Tuesday 24 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Arnab Angora Spesis Arnab Berbulu Pelik

Posted: 23 Jan 2012 03:02 AM PST

Beberapa ekor arnab ditemui mempunyai spesis yang berbulu lebat. Arnab spesis ini dikenali sebagai Arnab Angora kelihatan sedikit pelik kerana sifatnya amat berbeza dengan haiwan yang mempunyai habitat yang sama



Binatang seperti ini memang kita jarang jumpa, dengan bulu yang serata badan, ianya dikenali sebagai Arnab Angora, pada mulanya admin sangka ini ialah satu kerja photoshop, tetapi setelah meneliti dengan lebih giat lagi, maka terdedahlah ianya adalah sejenis haiwan, iaitu Arnab Angora, rupanya yang mengiurkan ini pastinya sukar untuk disembelih kerana bulu yang memenuhi mukanya itu sangat susah untuk dihilangkan. Jom tengok gambar pelik arnab berbulu nih.


sumber : melayukini.net

Akhbar mahu Obama dibunuh

Posted: 23 Jan 2012 02:46 AM PST



WASHINGTON: Sebuah akhbar Yahudi Amerika Syarikat mencadangkan supaya ejen Mossad membunuh Presiden Barack Obama dengan alasan beliau 'tidak mesra' terhadap Israel.

Dalam artikel yang disiarkan pada edisi 13 Januari akhbar Atlanta Jewish Times, Andrew Adler, pemilik akhbar itu meminta pembaca membayangkan mereka Perdana Menteri Israel.

"Arahkan ejen Mossad yang berpangkalan di Amerika Syarikat supaya membunuh seorang presiden yang tidak mesra terhadap Israel bagi membolehkan naib presiden yang ada sekarang mengambil alih jawatannya dan secara paksa meminda dasar Amerika Syarikat, termasuk membantu negara Yahudi itu memusnahkan musuhnya," kata Adler dalam rencana itu.

Dia juga berkata, Perdana Menteri Israel perlu mengarahkan serangan terhadap seorang presiden dalam usaha untuk mengekalkan kewujudan Israel.

"Anda fikirkan mengenainya. Jika saya boleh memikirkan senario seperti Tom Clancy ini, tidakkah anda dapat gambarkan bahawa idea yang sukar dan rumit ini sudah dibincangkan di kalangan pihak atasan di Israel?" katanya.

Awal Disember lalu, pesaing untuk menjadi calon Parti Repulikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney menyalahkan Obama kerana tidak menunjukkan sokongan secukupnya terhadap Israel.

Presiden Amerika Syarikat itu bagaimanapun mendakwa pentadbirannya sudah menyumbang begitu banyak wang kepada rejim Israel dalam sejarah ketika ia menghadapi masalah ekonomi yang teruk.

"Saya begitu bangga kerana walaupun dalam masa yang sukar ini, kita berjuang dan mendapatkan begitu banyak pembiayaan untuk Israel dalam sejarah," kata Obama ketika berucap pada Perhimpunan Agung ke-71 Kesatuan Untuk Pembaharuan Agama Yahudi di Maryland Disember lalu.

Dalam usaha untuk menenenangkan keadaan ekoran kontroversi yang tercetus akibat tulisannya, Adler berkata, dia tidak bermaksud ideanya itu dilihat secara serius dan dia hanya mahu mendapat 'tindak balas' daripada pembaca.

Akhbar itu dilapor mempunyai jumlah edaran beerapa ribu naskah seminggu. - Agensi

Gambar 2 Lemas Di Pantai Sepat

Posted: 23 Jan 2012 02:35 AM PST

ANGKAT...orang ramai membantu seorang daripada mangsa lemas.

KUANTAN: "Semuanya berlaku terlalu pantas. Anak-anak saya sebelum itu sedang mandi apabila tiba-tiba ketiga-tiga mereka tenggelam timbul dan terkapai-kapai.

"Saya cuba menyelamatkan mereka namun hanya berjaya menyelamatkan seorang saja," kata Zaleha Abdul Ghani, 42, yang kehilangan dua anaknya, Mohd Zaiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Saiful, 11, akibat lemas di Pantai Sepat, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, enam orang termasuk tiga anak Zaleha lemas. Bagaimanapun, seorang anak wanita itu dan tiga anak saudaranya berusia antara lapan hingga 16 tahun, berjaya diselamatkan orang ramai dan kini dirawat di di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA).

Foto


Zaleha bersama keluarganya dari Sungai Isap, berkelah di pantai itu sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

Dua anaknya yang maut, Mohd Zaiful dan Mohd Saiful berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika diselamatkan dan meninggal dunia di HTAA akibat sesak nafas. Seorang lagi anak Zaleha masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia mengharapkan anaknya itu selamat.

Pada masa sama, Zaleha meluahkan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak melakukan pemantauan di sepanjang pantai itu biarpun sebelum ini banyak kejadian lemas berlaku.

"Mereka (pihak berkuasa) sepatutnya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak kejadian ini berulang kembali," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata enam orang lemas dalam kejadian itu dengan dua daripada mereka maut.

Menurutnya, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci punca kejadian. -hmetro-

Video Bunyi Aneh Dari Langit

Posted: 23 Jan 2012 02:03 AM PST



KUALA LUMPUR – 'Suara aneh dan menakutkan dari langit' yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

"Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

"Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..," katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.



"Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

"Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

"Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin 'sar-sar', angin 'sar-sar' ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin 'sar-sar' ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth," ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai "High Frequency Active Auroral Research Programme" (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.-




sumber : mynewshub

Yantzen Sudah Terbiasa Hidup Menduda

Posted: 22 Jan 2012 07:15 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Insan, Yantzen berkata dia sudah terbiasa hidup bersendirian selepas hampir 8 tahun bercerai dengan pelakon Sharifah Noor Haslinda (Lynn).

Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 54, berkata pada usia begini mencari isteri baru bukan lagi menjadi keutamaannya, sekalipun dia mengakui adakalanya berasa sunyi apabila bersendirian di rumah.

"Saya sudah terbiasa hidup menduda. Jadi saya tidak kisah pun apabila hidup bersendirian.

"Pada usia begini, soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki bagi meneruskan hidup," katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Yantzen dan Lynn berkahwin pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Aliff Ronan yang kini berusia 13 tahun.

Ketika diusik pertanyaan tidakkah dia berasa sunyi apabila bersendirian di rumah, Yantzen berkata: "Saya ada ramai kawan. Selalunya, saya akan bersama dengan mereka.

"Kalau bersendirian di rumah, memanglah perasaan sunyi dan sepi itu datang tapi ia bukan masalah besar bagi saya," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Yantzen berkata dia masih aktif menyanyi dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara.

"Saya masih aktif menyanyi sehingga kini. Kalau hendak tahu, jadual jemputan nyanyian saya penuh sepanjang Disember tahun lalu.

"Pada bulan ini pun saya sudah dipanggil untuk mengadakan persembahan di beberapa acara dan majlis korporat," katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan lagu atau album baru.

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade (1986 hingga 1989) dan May (1992 hingga 1995).

Menerusi album solonya Impian yang diterbitkan pada 1994, Yantzen menempa populariti menerusi lagu Insan, ciptaan Datuk M. Nasir.

Anis Aneesa Tak Peduli Soal Populariti

Posted: 22 Jan 2012 07:14 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Anis Aneesa berkata dia tidak pernah ambil peduli atau bimbang mengenai populariti dirinya yang masih tidak dikenali ramai selepas lima tahun menceburi bidnag nyanyian.

Sebaliknya, Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata apa yang lebih penting adalah memastikan kerjaya nyanyian berjalan dengan lancar dan mendapat undangan nyanyian secara konsisten.

"Saya sedar kurang popular dan dikenali berbanding kebanyakan penyanyi baru yang lain kerana saya tidak lahir daripada program realiti nyanyian.

"Namun, ia bukan alasan untuk saya berputus asa dan mengalah untuk terus berjuang dalam bidang yang saya cintai ini," katanya.

Anis menambah, walaupun kurang dikenali dia berasa bertuah kerana terus dihujani pelbagai jemputan nyanyian daripada majlis-majlis korporat di dalam dan luar negara.

"Dalam persaingan yang sengit dunia nyanyian tanah air hari ini, apa yang lebih penting adalah untuk memastikan saya mendapat tawaran nyanyian secara konsisten.

"Setakat ini, alhamdulillah saya tidak pernah mengalami 'musim kontang' tanpa tawaran nyanyian langsung," katanya.

Anis berkata sebagai usaha dalam memastikan kelangsungan kerjaya nyanyiannya, dia tidak pernah lelah untuk mencuba genre lagu yang segar dan kontemporari, selain bereksperimen dengan pelbagai imej.

"Jika sebelum ini, menerusi projek khas bersama Ajai, saya mengetengahkan konspe 'world music', pada tahun ini saya ingin mengeluarkan dua lagu 'single' melibatkan kerjasama dengan kumpulan Wali Band dan Matta Band.

"Insya-Allah saya akan memasukkan vokal pada April depan dan mempromosikan lagu-lagu itu di Indonesia dulu sebelum melancarkannya di Malaysia pada pertengahan tahun ini," katanya.

Sharon Stone Akui Berasa Hodoh Selepas Pembedahan

Posted: 22 Jan 2012 07:13 PM PST



LONDON: Aktres Shahron Stone yang pernah mendapat jolokan wanita tercantik di dunia, mengakui pernah berasa dirinya menjadi hodoh selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak.

Stone, 53, yang menjalani pembedahan itu pada 2001 berpendapat dia tidak akan memperolehi semula kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu selepas pembedahan tersebut.

"Sisi pipi saya mengendur. Ketika itu, saya berasa pasti tiada siapa yang mahu bersama dengan saya lagi.

"Saya mengalami masalah kehilangan memori jangka pendek dan panjang selepas pembedahan itu.

"Bahagian betis kiri saya menjadi kebas. Saya mengalami masalah pendengaran di bahagian telinga kanan," katanya yang dipetik mirror.co.uk.

Bagaimanapun, sejak itu Stone melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan semula kecantikan asalnya. - IANS

Mata Bipasha Basu Terkena Jangkitan Kuman

Posted: 22 Jan 2012 07:08 PM PST



MUMBAI: Pelakon dan bekas model India, Bipasha Basu terpaksa membatalkan semua sesi fotografi dan rakaman berkaitan promosi lagu Bipasha Bipasha yang dipetik daripada filem terbaru berjudul Jodi Breakers kerana matanya dijangkiti kuman.

"Mata saya terkena jangkitan konjunktivitis pada pagi ini dan saya terpaksa membatalkan semua fotografi dan rakaman. Berasa tidak berupaya kerana terlalu banyak kerja yang masih tertangguh.

"Waktu sebegini membuatkan anda sedar betapa tertekannya bergelar seorang pelakon! Seluruh pasukan menunggu anda dan anda tiada jawapan spesifik untuk diberikan," kata aktres berusia 30 tahun itu dalam kemas kini di akaun Twitter miliknya.

Dalam filem arahan Ashwini Chaudhary itu, Bipasha bergandingan dengan aktor popular Tamil, R. Madhavan.

Ia dijadualkan menjengah pawagam pada 24 Februari depan. - IANS

2012 tahun bertuah David Teo

Posted: 22 Jan 2012 06:38 PM PST



SIAPA tidak kenal dengan seorang penerbit yang sememangnya berani bersuara dan tidak lokek untuk berkongsi rezeki yang diperolehi, David Teo.

Merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi Metrowealth International Group (MIG) yang menaungi syarikat penerbitan filem paling aktif menerbitkan filem di Malaysia iaitu Metrowealth Movies Production (MMP), David tidak pernah gagal untuk berkongsi rezeki yang diperoleh sejak tahun pertama dia berkecimpung dalam industri seni.

Kini walau telah melewati usia 11 tahun pembabitannya, David sekali lagi berkongsi rezeki dengan mengadakan Majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Chai MIG 2011/12 di Hotel Sunway Lagoon Resort, Bandar Sunway sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

"Bukan senang mahu kongsi rezeki, ramai hanya boleh bercakap namun untuk melaksanakannya memang sukar. Kita perlu ikhlas dan biasakan hati untuk berkongsi dengan orang lain. Namun, apa yang saya lihat, setiap kali bila ikhlas berkongsi rezeki, pasti perniagaan saya mengalami peningkatan.

"Saya sering mengamalkan majlis kesyukuran setiap tahun untuk bersyukur terhadap rezeki yang diberikan dan juga untuk menyedarkan kesemua 500 orang pekerja, krew dan pengkarya di bawah saya untuk beringat kepada Tuhan yang telah mengurniakan rezeki kepada kita semua," ujar David yang katanya harus beringat bahawa kepayahan perlu dilalui untuk menikmati kejayaan. 

SELEPAS 11 tahun, David Teo masih melakukan ritual yang sama iaitu berkongsi keuntungan dengan semua yang terlibat secara langsung bersama syarikat miliknya, Metrowelth Pictures.

Tahun Naga tahun bertuah


Bagi seorang yang berbangsa Cina, David percaya tahun 2012 ini merupakan tahun bertuahnya dan memandangkan dirinya juga berzodiak Naga sama seperti perayaan Tahun Baru Cina kali ini, feng shui buat dirinya sangat baik.

"Tahun ini merupakan tahun naga, dan sudah empat kali saya menempuh tahun naga ini di dalam perniagaan saya. Kini saya telah pun berusia 48 tahun. Tahun ini saya anggap lebih membawa tuah kepada saya kerana saya sendiri lahir di tahun yang sama.

"Jadi, tahun ini, saya hanya akan mengambil cuti empat hari sahaja, kerana mengikut feng shui, hari yang baik untuk membuka perniagaan adalah semasa hari ketiga Tahun Baru Cina.

"Jika saya tidak buka, saya perlu anjakkannya ke hari yang kesembilan untuk menjalankan perniagaan. Jadi saya fikir apa guna melewatkan perkara baik," ujar David yang akan pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga di Johor.

REZEKI dikongsi bersama. Sebahagian kakitangan MIG dan artis-artis yang bernaung di bawah payung syarikat tersebut bergambar kenangan selepas berkongsi rezeki pemberian David .

Bercerita mengenai kepulangannya ke kampung iaitu di Pekan Jabi, Segamat, Johor, ujar David setiap tahun perayaan ini jarang disambut secara besar-besaran dan hanya mengamalkan kesederhaan.

Apa yang penting bagi diri lelaki ini ialah restu dari bapa untuk mendoakan diri supaya murah rezeki setiap kali menjelang tahun baharu.

Walaupun boleh digelar jutawan, namun David tetap akan menerima wang angpau dari bapanya sekalipun ia tidak diberi dalam jumlah yang banyak. Sekali lagi dirinya menjelaskan, apa yang penting restu orang tua terhadap diri yang menjadi keutamaan diri.

"Walaupun keluarga besar, rumah bapa saya di sana sangat kecil kerana baginya ia merupakan rumah pusaka dan tidak ingin berpindah ke rumah yang lebih besar.

"Jadi kami akan berkumpul di rumah yang diperbuat dari papan itu dan setelah selesai sembahyang, kami akan menyambung kepada acara pemberian angpau," cerita David tentang ritual perayaannya setiap tahun yang tidak banyak berubah.

BERBUAL mesra. David bersama sebahagian pengamal media yang hadir ke majlis kongsi rezeki baru-baru ini.

Berlaku adil, hari kedua perayaan Tahun Baru Cina diteruskan pula ke rumah mertua yang terletak di Kampung Abdullah, Segamat yang terletak hanya empat kilometer dari rumah bapanya.

Bagi David, sebagai seorang anak dan menantu, berjumpa bapa dan kaum keluarga adalah merupakan tanggungjawab yang sangat penting tidak boleh diabaikan.

Izwan Pilus dalam kenangan

Posted: 22 Jan 2012 06:34 PM PST

ARIL memberi penghormatan terakhir dengan menyiram air mawar di pusara Izwan yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka pada Sabtu lalu.


"BILA lagi kau ni nak pandai lipat baju? Nak tunggu aku mati baru kau nak lipat." Itulah antara tutur kata yang paling diingati oleh Khairul Azam Pilus, 27, atau Aril AF7 kira-kira dua minggu sebelum abangnya, Khairil Izwan Pilus, 33, atau nama pentasnya Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 20 Januari 2012.

Petang Jumaat lalu, penyanyi Izwan Pilus disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.

Menurut Aril, pada malam sebelum penyanyi berkenaan menghembuskan nafas terakhir, dia melihat keadaan arwah abangnya berada dalam keadaan yang sangat letih dan tercungap-cungap.

"Apabila melihat keadaannya seperti orang yang tidak sihat, saya menyuruhnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah dipujuk, akhirnya barulah dia bersetuju untuk pergi ke hospital."

Menganggap Izwan hanya demam biasa, keadaan menjadi sebaliknya apabila Izwan diserang sawan dan nazak.

Setelah beberapa jam mendapatkan rawatan, Izwan akhirnya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang hari yang sama sewaktu hendak dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Antara yang berada di samping Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir adalah ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd. Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara-maranya serta beberapa rakan baik.

Jenazahnya kemudian telah dibawa pulang ke Melaka dan dikebumikan berhampiran kubur arwah datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka, pada hari Sabtu (21 Januari 2012).

Mengenai perubahan sikap yang berlaku ke atas arwah sebelum meninggal dunia, Aril memberitahu, tiada sebarang perubahan yang kelihatan kecuali sebuah khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh arwah empat hari yang lalu.

"Antara kandungan pesanan yang dihantar kepada saya, arwah memberitahu yang dia sangat sayangkan saya dan meminta supaya menjaga ahli keluarga yang lain terutamanya ibu dan ayah," ujarnya.

Ditanya tentang karakter arwah sebagai seorang abang, Aril menyifatkan Izwan adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, namun kurang meluahkan isi hati sekiranya mempunyai sebarang masalah.

Ujarnya, sebagai anak lelaki sulung arwah sememangnya individu yang paling banyak menyelesaikan sebarang urusan keluarga dan lebih mengutamakan adik-beradik berbanding diri sendiri.

"Sekarang, arwah abang pun sudah pergi buat selama-lamanya dan tinggal saya seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga," jelasnya dalam keadaan sebak.

Khairul Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus sepanjang menjadi anak seni telah dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti Kuala Lumpur.

Mengenai perjalanan karier seni, anak kedua dari empat beradik ini terlebih dahulu berkecimpung dalam bidang nyanyian setelah muncul sebagai finalis Bintang RTM pada tahun 2004.

Sepanjang bergelar penyanyi, arwah telah membawa pelbagai jenis genre muzik iaitu Pop, R&B, Irama Malaysia dan Balada serta beberapa lagunya seperti Indah Lelapku dan Kembali Senyum.

Selain bergelar seorang penyanyi, arwah juga turut dikenali sebagai seorang pengacara televisyen dan kali terakhir dia menjadi pengacara menerusi rancangan berjudul Racik-Racik Herba untuk siaran RTM 1 pada bulan Oktober lalu.

Menariknya, arwah merupakan antara barisan artis tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi. Izwan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia.

Persamaan

Kehilangan Allahyarham Izwan Pilus ternyata turut dirasai oleh sebilangan rakan-rakan artis yang telah menziarahi arwah di hospital sebaik sahaja mendapat berita pemergiannya melalui khidmat pesanan ringkas dan laman sosial.

Antara artis yang menziarahi arwah buat kali terakhir seperti Amy Search, Fizo Omar, Farahwahida, Zed Zaidi, Lan Kristal, Bob AF, Roslan Shah, Reza AF dan Kenchana Dewi.

Salah seorang penyanyi yang rapat dengan arwah iaitu Farahwahida berkata, mereka berdua kali terakhir bertemu ketika sama-sama membuat persembahan di Putrajaya sempena sambutan Tahun Baru 2012.

"Hubungan kami agak rapat dan sering membuat persembahan bersama. Malah, saya sudah mengenalinya sejak dia menyertai Bintang RTM lagi.

"Apa yang menariknya, kami berdua turut mempunyai persamaan apabila nama ibu kami sama iaitu Normah dan salah seorang adik saya mempunyai wajah yang seiras dengannya," jelasnya.

Menurut Farahwahida, dia menganggap arwah adalah seorang penyanyi yang memiliki bakat besar, tetapi jarang diberi peluang untuk melebarkan bakatnya itu untuk berdiri sebaris dengan penyanyi popular yang lain.- RONI HIDAYAT

Sri Lanka derma mata untuk dunia

Posted: 22 Jan 2012 06:31 PM PST


 SEJUMLAH pesakit yang mengalami masalah katarak mata menunggu untuk dibedah di Persatuan Pendermaan Mata di Colombo pada 4 November 2011.



COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir.

Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad.

Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya.

Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu.

Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut.

"Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage.

Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi

Kepala pelatih pengawal peribadi wanita dipukul dengan botol

Posted: 22 Jan 2012 06:28 PM PST


 
SEORANG jurulatih memukul kepala seorang pelatih pengawal keselamatan peribadi wanita dengan botol dalam satu latihan di Beijing, China pada 13 Januari lalu.



BEIJING - Kepala seorang pelatih wanita yang mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi dipukul dengan botol pada satu sesi latihan di Beijing pada 13 Januari lalu.

Botol kaca itu berkecai selepas terkena botol tersebut semasa pengawal keselamatan tersebut sedang berdiri.

Dia merupakan di antara 20 wanita yang menjalani latihan selama lapan hingga 10 bulan untuk menjadi pengawal keselamatan, kebanyakannya lulusan kolej.

Latihan itu dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co.

Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel. - Reuters

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer

Posted: 22 Jan 2012 06:23 PM PST

INILAH naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.


KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd. -kosmo-

No comments: