Sunday 8 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Jaringan dan Keputusan Penuh Piala Sumbangsih 2012 - Kelantan Vs Negeri Sembilan

Posted: 07 Jan 2012 07:46 AM PST

 

Permulaan bagi Liga Malaysia dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2012 antara pemenang Liga Super 2011, Kelantan menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan. Perlawanan ini berbeza seperti sebelumnya dimana pemenang tidak akan diberi mata untuk Liga Malaysia (sebelum ini keputusan perlawanan dimasukkan dalam kiraan Liga Super). Pasukan Kelantan ingin mempertahankan piala yang dimenangi musim lepas manakala N.Sembilan ingin merampas Piala Sumbangsih yang tidak pernah dimenangi .

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Sumbangsih 2012

Negeri Sembilan ( 2 - 1 ) Kelantan



Mari saksikan video jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan

Separuh Masa Pertama

Gol Pertama Piala Sumbangsih 2012 Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)






Gol Kedua Piala Sumbangsih 2012 – Effa Owana (Negeri Sembilan)





Separuh Masa Kedua

Gol Ketiga Piala Sumbangsih 2012 – Effa Owana (Negeri Sembilan)




sumber : sokernet

Tonton Live Piala Sumbangsih 2012 - Kelantan Vs Negeri Sembilan

Posted: 07 Jan 2012 06:02 AM PST


Jom tonton live Piala Sumbangsih 2012
Kelantan Vs Negeri Sembilan
Di RTM TV1


Selepas Klik Link Di Atas, Sila Klik Channel TV1

Ok, Selamat Menonton!

Tuduhan Kejam! Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?

Posted: 06 Jan 2012 10:42 PM PST


Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.


Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.

Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.

Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal

Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.

Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.


Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.

Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.

Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya'nya bahawa muzik (sama') mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:

"Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya."

Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash'ari dan telah berkata: "Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud."

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.

Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.

Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi'zafah, dan daff (sejenis tamborin).

Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.

Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).

Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.

Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut.

Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Wajah-Wajah Pan Asia Selebriti

Posted: 06 Jan 2012 10:27 PM PST

Wajah-wajah selebriti kacukan Pan-Asia selalu dilihat menghiasi ruang-ruang iklan, drama mahu pun filem di Malaysia. Keunikan paras rupa mereka yang dilihat sebagai komersil dikatakan punca utama mereka menjadi tumpua lensa kamera di mana-mana saja mereka berada. Malah mereka juga gah dpilih sebagai duta serta jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.


Diana Danielle Beeson (19 tahun)
Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejakusianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ....Dalam Botol serta Hanyut.


Sharifah Sofea Syed Hussein (25 tahun)
Aktres kelahiran Liverpool, Englad yang berdarah Melayu di sebelah bapanya dan Scottish di sebelah ibunya ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambarnya bermain dengan 2 ekor anjing peliharaan rakannya tersebar di laman sosial. Namun Sofea yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya menjelaskan dia tahu hukum hakam memegang anjing dia juga juga telah mekukan samak selepas memegang anjing tersebut. Antara drama lakonannya adalah Pesona Bintang, Astana Idaman, Badai Polis, Spanar Jaya, Akademi, Skuad Elit dan Nur Kasih. Filem lakonanya pula adalah Gong, Cinta Yang Satu, Orang minyak, Pisau Cukur, serta Berani Punya Badak.


Maya Karin Roelcke (31 tahun)
Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Buat ketika ini, Maya sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.
Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.


Yasmin Hani Richardson (31 tahun)
Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.
Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.


Juliana Sophie Johari Evans (21 tahun)
Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.


Julia Binti Bob Fauzi Ziegler (25 Tahun)
Model dan aktres kelahiran Melayu-Inggeris ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada produser serta pengarah filem Datuk Yusof Haslam. Siapa lagi kalau bukan Syamsul Yusod yang juga bekas kepada teman lelaki Diana Danielle. Sejauh mana kebenaran tersebut, tidak diketahui. Namun sejak mula menjadi model untuk TV komersial seperti Pringles, Nokia, Celcom, Olay Pantene dan Sendayu Tinggi, erjaya seni Julia semakin menyinar.
Banyak drama yang sudah dibintangi. Antaranya ialah Ampang Medikal, Halimah Juling, Cuci The Series dan Mat Bunga, manakala dalam filem pula, Julia pernah membintangi filem Momok The Movie, Jangan Tegur, Cicakman 2: Planet Hitam, Kayangan dan Jangan Tegur.


Faradhiya Mohd Amin (26 tahun)
Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, AMin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,d ia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.


Aishah Jennifer Mohamed Sinclair (30 tahun)
Model, hos dan aktres kacukan Melayu-Inggeris ini merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair yang kini sudah mengahwini penyanyi serta pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari. Tidak seperti abangnya, Aishah yang juga sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya nampaknya lebih selesa menceburi dunia pengacaraan berbanding lakonan.

Diana Danielle Terkejut Spekulasi Nikah Farid Kamil

Posted: 06 Jan 2012 09:51 PM PST



Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson, 21, menafikan bakal berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya, Farid Kamil, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Diana berkata, dia dan Farid terkejut dengan spekulasi tersebut kerana mereka belum merancang sebarang perkahwinan dalam masa terdekat.

"Macam manalah gosip itu boleh timbul dan saya rasa ia bukan isu yang penting untuk dihebahkan kerana kami tidak merancang untuk berkahwin.

"Lagipun saya masih muda dan banyak perkara yang perlu diberi fokus pada tahun ini. Alhamdulillah kami masih selesa dengan perhubungan cinta ini dan biarlah masa menentukan sejauh mana perhubungan ini boleh pergi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Difahamkan, pasangan selebriti ini dikhabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat untuk mendirikan rumah tangga.


Diana Danille dan Farid Kamil

Malah mereka juga sudah bersedia bergelar suami isteri pada tahun ini walaupun usia Diana masih muda.

Dalam pada itu dia juga sedang sibuk dengan penggambaran filem Hantu Gangster, arahan Namawee.

"Rasa seronok sangat bekerja dengan Namawee. Tambah pula dia mengingatkan saya kepada Afdlin Shauki.

"Walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi yang membabitkan hal negara, biarlah ia berlalu kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan.

"Kalau boleh saya mahu lihat kerja yang dilakukannya sekarang dan akan datang. Dia mempunyai idea yang sangat bagus dalam mengangkat masyarakat Malaysia melalui setiap filem yang dihasilkannya," ujar Diana.

Selain itu, pada tahun ini Diana bakal muncul sebanyak empat buah filem lakonannya seperti Azazil, Spilt Gravy On Rice dan Jiwa Taiko.

Malah anak kacukan Melayu-Inggeris ini juga akan memberi fokus kepada pembikinan muzik pula di mana dia ingin muncul dengan sebuah lagu berkonsepkan soul dan Jazz. -mstar-

Zarina Anjoulie Jadi Wanita 'Gedik'

Posted: 06 Jan 2012 09:47 PM PST



KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tidak pernah merasakan ada penerbit filem atau drama di negara ini cuba mengeksploitasi dirinya gara-gara cerita panas yang melandanya.

Zarina berkata, setiap tawaran berlakon yang diterima adalah keputusannya sendiri asalkan watak yang diberikan bersesuaian.

"Seperti drama muzikal Kampus, walaupun watak saya sebagai wanita gedik, saya terima kerana belum pernah memegang peranan sebegitu.

"Tidak timbul isu saya dieksploitasi kerana nama 'Zarina' itu telah sinonim dengan 'seksi' dan 'nakal'. Saya langsung tiada masalah dengan perkara itu," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media drama muzikal Kampus di sini, Khamis.

Tambahnya, dia percaya setiap tawaran yang diberikan kepadanya adalah kerana kepercayaan penerbit dan pengarah filem terhadap bakat yang dimiliki dan bukan kerana cerita kurang enak tentangnya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan mengenai cakap-cakap buruk yang dilemparkan kepadanya kerana dia berazam untuk terus fokus dengan kerjaya dan pelajaran.

Ujarnya, dia sudah terbiasa dengan tohmahan masyarakat terhadapnya dan tidak perlu membuktikan apa-apa kepada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Saya bekerja atau tidak rasanya tidak perlu lagi hendak digembar-gemburkan kepada masyarakat. Saya lebih senang dengan bersikap "low-profile".

"Lagi banyak bercakap akan ada sahaja orang mempertikaikan saya, jadi lebih baik berdiam diri dan buat perkara yang tidak mengganggu orang lain," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan dirinya, Zarina berkata, dia sedikit sibuk dengan pelajaran dalam bidang undang-undang di sebuah koleh swasta di ibu negara.

Zarina berkata, dia akan mengambil tawaran berlaku hanya ketika bercuti panjang.

"Saya akan cuti semester dalam masa terdekat ini dan akan menjalani penggambaran filem Khon Malay dan Ular terbitan KRU Studios.

"Selain itu juga terdapat beberapa projek drama seperti Kampus dan beberapa lagi. Saya juga sedang menanti filem Taiko untuk ditayangkan," ujarnya. -mstar-

Justin Timberlake & Jessica Biel Bertunang?

Posted: 06 Jan 2012 09:44 PM PST


SEJAK beberapa hari lalu, agak sukar untuk mendapatkan penjelasan daripada Justin Timberlake mengenai khabar angin pertunangannya dengan Jessica Biel.

Justeru itu pihak media Hollywood mencari pelbagai cara untuk mendapatkan berita yang sah dan portal Radaronline.com berjaya mengorek rahsia pasangan tersebut.

Nenek kepada Justin telah mengesahkan berita berkenaan dan memberitahu cucunya itu telah melamar Biel di tempat peranginan Gunung Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat.

"Benar, mereka telah pun bertunang ketika sambutan Krismas tahun lalu dan Biel memiliki wajah dan perwatakan yang sangat manis.

"Malah Biel sangat jujur dan keluarga kami amat menyukainya. Dan ya, kami menerima perhubungan ini dan berdoa semoga mereka akan berkahwin secepat mungkin.," katanya.

Nenek Justin turut membocorkan rahsia bahawa cucu kesayangannya masih lagi belum mempunyai tarikh pernikahan yang sesuai tetapi hari bahagia itu akan berlangsung di Memphis atau Colorado.

"Justin telah menelefon saya tentang berita gembira itu cuma dia enggan membesar-besarkannya kepada umum. Saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuknya mendirikan rumah tangga," ujarnya. -mstar-

'Rolling In The Deep' Paling Popular Di Radio

Posted: 06 Jan 2012 09:32 PM PST

Adele
TAHUN 2011 sememangnya milik penyanyi bersuara lunak, Adele.

Selepas dinobatkan sebagai artis pertama yang mampu meraih penjualan album melebihi lima juta unit sejak 2004 di Amerika Syarikat, penyanyi kelahiran Britian ini mengukir satu lagi sejarah.

Lagu Rolling in The Deep turut dinamakan sebagai lagu paling banyak diputarkan di radio sepanjang tahun 2011.

Berdasarkan hasil kajian daripada Nielsen BDS, lagu tersebut telah dimainkan sebanyak 658,000 kali oleh radio-radio Amerika sepanjang 2011.

Manakala lagu Give Me Everything nyanyian Pitbull berada di tangga kedua dengan jumlah 620,000.

Dalam pada itu, penyanyi Katy Perry mencipta sejarah tersendiri apabila tiga buah lagunya, ET (4), Firework (5), dan Last Friday Night (TGIF) (10) tersenarai dalam top 10 lagu paling popular di Amerika.

Berikut adalah senarai 10 lagu paling popular di Amerika Syarikat sepanjang 2011:

1. Adele - Rolling In The Deep (658,000)

2. Pitbull - Give Me Everything (620,000)

3. LMFAO - Party Rock Anthem (571,000)

4. Katy Perry - ET (526,000)

5. Katy Perry - Firework (509,000)

6. Pink - Fucking Perfect (501,000)

7. Bruno Mars - Grenade (483,000)

8. Maroon 5 - Moves Like Jagger (465,000)

9. Black Eyed Peas - Just Can't Get Enough (457,000)

10. Katy Perry - Last Friday Night (TGIF) (450,000).


sumber : mstar

Citroen C4 - Misi Dan Prestasi

Posted: 06 Jan 2012 09:21 PM PST


APA yang anda ingat dengan jenama Citroen? Saya secara peribadinya pernah meminati Citroen menerusi model hatchback ZX yang dihasilkan sekitar tahun 1991 hingga 1998.

Bagi saya, ZX mempunyai rekabentuk yang kemas dan kualiti pengendalian yang bagus. Tipikal sebuah jentera buatan Eropah. Walaupun cuma menggunakan sistem suspensi torsion beam pada roda belakangnya, teknologi passive rear wheel steering yang ada padanya membuatkan sesiapa pun tidak perlu bimbang ketika mengambil selekoh.

Walaupun harga model terpakainya cukup murah, faktor utama yang membuatkan saya tidak berani untuk memilikinya adalah bukan semua mekanik tahu membaikinya. Jadi, impian itu terpaksa dikuburkan begitu sahaja.

Itu cerita lama. Citroen selepas zaman ZX tidak ketinggalan menawarkan beberapa model moden demi memastikan namanya terus wujud dalam pasaran. Sebagai contoh, pengguna di negara ini ada ditawarkan dengan model-model seperti Citroen Xsara, C4 Grand Picasso, C5 dan C6.

ZX ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1998 dan diganti dengan model Citroen Xsara. Apa kaitannya dengan model yang dipaparkan pada minggu ini? Inilah model yang menggantikan kedua-dua model tersebut, Citroen C4 serba baharu.

Di Malaysia, jenama Citroen dinaung oleh Brooklands Motors Sdn. Bhd. (BMSB) sejak tahun 2004. Saya harus tabik spring dengan BMSB. Sebabnya, walaupun jumlah jualan kenderaan Citroen tidaklah semeriah jenama Eropah yang lain, namun ia tetap komited untuk memberi pilihan kepada peminat jentera dari Barat, terutama Citroen.

BMSB menamatkan tahun 2011 dengan penuh harapan menerusi pengenalan model C4. Lebih menarik lagi, hatchback itu dipertontonkan kepada media dan orang ramai di ibu pejabat dan pusat 3S baharunya di Petaling Jaya, Selangor.

RUANG kabin C4 yang mementingkan keselesaan menerusi ruang penyimpanan barang, tombol gear sporty dan tempat duduk bersalut kulit berkualiti tinggi.


Langkah itu nyata membuktikan bahawa Citroen akan terus bersaing dalam pasaran tempatan yang semakin tidak dimonopoli oleh kereta Jepun. Jika dilihat dari segi kelasnya, Citroen C4 bersaing dengan model-model hatchback Eropah yang lain seperti Ford Focus, Peugeot 308 dan Volkswagen Golf.

Andai dilihat pada takat harga yang ditawarkan iaitu RM125,000 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), Citroen berada di antara Peugeot 308 dan Volkswagen Golf.

Justeru, untuk menarik perhatian, Citroen harus ada formula untuk membuatkannya 'meletup' di pasaran.
Formula itu mungkin boleh dilihat dari segi ciri-ciri yang ada padanya. Kalau hendak bergantung kepada penampilan semata-mata mungkin agak sukar kerana ia bersifat subjektif. Namun, bagi saya, rupa C4 sudah lulus untuk menjadi sebuah hatchback yang mampu membuatkan orang ramai menoleh ke arahnya.

Baiklah. Dari segi prestasi, jentera itu menggunakan khidmat unit enjin baharu yang dibangunkan bersama antara pihak PSA dan BMW. Bersesaran 1.6 liter, enjin petrol dengan sistem pendesak turbo itu didakwa berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 156bhp dan tork puncak 240Nm.

Transmisi EGS

Mengaplikasikan sistem pacuan roda hadapan, kuasa enjin tersebut disalurkan menerusi kotak gear automatik enam kelajuan EGS (Electronic Gearbox System). Merupakan transmisi baharu binaan Citroen, sistem kawalan elektro-hidrolik yang ada pada EGS membolehkan gear ditukar dengan lancar dan pantas dalam nisbah gear yang luas.

Ia juga menjimatkan pengunaan minyak di antara tiga hingga lima peratus berbanding transmisi manual konvensional. EGS dilihat sebagai alternatif sebenar terhadap kotak gear manual dan automatik. Bukan sahaja dari segi pemanduan dan keselesaannya, malah harganya juga berpatutan.

Kombinasi enjin dan EGS memungkinkan C4 memecut sehingga 212 kilometer sejam (km/j). Kelajuan dari 0 hingga 100km/j hanya memerlukan 9.6 saat. Pasti ia mampu memuaskan hati mereka yang tidak tahu untuk memandu perlahan. Di sebalik semua angka itu, Citroen mendakwa penggunaan minyak C4 adalah sekitar 6.4 liter bagi setiap 100km dengan emisi C)2 cuma 148 gram untuk satu kilometer.


Paparan meter yang elegan dengan lampu latar berwarna biru.


Prestasi harus diseimbangkan dengan aspek keselamatan. Sudah mendapat penarafan lima bintang dalam ujian Euro NCAP, tiada apa lagi yang perlu anda ragukan. Penarafan tertinggi itu banyak disumbang oleh pelbagai ciri keselamatan misalnya sistem pemantauan titik buta. Menggunakan empat alat pengesan yang dipasang pada bampar, ia memberi amaran kepada pemandu mengenai kenderaan yang datang dari arah belakang.

Sementara sistem ESP pula memastikan jentera melekat di atas jalan raya setiap kali mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Pemanduan pada waktu malam juga pasti lebih meyakinkan apabila lampu utamanya turut membelok setiap kali kereta bertukar arah.

Pendek kata, saya percaya bahawa sesiapa yang memiliki Citroen C4 ialah mereka tidak suka sama dengan orang lain, selain tahu menghargai kemampuan sebuah hatchback sebenar.

Selain C4, BMSB turut memperkenalkan model DS4. Sebagaimana yang diketahui, DS merupakan subjenama yang dicipta oleh Citroen untuk barisan model premiumnya. DS4 sebenarnya berasaskan kepada model C4, tetapi diberikan penggayaan yang jauh lebih dramatik.

DS4 menggabungkan gaya sebuah coupe dengan praktikaliti pintu 2+2. Mementingkan keselesaan penumpangnya, ia hadir bersama tempat duduk belakang bersaiz penuh. Aksesnya adalah menerusi hendal pintu belakang yang tersembunyi dan diintegrasi dengan bijak pada garis sisi tubuhnya.

Sama seperti C4, model tersebut dipasang dengan enjin hasil kerjasama antara PSA dan BMW. Dua pilihan enjin diberi. Enjin THP 155 atau enjin baharu THP 200 yang dapat menjana kuasa sehingga 202hp dan tork 275Nm @ 1,700Nm.

CITROEN DS4 diundi sebagai kereta paling cantik oleh 60,000 peminat tegar kereta dari seluruh dunia.


Enjin THP 155 dipadankan dengan transmisi EGS enam kelajuan. Sementara enjin THP 200 pula dipasangkan bersama kotak gear manual enam kelajuan. Prestasi itu diseimbangkan dengan bermacam-macam sistem keselamatan.

Antaranya ialah brek cakera ventilasi bersaiz 340mm sebagai ciri standard yang disertakan dengan sistem kawalan brek ABS, Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Emergency Brake Assist (EBA). Tidak cukup? Kawalan cengkaman ESP juga disediakan.

Saya tidak tahu kalau anda boleh kata DS4 tidak cantik. Sebabnya, kereta itu telah diundi sebagai The Most Beautiful Car of the Year dalam satu pertandingan yang mengumpulkan pendapat 60,000 peminat tegar kereta dari 62 buah negara di seluruh dunia. Anugerah itu dipersembahkan sewaktu Festival Automobil Antarabangsa ke-26 yang berlangsung di Paris, Perancis pada Januari 2011.

Berminat? DS4 dijangka memasuki pasaran pada Februari 2012 dan ditawarkan pada harga RM150,000 seunit (tidak termasuk caj-caj lain). Ia hadir bersama jaminan kilang selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 100,000 kilometer.

Raja Lawak 6 Tampilkan Perubahan

Posted: 06 Jan 2012 09:14 PM PST

MASUK gelanggang. Barisan finalis Raja Lawak musim keenam yang bakal bertarung sesama sendiri.

PROGRAM realiti Raja Lawak musim keenam kembali dengan menampilkan 12 finalis yang telah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak sekali gus merangkul gelaran Raja Lawak musim terbaharu ini.

Mereka termasuklah kumpulan Zero, Skema, 2yol, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, Ketupat, King serta peserta solo, Kodan.

Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Astro bagi memastikan Raja Lawak kali ini terus segar dan selari mengikut peredaran industri lawak jenaka yang semakin rancak berkembang.

"Saya mewakili pihak Astro Warna berasa amat teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk membuka Gelanggang Raja Lawak menerusi saluran ini bersama 12 peserta yang telah dipilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat," ujar Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Buat pertama kalinya, program ini bakal membawa masuk khidmat pelawak yang pernah dicungkil bakat mereka melalui Raja Lawak musim lalu bagi mencurahkan ilmu kepada para peserta.

Mereka terdiri daripada Angah dan Kumpulan Jambu yang terdiri daripada Yus dan Tauke yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Cif Kecik dan bertindak sebagai penasihat kepada peserta di bawah pemerhatian mereka yang telah dipecahkan menjadi beberapa kumpulan sebelum mengadakan persembahan setiap minggu.

Sementara pengarah, pelakon dan penerbit, Ahmad Idham telah dilantik sebagai Cif Besar bagi memantau Cif Kecik serta para peserta yang di bawah seliaan mereka.

"Saya keliru pada awalnya kerana dipilih. Namun akhirnya saya difahamkan tentang fungsi saya dalam program ini yang bukan mahu mengajar mereka untuk menyuntik tentang pengisian komedi yang dimahukan penonton hari ini.

"Kita tidak akan ganggu kreativiti mereka namun kita akan tambah 'perisa' untuk mantapkan lagi pengisiannya. Saya rasa itu tugas saya sebagai Cif Besar dan sangat berbesar hati dengan tanggungjawab yang diberikan ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan gandingannya Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan kekal sebagai hos Raja Lawak musim terbaharu ini.

Bagi peminat setia program Raja Lawak, jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak musim keenam yang akan bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil pada setiap Jumaat, pukul 10.00 malam bermula 13 Januari 2012.

Selain itu, Al-Kisah Raja Lawak akan disiarkan sebanyak dua episod pada 11 dan 12 Januari 2012 pukul 9 malam dan Kapsul Raja Lawak akan disiarkan selama lima minit pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam bermula 16 Januari 2012. -kosmo-

Mentor Musim Ke-6 Tampilkan Kelainan

Posted: 06 Jan 2012 09:07 PM PST

BARISAN Mentor musim keenam (dari kiri), Ella, Ferhad, Ogy, Ramlah, Faizal dan Adam.

SETELAH menempuh lima musim dan mendapat rating yang amat memberangsangkan, program realiti mencari bakat nyanyian, Mentor yang bersiaran di TV3 akan kembali menggamatkan suasana dengan kehadiran musim keenam yang akan bermula tidak lama lagi.

Kali ini saingan sengit bakal dilihat kerana pihak TV3 telah mendapatkan enam orang penyanyi hebat dan berpengalaman serta tidak kurang juga yang baharu untuk menampilkan kelainan seperti Ella, Ramlah Ram, Faizal Tahir, Ferhad, Fauziah Ahmad Daud dan Adam AF.

Sesi uji bakat Mentor pula akan bermula di Sabah dan Sarawak iaitu pada 13 Januari ini di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, 20 Januari di Hotel Imperial, Miri serta 22 Januari di Hotel Merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Namun, ada segelintir pihak yang mempertikaikan kredibiliti salah seorang artis yang terpilih sebagai mentor untuk Mentor 6 dengan alasan artis itu seperti tidak layak dan tidak sesuai untuk dijadikan mentor bagi program yang memfokus terhadap bakat nyanyian walaupun artis tersebut memiliki pengalaman menjadi anak seni selama 38 tahun.

Jika merujuk kepada tempoh pengalaman itu, sudah tentu artis yang dimaksudkan ialah tidak lain dan tidak bukan Fauziah Datuk Ahmad Daud.

Bagi mendapatkan kepastian, Kosmo! telah menghubungi Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy untuk mendapatkan penjelasan terhadap apa yang dikatakan ini.

Kosmo!: Tahniah Kak Ogy kerana telah terpilih dan apa yang menyebabkan Kak Ogy bersetuju untuk menjadi Mentor musim keenam ini?

OGY: Sebelum ini pihak TV3 tidak pernah menawarkan saya untuk menjadi Mentor. Ini kali pertama. Kami mengambil empat kali pertemuan untuk saya bersetuju kerana saya berfikir dari pelbagai sudut. Yang pertamanya ialah, ada ke orang mahu menjadi protége saya dan hadir ke ujibakat Fauziah Ahmad Daud.

Kerana mungkin mereka sudah melihat cara saya mengkritik, sanggupkah mereka? Apabila saya berfikir semula, jika kita mempunyai ilmu, jika inilah platform untuk saya curahkan atau berkongsi ilmu saya dengan sesiapa yang terpilih kerana jika punyai ilmu jika pendam pun tiada gunanya juga.

Jadi, 38 tahun saya berada dan berbekalkan pengalaman sebanyak itu di dalam industri yang telah banyak mengajar saya sebagai seorang insan seni lagi pula latar belakang keluarga saya yang berdarah seni, ingin saya luahkan kepada pendatang baharu yang ingin sama belajar melalui pengalaman yang saya ada.

Apabila memikirkan dan keyakinan yang diberikan pihak TV3 sendiri, dan ini merupakan platform bagi saya berkongsi ilmu, jadi apa salahnya jika saya turut serta dalam program ini.

Semua ini sudah diatur oleh Maha Pencipta di mana musim keenam ini, Fauziah Ahmad Daud akan menjadi mentor dalam Mentor 6 ini dan insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik.

Bagaimana kriteria protege yang dicari oleh Kak Ogy?

Saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan. Mereka haruslah boleh bermain alat muzik dan juga boleh membaca not-not muzik serta sukakan cabaran. Saya perlukan seseorang yang kuat mental dan fizikal serta mempunyai kesungguhan yang tinggi. Saya juga tidak mahu mereka meniru mana-mana artis yang telah sedia ada di dalam industri muzik ini. Harus punya originality.

Sebelum ini, Kak Ogy sering menjadi pengkritik, jadi kali ini adakah anda sudah bersedia untuk dikritik?

Saya pernah menjadi pengkritik dan saya tahu perasaannya apabila dikritik. Saya akan terima kritikan tersebut kerana kita harus terima kritikan yang diberi untuk menjadi yang lebih baik. Saya suka dikritik kerana itu akan memberi cabaran kepada kita.

Bagi protégé pula, awal-awal saya beritahu, sesiapa yang hadir ke uji bakat saya, sila bersikap terbuka. Tidak boleh terlalu banyak berfikir atau punyai perasaan takut atau sebagainya.

Saya tidak mahu protégé yang punyai masalah attitute. Saya nak mereka yang masuk dalam industri ini kerana nak menimba ilmu bukan kerana nak populariti.

Mereka juga harus kuat mental dan emosi. Saya tak dera orang, cuma saya nak ajar mereka cara untuk berjaya dalam industri.

Apa perasaan Kak Ogy apabila ada sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibiliti Kak Ogy menjadi Mentor?

Saya rasa pihak TV3 lebih sesuai untuk menjawab soalan ini. Namun,apa yang boleh saya katakan, saya sendiri tidak boleh menutup mulut dan mengawal setiap kata-kata yang keluar dari mulut orang,kerana mereka juga berhak bersuara.

Sebelum ini juga saya pernah terangkan kepada pihak TV3 bahawa saya bukanlah seorang penyanyi yang hebat. Tapi mungkin pihak TV3 ada jawapan dan sebab mereka sendiri mengapa memilih saya untuk menjadi Mentor musim keenam ini.

Jika begitu, mungkin Kak Ogy ada memikirkan strategi untuk membuktikan yang Kak Ogy memang layak?

Insya-Allah, pastinya ada. Kerjasama dalam pasukan adalah sangat penting untuk mencapai apa jua yang dirancangkan. Saya tidak mahu cakap lebih kerana belum lagi berlaku apa-apa.

Jadi, let my work speaks untuk nampakkan apa yang akan terjadi kelak. Ini kerana, kita belum lagi dapat protege dan apa akan terjadi atau bagaimana protege yang saya akan dapat nanti. -kosmo-

Rambut Luna Maya Digilai Peminat

Posted: 06 Jan 2012 09:05 PM PST

LUNA MAYA muncul dengan gaya rambut yang baharu.


GAYA rambut pendek artis dan juga penyanyi Luna Maya nampaknya sudah mula menjadi buah mulut ramai orang.

Ramai juga yang beranggapan ia bakal menjadi trend hangat di Indonesia pada tahun ini.

Potongan rambut pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharunya, My Blackberry Girlfriend itu cukup ringkas dikenali sebagai potongan bob.

Hal itu diakui oleh banyak pengusaha salun yang memberitahu sudah ramai wanita yang datang ke salun mereka meminta agar mendapat gaya fesyen rambut sama seperti Luna Maya.

"Sejak awal bulan ini, ramai yang datang ke salun saya dan meminta potongan rambut seperti Luna," ujar Yuni yang merupakan seorang pemilik salun di daerah Semarang Selatan, di Semarang.

Tidak sedikit daripada para pelanggan yang rambutnya panjang dan indah tetapi minta dipotong pendek, ujar Yuni lagi. Katanya, mereka mula mahu mengikut trend terkini dan tidak mahu ketinggalan.

Salah seorang pelanggan di salun Yuni, Syafa, mengaku memotong rambutnya dengan gaya bob setelah melihat penampilan terbaharu Luna Maya.

"Luna cantik dengan rambutnya yang sekarang pendek, jadi saya ingin potong juga seperti dia," katanya. -kosmo-

Piala Sumbangsih - Kelantan Vs Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2012 09:02 PM PST

Piala Sumbangsih 2012, (Sabtu - 7/1/2012 - Jam 8.45malam)


SKUAD Kelantan dikatakan serba lengkap di semua posisi.


KELANTAN memiliki barisan pemain terbaik untuk menjulang Piala Sumbangsih musim ini.

Negeri Sembilan pula memiliki jurulatih terhebat untuk melunturkan hajat Kelantan bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.

Mohd. Azraai Khor Abdullah dianggap antara jurulatih tempatan terbaik kerana memiliki sentuhan luar biasa untuk membawa Negeri Sembilan ke puncak kegemilangan.

Tidak perlu dipersoalkan lagi kredibiliti Azraai kerana banyak yang telah dibuktikannya sebelum ini.

Selain membawa Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2011, Azraai juga pernah membawa Kedah meraih gelaran treble sebelum ini.

Atas faktor tersebut, maka tidak hairan jika Negeri Sembilan mampu memusnahkan Kelantan pada aksi pembuka tirai Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M) bagi musim 2012 menerusi perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih.

Kelantan selaku juara bertahan Piala Sumbangsih, boleh dilabel pasukan pilihan kerana mereka memiliki barisan pemain terhebat.

Daripada posisi pertahanan hingga ke jentera serangan, watak-watak dalam skuad Kelantan boleh dianggap yang terbaik di negara ini ketika ini.

Azizi Mat Rose yang sememangnya cekap membaca pergera kan lawan, kembali menerajui benteng pertahanan, manakala kapten Kelantan, Mohd. Badri Radzhi bijak merencanakan gerakan.

Jentera serangan pula diterajui Norshahrul Idlan Talaha dengan dibantu Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad yang kembali ke pangkuan The Red Warriors musim ini.

Ditambah pula dengan kehadiran pemain import, Mohammad Ghaddar dan Danny Antwi, Kelantan memang dilihat skuad yang serba lengkap musim ini.

Namun persoalannya, mampukah bintang-bintang Kelantan ini menterjemahkan kelebihan yang ada pada mereka itu untuk menghadiahkan kemenangan kepada The Red Warriors.

Namun, Kelantan perlu ingat bahawa memiliki pemain bertaraf bintang yang agak ramai belum tentu menjamin kejayaan.

Kadangkala ia boleh memusnahkan pasukan seperti yang pernah berlaku dengan Kelab Liga Sepanyol, Real Madrid.

Musim lalu, Kelantan bermegah dengan kejayaan muncul juara Liga Super serta Piala Sumbangsih tetapi kecemerlangan itu gagal diteruskan pada kempen Piala Malaysia dan malam ini (pada saingan Piala Sumbangsih), tidak hairan jika kegagalan itu berulang.
NEGERI Sembilan terus memberi kepercayaan kepada barisan pemain senior.


Jurulatih baharu Kelantan, Peter James Butler pula tidak memiliki rekod cemerlang ketika mengendalikan skuad tersebut tiga tahun lalu sebelum The Red Warriors diambil alih oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan.

Boleh dikatakan, kebangkitan Kelantan bermula dari era Sathianathan dan selepas itu (musim lalu) ia diteruskan oleh Datuk M. Karathu.

Jika Kelantan gagal mengatasi Negeri Sembilan malam ini, ia membuktikan Butler bukanlah jurulatih yang mampu membawa bola sepak Kelantan ke puncak, sedangkan barisan pemainnya adalah antara yang terbaik di negara ini.

Bagi Negeri Sembilan pula, pengalaman menjadi resipi utama mereka untuk memastikan Piala Sumbangsih musim ini bertapak di negeri yang penuh dengan adat perpatih itu.

Ia bukan mustahil kerana mereka telah membuktikannya pada final Piala Malaysia musim lalu.

Azraai pula sentiasa bijak mempergunakan kelebihan yang ada pada barisan pemain dalam skuad kendaliannya itu yang sebahagian besarnya masih diterajui orang lama seperti Mohd. Shukor Adan selaku kapten, Idris Karim, Shahurain Abu Samah, S. Kunalan serta tonggak import dari Cameroon, Jean Emmanual Effa Owona.

Meskipun kehilangan khidmat wira Piala Malaysia musim lalu, Hairuddin Omar serta kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Radzak, Azraai tetap tenang berdepan situasi tersebut kerana dia yakin Negeri Sembilan masih mempunyai pemain yang hebat untuk meletakkan skuad kendaliannya itu di puncak kejayaan.

Jika mengimbas perjalanan mereka musim lalu, Aidil dan Zaquan tidak banyak membantu kejayaan Negeri Sembilan kerana mereka bergelut dengan kecederaan hampir sepanjang musim.

Jadi, tanpa mereka Negeri Sembilan tetap pasukan yang perlu di awasi.

Apa pun, segalanya akan terjawab hari ini apabila Kelantan turun membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. -kosmo-

India Hasilkan DC Avanti, Supercar Pertama

Posted: 06 Jan 2012 08:48 PM PST

BENTUK kereta DC Avanti yang dipamerkan pada Ekspo Motor Delhi di New Delhi kelmarin

NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.

Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin.

Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.

Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j).

Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.

Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.

Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam terhadap kereta sport.

"Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada penghasilan prototaip penuh," katanya.

DC dilihat mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali misalnya Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut menghasilkan kereta edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.

Tempahan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat akan dibuka sebaik sahaja ekspo itu berakhir. Penghantarannya dijadual bermula suku terakhir 2013. - Agensi

Jualan BMW atasi Mercedes di AS

Posted: 06 Jan 2012 08:44 PM PST

GAMBAR menunjukkan kereta BMW yang kesejuta dikeluarkan di sebuah kilang pengeluar kenderaan itu di Leipzig, Jerman pada 9 Disember lalu.

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Pengeluar kereta Jerman, BMW mencipta kejutan kelmarin dengan mengatasi saingan terdekatnya, Mercedes-Benz untuk menduduki tempat teratas jenama kereta mewah paling laris pada tahun 2011 di AS.

Perkembangan di luar dugaan tersebut berlaku selepas penerbitan automotif AS, Autodata mengisytiharkan Mercedes juara kategori berkenaan pada Rabu lepas berdasarkan "data daripada sumber industri yang boleh dipercayai" ekoran tidak memperoleh laporan statistik terbabit daripada kedua-dua pengeluar BMW dan Mercedes.

"Saya memiliki keyakinan penuh bahawa tahun 2012 akan menjadi lebih baik terutamanya apabila kereta BMW 3 Series baharu tiba di AS pada Februari depan disusuli model-model baharu yang lain beberapa bulan kemudian," kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW bagi rantau Amerika Utara, Ludwig Willisch dalam satu kenyataan.

Mercedes mendahului BMW pada November tahun lalu dengan pelancaran kereta sedan C-Class baharu untuk tahun 2012. Mercedes pada mulanya dijangka mengekalkan kedudukan teratas tersebut sehingga akhir tahun 2011.

Namun, BMW memintas Mercedes untuk menduduki tempat pertama dengan kelebihan cuma 2,600 buah kenderaan pada bulan berikutnya.

Dalam laporan kelmarin, BMW menyatakan jualan kenderaannya di AS sepanjang tahun 2011 meningkat kepada 247,907 buah kenderaan.

Mercedes pula melaporkan ia mencatat 13.3 peratus kenaikan jualan apabila menjual sebanyak 245,231 buah kenderaan di AS untuk tahun sama.

Mengekori di belakang dua jenama Jerman itu untuk berada di tempat ketiga adalah jenama Lexus keluaran Toyota yang sebelum ini mengungguli kategori tersebut selama 11 tahun berturut-turut.

Namun, jualan kereta Lexus terjejas pada tahun lalu akibat bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu. - AFP

Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil kereta di bengkel

Posted: 06 Jan 2012 08:43 PM PST

SEORANG pelajar jurutera menunjukkan enjin kereta Kiat Esemka di Solo, Jawa Tengah semalam.

SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.

"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.

Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.

Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.

Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.

Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."

Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).

Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP

No comments: