datuk K

Posted: 24 Jan 2012 08:21 PM PST


BARU sahaja balik daripada bercuti menyambut hari jadi di Morocco, Marakesh dan Dubai bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 13 Januari lalu, Siti Nurhaliza Tarudin dikejutkan dengan berita daripada sebuah agensi berita mengenai tawaran berlakon untuknya dalam sebuah produksi filem Indonesia yang berjudul Kekuatan Cinta. Agensi berita tersebut melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia berminat untuk mengambil Siti berlakon di dalam naskhah terbaharu mereka.

Malah, syarikat berkenaan sangat senang untuk menggandingkan Siti bersama pelakon Nicholas Saputra, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo di dalam filem itu.

Begitupun, Siti sendiri tidak tahu mengenai tawaran tersebut dan tidak menerima sebarang tawaran rasmi melalui syarikat terbabit. Apatah lagi, menyatakan persetujuan untuk berlakon di dalam filem itu.

"Siti tahu tawaran syarikat itu pun daripada laporan secara atas talian. Siti tidak anggap berita tersebut sebagai tawaran. Mungkin syarikat produksi itu baru berhasrat untuk melamar Siti berlakon dalam filemnya," kata Siti yang anggun dalam busana Marakesh ketika ditemui selepas sidang media majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah Muhammad Al-Amin Siti Nurhaliza bersama Rabbani di Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya.

Memang sukar untuk Siti menentukan jawapan selagi tawaran rasmi tidak dibuat oleh pihak syarikat terbabit. Tegas Siti, walau bagaimanapun dia tetap memperhalusi tawaran yang diterimanya sebelum memberi persetujuan berlakon di dalam filem itu.

"Kalau dilihat dari barisan pelakonnya memang cerita itu kelihatan menarik. Siti ada gambaran bahawa filem itu besar kerana ia menggabungkan pelakon Indonesia dan Malaysia. Tetapi, selagi tidak ada sebarang tawaran rasmi daripada syarikat itu Siti tidak berani nak cakap terima atau tidak," ujarnya kelihatan gembira menyambut ulang tahun di negara yang diminati sekali gus percutian tersebut merupakan bulan madu kedua Siti selepas berkahwin.


KEMBARA di bumi Marakesh membawa Siti singgah ke Gunung Atlas.


Mengorek cerita di sebalik percutiannya, Siti mengaku begitu seronok dan teruja melawat ke negara yang belum pernah dikunjunginya. Malah, paling mempesonakan bagi Siti merupakan negara Marakesh.

"Marakesh memang cantik. Walaupun warna bangunan yang digunakan kebanyakannya hijau dan batu-bata sahaja tetapi ukiran dalamnya memang menakjubkan. Siti juga sangat teruja dapat menikmati makan malam di puncak Burj Khalifa pada tanggal 11 Januari," luahnya yang memberitahu, Datuk K turut memberi hadiah lain sempena hari jadinya tetapi enggan mendedahkannya kepada media.

Anak

Siti turut ditanya mengenai cahaya mata memandangkan penyanyi tersohor itu sudah berkahwin selama enam tahun.

"Siti memang merancang untuk memiliki anak sejak awal perkahwinan lagi tetapi sehingga sekarang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kita cuma merancang tetapi perancangan Allah itu lagi hebat. Rezeki di tangan Dia. Mungkin satu hari nanti Siti dikurniakan zuriat.

"Mungkin juga ada hikmah Allah melambatkan Siti untuk mendapat anak. Mungkin Dia mahu Siti sesuaikan dulu kehidupan bersama suami dan anak-anak suami atau mungkin Allah mahu Siti melaksanakan kerja-kerja Siti yang masih tertangguh. Jika sudah ada anak nanti perhatian akan beralih kepadanya pula," katanya yang sentiasa berdoa kepada Allah memohon zuriat sendiri selain mengaku turut berusaha untuk memperoleh zuriat.

SITI amat mengagumi seni reka bangunan di Marakesh.


Tanpa berselindung Siti juga mengaku, biarpun tanpa kehadiran cahaya mata, Datuk K menatangnya bagai minyak yang penuh. Tuturnya, sejak di awal perkahwinan sehingga usia perkahwinannya mencecah enam tahun layanan Datuk K terhadapnya tidak pernah berubah. Siti sentiasa dimanja dan dibelai suami. Selain belaian suami dan kesibukannya dalam menguruskan kerjaya nyanyian mahupun syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) miliknya tidak timbul rasa sunyi dalam hidup Siti.

Dalam perkembangan lain, Siti turut berkongsi mengenai produk terbaharu Simply Siti keluaran syarikatnya.
Selain kosmetik kini Simply Siti juga mengeluarkan produk penjagaan kulit. Produk yang menggunakan pelan endorfin dan mengandungi stem sel serta advance hidrohalogen itu dikeluarkan menerusi lima produk iaitu pelembab, krim mata, serum, skrub dan topeng muka.

"Produk ini sudah dilakukan ujian ke atas beberapa wanita dan ia memang memberi kesan beberapa minggu selepas memakainya. Ia dapat mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan memberi seri pada wajah," ujarnya yang turut bakal mengeluarkan tiga pewangi jenama Siti Nurhaliza selepas kelima-lima produk penjagaan kulit itu dipasarkan pada bulan Februari ini.-kosmo-

Calon Presiden AS dedah cukainya

Posted: 24 Jan 2012 07:43 PM PST


 
MITT ROMNEY (kiri) dan Newt Gingrich mengambil bahagian dalam perdebatan calon Presiden Republikan di Universiti of South Florida di Tampa, Florida kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon yang setakat ini menduduki tempat kedua dalam pemilihan bagi mewakili Parti Republikan pada pilihan raya Presiden 2012, Mitt Romney kelmarin menyiarkan dokumen percukaian yang mendedahkan pendapatan beliau, menurut akhbar Washington Post.

Perkara tersebut dilakukan selepas Romney seteru politik Romney meningkatkan tekanan supaya beliau berbuat demikian.

Washington Post melaporkan pemimpin berusia 64 tahun itu memiliki pendapatan AS$21.7 juta (RM67.3 juta) pada 2010 dan AS$20.9 juta (RM64.9 juta) tahun lalu dengan keseluruhannya dijana menerusi aktiviti pelaburan.

Pernah memegang jawatan Gabenor Texas antara tahun 2003 dan 2007, Romney merupakan antara individu terkaya pernah menyertai pencalonan untuk bertanding merebut jawatan Presiden AS.

Menurut akhbar sama, keluarga Romney turut menghulurkan sumbangan AS$7 juta (RM21.7 juta) kepada pelbagai badan amal sejak tahun 2010 dan membayar cukai persekutuan cuma AS$6.2 juta (RM19.2 juta) untuk tempoh sama.

Beliau sebelum ini menyelar pemenang tempat pertama pencalonan Parti Republikan bagi menyertai pilihan raya Presiden 2012, Newt Gingrich.

Calon yang dipilih anggota-anggota Parti Republikan akan menentang Brack Obama dari Parti Demokrat pada pilihan raya Presiden AS, November depan. - Agensi

Punca jualan kereta terkecil merudum

Posted: 24 Jan 2012 07:32 PM PST


 GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Nano terbakar pada 21 Mac 2010 di Mumbai, India.



NEW DELHI - Apabila Tata Motors melancarkan Nano pada 2009, kereta kompak termurah di dunia itu dijangka mencatat keuntungan besar di pasaran.

Nano dikatakan jalan penyelesaian kepada jutaan keluarga kelas pertengahan bawahan di India yang berhasrat memiliki kereta sendiri tanpa membebankan ekonomi mereka.

Namun, perkara sebaliknya telah berlaku.

Golongan terbabit meminggirkan kereta berharga AS$2,800 (RM8,694) itu dan memilih untuk membeli kereta lebih mahal atau kereta terpakai pada harga yang sama.

Perkembangan negatif itu dipercayai berpunca daripada persepsi masyarakat bahawa Nano adalah kereta orang miskin.

"Kereta Nano sentiasa dianggap kereta orang miskin. Tiada siapa mahu dilihat memandunya," kata Punnoose Tharyan, editor sebuah majalah permotoran India, Motown.

Menurut ketua perniagaan Tata Motors, jualan bulanan Nano adalah sekitar 10,000 unit, jauh tersasar daripada sasaran jualan 25,000 kenderaan sebulan.

Selain itu, beberapa tragedi kereta Nano terbakar sejak beberapa tahun lalu juga dilihat tidak membantu meningkatkan imej kereta kompak itu di mata masyarakat.

Ketua Tata, Ratan Tata mengaku bahawa kesilapan telah dibuat sehingga menyebabkan terdapat persepsi bahawa Nano ialah sebuah kereta untuk golongan miskin.

Justeru, bagi memperoleh jualan yang memberangsangkan, Tata telah memberikan pengubahsuaian dengan menyediakan lebih banyak warna termasuk warna oren betik. - AFP

Israel, destinasi popular golongan gay

Posted: 24 Jan 2012 07:28 PM PST


 SEORANG pondan membuat persembahan pada satu parti gay di Tel Aviv pada 7 Januari lalu.



TEL AVIV, Israel - Bandar raya Tel Aviv di sini menjadi antara destinasi paling popular yang dikunjungi golongan gay dari seluruh dunia.

Di bandar raya Israel ini, pasangan gay boleh berjalan sambil berpegangan tangan malah, mereka turut dibenarkan bercium di tempat awam.

Selain itu, iklimnya yang nyaman ditambah dengan pelbagai hiburan malam serta kempen berterusan oleh pemerintah banyak membantu menjadikan bandar raya ini sebagai syurga dunia gay.

Pihak dewan bandar raya di sini pula membelanjakan sekitar AS$100,000 (RM310,500) atau lebih dua pertiga bajet pemasaran antarabangsa bagi memancing kedatangan pelancong gay.

"Kami cuba menjadikan bandar raya ini bandar raya contoh dengan mengamalkan keterbukaan, pluralisme dan toleransi," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.

Menurutnya, puluhan ribu pelancong gay dari luar negara berkunjung ke bandar raya ini pada setiap tahun.

Tel Aviv juga diumumkan sebagai bandar raya gay paling terbaik di dunia pada 2011 selepas ia memenangi tempat pertama pada satu pertandingan antarabangsa. - Agensi

Bumi berdepan ribut solar terkuat

Posted: 24 Jan 2012 07:24 PM PST


 
GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. - Agensi

Menara Big Ben di London condong

Posted: 24 Jan 2012 07:16 PM PST


 Bangunan jam Big Ben (kanan) di London kelihatan dalam gambar yang dirakamkan pada Isnin lalu.



LONDON, Britain - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben didapati condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin mengelincir ke dalam Sungai Thames di sini.

Menara setinggi 96 meter itu yang menjadi mercu tanda bandar raya ini didapati condong sekitar 46 sentimeter ke kiri puncaknya.

Perkembangan membimbangkan itu mendorong suruhanjaya Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab menyelia bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya sejak kurun ke-19 mengadakan satu pertemuan pada Isnin depan bagi membincangkan isu tersebut.

Media tempatan melaporkan suruhanjaya berkenaan akan membincangkan laporan juruukur yang mencadangkan anggota-anggota Parlimen berpindah manakala kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut dianggar mencecah £1 bilion (RM4.8 bilion).

Namun, seorang jurucakap suruhanjaya itu menafikan terdapat laporan juruukur manakala pertemuan tersebut diadakan bagi menubuhkan satu kumpulan untuk menyelidik proses membaiki dan menyelia bangunan tersebut pada masa panjang.

Jurucakap berkenaan turut memberitahu, bangunan tersebut dipercayai condong sejak ia dibina pada tahun 1859.

Mengulas tentang isu sama, seorang pakar pembinaan pula berkata, perkara tersebut tidak membimbangkan kerana ia mengambil masa 1,000 tahun sebelum Big Ben condong pada sudut yang menyebabkan menara berkenaan berisiko untuk tumbang. - Reuters

AirAsia disaman kerana tipu tambang

Posted: 24 Jan 2012 07:12 PM PST


 SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar.



SYDNEY - AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam. -kosmo-

1 comment:

Anonymous said...

I think the admin of this web page is genuinely working hard in favor of his web page,
because here every material is quality based material.


my blog post - home cellulite treatment