Friday 16 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Video - Selendang Pelbagai Guna Ciptaan Pereka China

Posted: 14 Dec 2011 10:35 PM PST


Magic Chinese Scarf Transformer
Multifunction scarf! buy one get many styles, must save a lot of money for girls 




credit to asiantown

18sx - Foto Panas! 'Oh In Hye', Pelakon dan Model Terkenal Dari Korea

Posted: 14 Dec 2011 09:53 PM PST


Sebelum ini para peminat dikejutkan dengan Foto Kontroversi Oh In Hye Menjadi Bualan Hangat. Namun kali ini, tidak serik dengan kritikan-kritikan oleh peminat dari Korea, pelakon dan model ini tetap tampil dengan penampilan yang seksi di khalayak ramai.

Oh In Hye yang sebelum ini tampil dengan gaun oren seksi, memberikan alasan kepada media,

`Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke majlis anugerah, jadi saya tak pasti apakah jenis pakaian yang sesuai. Seorang rakan yang saya kenali daripada sebuah filem telah mencadangkan kedai pakaian pengantin di bandar Seoul, jadi saya menyewa gaun ini daripada sana. Saya tidak mempunyai banyak pilihan, jadi saya memilih gaun itu. Pada mulanya, pakaian ini tidak muat, jadi saya meminta tukang jahit untuk membetulkan bahagian bahu dan kepanjangannya. Saya juga tidak mempunyai pereka fesyen peribadi.'

Tapi apa pula alasan pelakon berumur 27 tahun ini selepas ini? Apa-apa pun, mari kita lihat gambar terbaru Oh In Hye









Ini pula adalah foto kontroversi beliau sebelum ini

Oh In Hye busan international film festival02

Oh In Hye busan international film festival03

Oh In Hye busan international film festival04

Oh In Hye busan international film festival05

Oh In Hye busan international film festival07

Oh In Hye busan international film festival08

Oh In Hye busan international film festival14

Oh In Hye busan international film festival15

Oh In Hye busan international film festival16

Oh In Hye busan international film festival17

Oh In Hye busan international film festival18

sumber : jiwang

Rosyam Nor labur RM1 juta jadi usahawan!

Posted: 14 Dec 2011 08:34 PM PST


Rosyam Nor melabur (membelanjakan) hampir RM1 juta bagi projek tanaman nangka madu

berkeluasan 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh.

Rosyam berkata, projek yang dimulakan sejak lebih setahun lalu itu dijangka mengeluarkan hasil pertama penghujung tahun depan.




Penglibatan Rosyam dalam bidang pertanian pada awalnya dipandang sepi banyak pihak sehingga pada satu masa dia sendiri hampir putus asa.

Selain mengusahakan tanaman nangka madu, dia turut menanam pisang, mangga dan durian belanda dikawasan sama.

Menurutnya, dalam tempoh setahun lagi, dia akan membuktikan kepada semua pihak dia juga mampu menjadi petani berjaya walaupun pada asalnya ia bukanlah bidang utama perniagaannya.

HEBAT! Fenomena Ciptaan Terbaru PERODUA Dalam Teknologi Kapal Selam

Posted: 14 Dec 2011 08:21 PM PST


Tak ku sangka, kini Perodua melebarkan lagi teknologinya dengan memperkenalkan ciptaan terbaru teknologi kapal pertama mereka. Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan usaha gigih anak-anak muda negara dengan terciptanya satu lagi fenomena terbaru dalam teknologi dunia.

Lihatlah, persaingan antara negara-negara dunia lain dengan Malaysia



lawak jer..jgn marah yer...:)

credit to @boking7

'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie

Posted: 14 Dec 2011 07:51 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.

"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.

"Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya," katanya.

Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Konsert berkenaan akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.

Dalam pada itu, Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.

"Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.

"Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.

Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.

"Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?

"Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa," ujarnya.

Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.

Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan. -mstar-

Nabil Tetap Sibuk Walau Penat Dihimpit Gosip

Posted: 14 Dec 2011 07:43 PM PST

Ahmad Nabil Ahmad

PETALING JAYA: Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 28, atau Nabil mengakui semakin tenang dan bahagia selepas hampir tiga bulan bergelar suami kepada Nazirah Ayub, 23.

Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata pengalaman melayari alam rumah tangga telah banyak mengubah kehidupannya yang sebelum ini kurang terurus dan berserabut.

"Alhamdulillah, saya berasa semakin bahagia dengan kehidupan hari ini. Jika sebelum berkahwin, kehidupan saya kurang teratur tetapi sejak ada isteri, semuanya semakin lancar dan teratur.

"Keutamaan saya kini adalah pada keluarga dan kerja. Malah, saya juga berdoa dan berusaha agar segera dikurniakan anak," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan dirinya yang dilihat agak sepi daripada publisiti kebelakangan ini, Nabil berkata keadaan tersebut berlaku secara semula jadi ekoran kesibukannya dengan komitmen keluarga dan kerja.

"Bukan saya sengaja mendiamkan diri atau mengelak daripada sebarang publisiti, cuma buat masa ini saya senang untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan kerjaya.

"Sebenarnya, saya sudah penat melayan pelbagai gosip dan cerita panas sebelum ini. Sekarang, saya suka untuk berkongsi cerita yang baik-baik tentang kerja dan keluarga saja," katanya.

Pelakon yang bakal muncul dalam filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur pada 19 Januari depan ini berkata dia juga sedang sibuk dengan sesi latihan teater tradisional anjuran Petronas berjudul Mek Mulung yang akan dipentaskan pada 16 hingga 18 Disember ini.

"Mungkin antara sebab saya agak sepi dan senyap kebelakangan ini adalah kerana komitmen teater Petronas berjudul Mek Mulung. Jadual latihan juga sangat padat dan tidak tentu masa.

"Apabila pihak Petronas menawarkan saya watak Awang Pengasuh untuk teater ini, saya teruja untuk menerimanya kerana ingin memantapkan profil lakonan," katanya yang akan kembali dalam musim terbaru teater Cuci The Musical pada Februari depan.

Nabil dan isterinya yang juga bekas pramugari AirAsia bernikah pada 30 September lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. -mstar-

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Indah Water Konsortium (IWK)

Posted: 14 Dec 2011 07:33 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-n7PoInjp1ok/TufhbyF3seI/AAAAAAAAC70/PQKbJFJdV10/s1600/Jawatan%2BKosong%2BIndah%2BWater%2BKonsortium%2B%2528IWK%2529.png 

Indah Water Konsortium, a wholly-owned company of the Minister of Finance Incorporated, is Malaysia's national sewerage company which has been entrusted with the task of developing and maintaining a modern and efficient sewerage system for all Malaysians.In 1994, the Federal Government awarded the company the concession for nationwide sewerage services which prior to that, was under the responsibility of local authorities.Since then, Indah Water has taken over the sewerage services from local authorities in all areas except the States of Kelantan, Sabah, Sarawak and the Majlis Perbandaran Johor Bahru.A modern and efficient sewerage system is vital for the country so as to ensure that wastewater is treated before being discharged into our rivers. This will help preserve the country's waste resources, protect public health and provide a cleaner and safer environment.In June 2000, as testimony of the Government's seriousness in ensuring that a proper and efficient sewerage system will be successfully put in place and maintained, the Government, through the Minister of Finance Incorporated, took over the entire equity in Indah Water from its previous private owners.Indah Water is now well-positioned to undertake the vital task of ensuring that Malaysians today and in the future will be able to enjoy a clean and healthy environment through a proper and well-maintained sewerage system.

1. EXECUTIVE -MEDIA
2. ENGINEER -DESIGN
3. FINANCE ASSISTANT
4. EXECUTIVE -ENVIRONMENTAL
5. EXECUTIVE -DATABASE & BILLING
6. EXECUTIVE- CUSTOMER CARE
7. FINANCE ASSISTANT (Gombak)
8. SUPERVISOR (Gombak)
9. SUPERVISOR (Klang)
10. SUPERVISOR (Langat)
11. SUPERVISOR (Penang)
12. SUPERVISOR (Shah Alam)
13. CHARGEMAN I (Shah Alam)
14. CHARGEMAN I (Taiping)
15. TEAM LEADER (Gombak)
16. TEAM LEADER (Klang)
17. TEAM LEADER (Penang)
18. TEAM LEADER (Shah Alam)
19. TECHNICIAN (Gombak)
20. TECHNICIAN (Kuala Lumpur)
21. TECHNICIAN (Klang)
22. TECHNICIAN (Langat)
23. TECHNICIAN (Penang)
24. TECHNICIAN (Shah Alam)
25. LAB TECHNICIAN (Bukit Jalil / Melaka / Taiping)

....And Many More Vacancies (Up to 60)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS AND ONLINE APPLICATION

Closing Date: 24 Disember 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Posted: 14 Dec 2011 07:28 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-tkOmQq_qA9c/TuVQbmvoKvI/AAAAAAAAC60/4sYDalL2mAI/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BKemajuan%2BPertanian%2BSelangor%2B%2528PKPS%2529.jpg
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berminat untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Penyelia Pertanian

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Hantar Fax/Email Permohonan & Resume ke:

Email:admin@pkps.gov.my

Unit Sumber Manusia & Latihan
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Tingkat 10, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran,
40675 Shah Alam, Selangor.

(U/P: PUAN SITI AISHAH BINTI MAT ARIF)

Tel: 03-55192621/2/3
Fax: 03-55192625/1481

Tarikh Tutup Permohonan Pada 21 Disember 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Penang Port Sdn Bhd

Posted: 14 Dec 2011 07:21 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-XAl7p3Ofq5I/TuVQb9-KyiI/AAAAAAAAC7U/SQwiXXUnsqs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPenang%2BPort%2BSdn%2BBhd.gif

Penang Port Sdn. Bhd. is an established company engaged in port operations and ferry services in the port of Penang. To meet current and future development, the company invites suitably qualified Malaysian to fill the following positions:-

1. EXECUTIVE, PUBLIC RELATIONS
2. AUDIT MANAGER (IT & OPERATIONS)
3. HEAD, LEGAL & ADMIN

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are required to write-in detailed resume, current and expected salary together with a recent passport-sized photograph (n.r) to:-

GENERAL MANAGER (HUMAN RESOURCES)
PENANG PORT SDN. BHD.
P.O. BOX 1204, 10710 PENANG


OR

Email: mohd_jalil@penangport.com.my

Only shortlisted candidates will be notified

Closing Date: 4 January 2012

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Posted: 14 Dec 2011 07:18 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-75goKSQ6r4s/TuKZoIriosI/AAAAAAAAC6U/HXl9pZ4col4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BTeknologi%2BMARA%2B%2528UiTM%2529.jpg
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak (OS29000) di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang/ Kampus Sg Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENOLONG PEGAWAI SOSIAL PERUBATAN S27
2. JURUTEKNIK (BIOMEDIKAL) J17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari lama web UiTM di
http://www.uitm.edu.my dan di http://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam / UiTM Kampus Selayang / UiTM Kampus Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Sila kemukakan permohonan kepada :

DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG 7
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
NO.TEL: (03) 61264664 / 4641 / 4644 / 4629
EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada Sabtu 17 Disember 2011

Akma (AF3) Jaga Batas Selepas Bertudung

Posted: 14 Dec 2011 07:15 PM PST

Akma AF3 Dengan Penampilan Baru

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Akma, 26, lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu.

Menurutnya, atas sebab itu dia memilih untuk tidak beraksi keterlaluan semasa menyanyikan lagu dangdut berjudul Selamat Jalan Romeo yang dipertandingkan dalam Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini.

Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada 31 Disember depan, pukul 10 malam.
"Saya menerima pelawaan pihak Astro apabila diminta menyanyikan lagu tersebut kerana saya pernah mendendangkannya semasa konsert AF3 dahulu.

"Pada mulanya saya ingatkan persembahan biasa tetapi sehari sebelum konsert reunion itu berlangsung, baru saya tahu ia adalah sebenarnya sebuah pertandingan.

"Bagaimanapun, saya lakukan persembahan itu secara sederhana dan tidaklah beraksi keterlaluan. Cukuplah sekadar menghiburkan mereka yang hadir pada malam itu," kata Akma kepada mStar Online.


Menyentuh tentang perubahan barunya itu, Akma pada mulanya mengenakan selendang tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung.

"Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan.

"Saya juga bersyukur apabila mendapat peluang untuk berniaga dengan menghasilkan coklat dari rumah yang dinamakan "Cocolycious by Akma". Memandangkan sekarang sudah hujung tahun, saya mendapat banyak tempahan untuk majlis perkahwinan," katanya yang turut memberi tumpuan kepada persembahan pentas.

Beralih kepada cinta, Akma akui belum menemui jodoh yang sesuai sebaliknya memohon agar semua peminat mendoakan kebahagiaannya. -mstar-

Filem Arahan Angelina Jolie Dapat Bantahan

Posted: 14 Dec 2011 07:07 PM PST


Angelina Jolie

LONDON: Filem terbaru aktres Angelina Jolie iaitu In The Country of Blood and Honey telah diselar oleh segelintir kumpulan pembantah kerana mengandungi elemen perkauman. Kumpulan tersebut menuntut agar penayangan filem berkenaan diharamkan.

Filem yang ditulis dan diarahkan oleh aktres itu berkisar tentang seorang askar Serbia yang bertemu dengan bekas kekasihnya iaitu wanita Islam di Bosnia yang dijadikan hamba seks dalam kem tahanan.

Menurut laporan, penghasilan filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan kepada puak Serb dari Bosnia Herzogovina apabila babak filem itu memaparkan bangsa tersebut telah memperkosa wanita muslim yang ditahan pada era Perang Balkan 1990-an.

Wakil kepada Serb Association of War Victims, Branislav Dukic berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan filem itu diharamkan.

"Kami akan berusaha sedaya upaya agar penayangan filem ini diharamkan," katanya seperti dipetik Daily Star.-mstar-

Jatuh Cinta Air Tangan Ana Dahlia, Chef Riz

Posted: 14 Dec 2011 06:55 PM PST


 

CHEF Riz dan Ana sama-sama handal memasak di dapur.


TEMPOH lapan bulan sudah memadai buat heroin filem Mantra, Ana Dahlia dan Chef Riz mengenal hati budi masing-masing seterusnya menyimpul mati.

Perjalanan cinta singkat Ana Dahlia dengan juri program realiti pencarian tukang masak selebriti, Masterchef Malaysia itu bernoktah sudah pada Ahad lalu.

Dengan sekali lafaz, pemilik nama Diyana Mastura Jaafar, 28, tersebut sah menjadi suri kepada Chef Riz, 29, atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 12.25 tengah hari.

Pasangan berkenaan dinikahkan Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Nawi Osman di rumah pengantin perempuan di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

"Keputusan untuk mengahwini Ana Dahlia sebenarnya telah diputuskan pada minggu pertama perkenalan kami lagi," jelas Chef Riz yang ditemui Kosmo! pada majlis persandingan mereka di Dewan Banquet Menara Kamalbina, Taiping pada sebelah malam.

Rombongan pengantin lelaki yang segak dan anggun berbusana biru firus diketuai bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 53.

Beberapa rakan artis seperti Farhan AF, Adam Corrie Lee, Wan Sharmila dan Zarynn Min turut memeriahkan majlis resepsi yang bermula pukul 8.30 malam itu.

Cukur muka dengan krim
Mengakui perkenalan dirinya dan isteri hasil inisiatif adik perempuannya, Serina, Chef Riz tidak pernah melupakan detik-detik awal perkenalan mereka.

Ujarnya, adik perempuannya yang menemui jodoh kira-kira dua tahun lalu itu adalah individu yang rajin menjadi pencari jodoh 'tanpa gaji' buat dirinya.

"Serina sering memperkenalkan kawan-kawan perempuannya yang masih bujang kepada saya namun semuanya tidak menjadi.

"Sehingga pada suatu hari dia menunjukkan sekeping foto saya kepada kawan baiknya, Ana Dahlia," beritahunya.

Namun jelas Chef Riz: "Foto itu gagal menarik minat Ana Dahlia yang menyifatkan wajah Chef Riz terlalu 'jambu'."

Serina yang tidak putus asa kemudiannya menunjukkan pula foto terbaharu abangnya itu yang kebetulan ketika itu berjambang dan berkumis.

Penampilan maskulin itu juga gagal menarik perhatian bekas peserta program realiti Pilih Kasih yang membuat persepsi Chef Riz kelihatan sebagai seorang yang garang dan perengus pula.

Begitupun setelah dipaksa Serina, Ana Dahlia pergi juga ke restoran On The Table milik chef muda itu di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur beberapa hari kemudian.

"Kali pertama menatap wajah Ana Dahlia semasa dia mahu melangkah masuk restoran, saya terkesima dengan keayuannya.

"Cepat-cepat saya berlari ke dapur dan secara spontan menyapu krim masakan di muka lalu mencukur misai dan jambang dengan pantas sebelum bertemunya," beritahu Chef Riz sambil tergelak mengingatkan momen yang menggelikan hati itu.

Pertemuan kedua
Ana Dahlia yang anggun di sebelah suaminya dengan berbusana gaun ungu rekaan Fendi dari butik Syarakim menyampuk, detik itu kemudian membawa kepada pertemuan kedua di restoran sama selepas itu.

"Sebenarnya, hati saya masih berbelah bahagi lagi pada masa itu tapi mengenangkan kesungguhan Serina, saya pergi juga.

"Sampai di restoran, Chef Riz menghidangkan saya beberapa hidangan istmewanya dengan memberi layanan kelas satu. Di situ baru timbul keserasian," katanya.

Jelasnya, akibat terlalu rancak bersembang di meja makan, mereka tidak perasan temu janji kedua itu berlarutan selama 10 jam dan sedar-sedar sudah dinihari.

Chef Riz yang mewarisi kemahiran kulinari daripada bapanya juga bersyukur hasrat untuk mengahwini wanita yang mahir memasak termakbul jua.

"Rakan-rakan sering mengusik sebagai tukang masak, saya pasti bertemu jodoh yang isteri yang kekok beraksi di dapur.

"Alhamdulillah telahan mereka itu terbukti salah. Bagi saya segah mana pun saya di dapur, air tangan isteri tetap menjadi pilihan semasa di rumah," katanya yang turut mengimpikan salah seorang daripada zuriatnya bakal mengikut jejak langkah menjadi chef.

Mengakui air tangan Ana Dahlia menyelerakan, Chef Riz mengiktiraf kecekapan isterinya itu di dapur setaraf peserta Masterchef.

Menurutnya, secara purata, wanita yang kini bertakhta di hatinya itu mampu memasak empat jenis menu yang lazat dalam jangka masa sejam sahaja.

"Sehingga kini masih terkenang-kenang kesedapan masakan rendang ayam, kangkung goreng belacan, sambal tumis petai dan ayam goreng berempah yang merupakan menu pertama dimasaknya untuk saya," katanya. -komo-

Jampi rambut kekasih

Posted: 14 Dec 2011 06:45 PM PST

DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.


KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.


KUALA LUMPUR: "Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

"Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga," kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa 'dukun asmara' mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak 'berminat' apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan 'cara halus' sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam. -metro-

Safee Sali tak kembali ke Liga-M

Posted: 14 Dec 2011 06:21 PM PST



SAFEE (kanan) belum memikirkan untuk kembali beraksi dalam Liga-M meskipun ISL kini dilanda kontroversi.

"BELUM tiba masanya Safee kembali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M)."

Itu respons Zakaria Rahim selaku pengurus kepada penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali ekoran kontroversi yang melanda perjalanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut Zakaria, belum tiba masanya Safee 'berpatah balik' ke saingan Liga-M dengan kadar segera kerana ISL belum diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus mengundang risiko menghalang penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu daripada menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Sebagai pemain profesional, katanya, Safee begitu komited memberikan yang terbaik meskipun ketika mengalami kecederaan sepanjang mengharungi ISL setakat ini. Justeru, khabar angin yang mengatakan Safee akan meninggalkan Pelita Jaya semata-mata kerana bimbang tidak dapat beraksi bersama Harimau Malaya sememangnya tidak berasas.

"Tidak, belum tiba masanya (Safee kembali beraksi dalam Liga-M) dalam waktu terdekat.

"Buat masa ini, kontrak Safee bersama Pelita Jaya hanya akan berakhir Januari depan, selain Pelita Jaya juga dikhabarkan mahu melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama kelab itu bagi tempoh tiga tahun lagi," katanya kepada Kosmo!, semalam.

Spekulasi itu mula timbul dalam kalangan pemerhati bola sepak setelah beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan tanda tanya mengenai nasib Safee dan pemain-pemain import lain yang dikhabarkan tidak dibenarkan mewakili negara masing-masing gara-gara ISL dilaporkan 'diharamkan' oleh FIFA dan AFC.

Ancaman tidak dibenarkan beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa itu juga difahamkan membabitkan seluruh pemain tempatan Indonesia.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, hanya Liga Premier Indonesia (IPL) yang berdepan kontroversi pengharaman itu dan bukannya ISL.

Buat masa ini, katanya, isu-isu berkaitan perkara itu masih dibincangkan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi mengenal pasti sebarang perkara berbangkit, jadi sebagai pemain Safee hanya menyerahkan perkara itu kepada pengurusan kelabnya untuk tindakan lanjut.

"Pada masa sama, masih terlalu awal untuk memperkatakan sama ada Safee akan melanjutkan kontraknya bersama Pelita Jaya atau tidak selepas ini, apa yang pasti beliau gembira sepanjang berada di sana termasuk telah dilantik selaku kapten pada saingan musim ini," katanya. -kosmo-

Harimau Muda tewas aksi kedua

Posted: 14 Dec 2011 06:10 PM PST


 
KETIADAAN Muslim (kiri) pada penghujung babak kedua telah memberi kesan kepada Harimau Muda apabila dirobek Central South Mariner pada aksi persahabatan di Sydney semalam.


ADA mesej yang cukup positif diterima pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sebaik pasukannya dijinakkan 0-1 oleh Central South Mariner dalam aksi persahabatan kedua di Stadium Mini Central South Mariner, Sydney pagi semalam.

Ketiadaan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang terpaksa dikeluarkan pada penghujung babak kedua gara-gara kecederaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan tuan rumah yang berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika berlaku keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Harimau Muda pada minit ke-85.

Apa yang pasti, ia merupakan pengajaran yang berguna buat Kim Swee supaya tidak sekadar bergantung harap dengan gandingan Muslim dan Muhamad Fadhli Shas bagi mengemudi benteng pertahanan negara selepas ini, dan ia juga diakui oleh pengendali berasal dari Melaka itu.

"Benar, rentak permainan dilihat berubah sebaik Muslim dikeluarkan gara-gara kecederaan betis.

"Namun, saya masih tidak terlalu bimbang kerana sememangnya matlamat asal saya sepanjang menimba ilmu di Australia ini adalah bagi membentuk persefahaman dan juga gandingan pemain-pemain baharu serta yang jarang diturunkan sebelum ini.

"Malah, persembahan Mohamad Amer Saidin yang masuk menggantikan Muslim juga tidak mengecewakan meskipun sekadar beraksi kurang daripada 10 minit," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Sebelum ini, dalam aksi pembuka tirai menentang Sydney FC kelmarin, skuad kendalian Kim Swee berpesta gol apabila menang 3-0 hasil jaringan K. Gurusamy dan dua gol ledakan Ahmad Hazwan Bakri.

Sementara aksi Harimau Muda menentang Central South Mariner pula sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini sebelum dianjakkan sehari lebih awal semalam memandangkan jadual kelab itu difahamkan cukup padat lantaran persiapan mereka menjelang aksi Liga Australia (Liga-A) musim depan.

Untuk rekod, Central South Mariner merupakan pasukan keempat terbaik Liga-A bagi musim ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, bahawa beliau juga melakukan beberapa pertukaran di bahagian tengah semalam apabila membawa keluar Gurusamy dan Fandi Othman dan memasukkan S. Sivanesan dan Nazirul Naim Che Hashim pada babak kedua.

Persembahan keseluruhan pemain juga, katanya, tidak menghampakan termasuk keberkesanan tindakan penyudah yang dipamerkan Ahmad Hazwan sekali gus memberikan lebih banyak pilihan buat Kim Swee di jentera serangan.

"Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan menguji pemain baharu seperti S. Sivanesan dan Shahrul Saad menjelang pertemuan terakhir menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini," katanya. -kosmo-

Dihimpit si gebu

Posted: 14 Dec 2011 05:54 PM PST


ANGGOTA polis memeriksa dokumen 14 wanita China yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman AST, Seremban semalam.


SEREMBAN – Keseronokan 10 lelaki miang yang dihimpit gadis gebu ketika berjoli di sebuah pusat hiburan langsung tidak berbaloi apabila kesemuanya ditahan bersama 14 wanita China di Taman AST di sini kelmarin.

Lelaki-lelaki bermata keranjang dan wanita berusia di antara 19 dan 57 tahun tersebut ditahan pada pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sebaik mendapat maklumat awam.

Difahamkan, kesemua wanita tersebut cuba melarikan diri melalui jalan tikus sebaik menyedari premis itu diserbu tetapi kecekapan polis mengawal keadaan mengatasi segala-galanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pemeriksaan mendapati 11 daripada wanita tersebut masuk ke sini menggunakan pas pelajar, dua pas lawatan manakala seorang lagi mempunyai permit perkahwinan.

"Selain itu, kita turut menahan seorang penjaga premis berusia 37 tahun manakala kesemua pelanggan yang ditahan telah dibebaskan selepas kita berpuas hati dengan keterangan mereka," katanya di sini semalam. -kosmo-

*geng yang pegi tangkap tu tak rasa teringin ker tgk 'gebu-gebu' depan diorang tu... :)

Siamang jantan gigit dua budak di Zoo Melaka

Posted: 14 Dec 2011 05:50 PM PST

 DITERKAM...rakaman menunjukkan siamang menerkam seorang budak sebelum menggigit Muhammad Afieq di Zoo Melaka. 


SAKIT...Muhammad Afieq menahan sakit sambil ditemani Anita di hospital, semalam.
SAKIT...Muhammad Afieq menahan sakit sambil ditemani Anita di hospital, semalam. 
 
MELAKA: "Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

"Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung," kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.

Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari. -metro-

Jalan runtuh di Kuantan akibat hujan lebat

Posted: 14 Dec 2011 05:24 PM PST

TSU MING (depan) meninjau keadaan jalan runtuh di Jalan Sungai Lembing, Kuantan semalam.

KUANTAN – Tanah lembap akibat hujan berpanjangan beberapa hari lalu menyebabkan laluan sepanjang 70 meter di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Seksyen 6 di sini runtuh pukul 10 malam kelmarin.

Kejadian yang menjejaskan laluan menghala Sungai Lembing berhampiran stesen minyak Petronas dekat Kampung Padang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

Menurut seorang peniaga, Mohamad Che Wan, 25, dia terdengar bunyi dentuman kecil dari tempat kejadian ketika berada di warungnya tidak jauh dari jalan tersebut dan disangka ada kemalangan.

"Tiba-tiba saya nampak tiang elektrik di situ condong sebelum tumbang. Apabila diperhati, rupa-rupanya jalan ke Sungai Lembing sudah runtuh," katanya.

Seorang pekerja ladang berhampiran, Mohd. Fikri Abdullah, 30, pula berkata, dia terus ke tempat kejadian untuk melihat sekiranya ada kenderaan yang terlibat dalam tanah runtuh itu.

"Mujur tidak ada sebarang kenderaan terlibat. Orang ramai kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Datuk Pang Tsu Ming berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah akibat hujan lebat. 
 
-kosmo-

Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk

Posted: 14 Dec 2011 05:04 PM PST


KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.

 


BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.

Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.

"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.

Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.

"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.

"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.

"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.

Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.

"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.

"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP

Michelle Yeoh mahu berlakon filem dengan Aamir Khan

Posted: 14 Dec 2011 05:02 PM PST



GAMBAR menunjukkan Michelle Yeoh berlakon dalam salah satu adegan filem The Lady.


MUMBAI - Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh menyatakan dia berminat untuk berlakon bersama hero Bollywood, Aamir Khan.

Pada tahun 1997, aktres berkenaan dikenali sebagai gadis Bond selepas dia melakonkan watak Wai Lin dalam filem Tomorrow Never Dies.

Yeoh membintangi beberapa buah filem yang memenangi anugerah Oscar seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) dan Memoirs of a Geisha (2005).

Namun tidak ramai yang tahu bahawa minat Yeoh dalam bidang lakonan bermula dengan filem Bollywood.

"Saya membesar di Malaysia dan filem Bollywood amat popular di negara itu. Saya banyak menonton filem Hindi," kata Michelle.

"Saya suka lakonan Aamir. Kami pernah bertemu suatu masa dahulu di London. Jika diberi peluang saya berbesar hati untuk berlakon bersamanya. Ia pasti menyeronokkan," tambahnya.

Buat masa ini, Michelle memberi sepenuh tumpuan pada filem terbaharunya, The Lady yang diolah berdasarkan kehidupan pejuang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. - Agensi

Menu mewah telur ikan sturgeon di Switzerland

Posted: 14 Dec 2011 04:57 PM PST


BEBERAPA ikan sturgeon di kolam ikan di Tropenhaus Frutigen, Bernese Oberland pada 9 Disember lalu. - Reuters

FRUTIGEN - Makmal Tropenhaus Frutigen di Bernese Oberland mengeluarkan telur ikan sturgeon Siberia untuk dijadikan makanan pembersih mulut, kaviar yang dijual pada harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram di Switzerland.

Telur-telur itu dikeluarkan daripada perut ikan betina sturgeon yang dibiakkan di kolam ikan di kawasan pergunungan.

Ikan-ikan betina yang ditangkap itu akan diimbas untuk memeriksa sama ada telur dalam perut haiwan tersebut sudah matang.

Selepas didapati matang, perut ikan itu akan dibelah dengan menggunakan pisau bagi mengambil telur tersebut.

"Ia (mengeluarkan telur ikan itu) seperti membersihkan emas," kata seorang pekerja yang mengeluarkan telur ikan berkenaan, Tobias Felix.

Kaviar menjadi popular dalam kalangan golongan kaya kerana ia pernah menjadi makanan tsar-tsar yang memerintah Rusia. - Reuters

Lelaki paling tinggi India bekerja di pusat kraf

Posted: 14 Dec 2011 04:52 PM PST



SEORANG kanak-kanak memberikan wang kepada Polipaka Gattaiah di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di Hyderabad pada 6 Disember lalu. - Reuters


NEW DELHI - Lelaki paling tinggi di India, Polipaka Gattaiah bekerja di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di bandar Hyderabad, India.

Dia yang setinggi 2.28 meter menghiburkan orang ramai yang mengunjungi pusat tersebut.

Para pelawat kerap memberikan wang kepada Gattaiah yang berusia 38 tahun selain bergambar dengannya.

Pada Mac lalu, lelaki itu diberikan satu kaki palsu oleh

sebuah pertubuhan kebajikan setelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.

Menurut media tempatan, kaki palsu itu dikatakan yang paling panjang pernah dibuat.

Seorang pegawai berkata, Gattaiah dibayar AS$130 (RM413.88) sebulan oleh sebuah agensi pelancongan negeri. - Reuters

Susuk hanyalah sihir mata

Posted: 14 Dec 2011 04:47 PM PST


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.

"Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.

Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

"Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

"Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

"Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.

Berunsur pemujaan


SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.


Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.

"Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

"Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.

"Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

"Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.

Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.

Betis memukau

Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.

"Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.

"Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.

Kemaluan bernanah

Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.

"Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.


PEMAKAIAN susuk biasanya disusuli dengan ritual pemujaan yang bercanggah dengan hukum Islam. - Gambar hiasan


Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.

"Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi. -kosmo-

No comments: