Budak Technician |
- Kisah Mayat Membaca Surah Yassin Di Dalam Liang Lahat
- 400 mat rempit tolak motosikal 7km ke balai polis
- Gambar Aaron Aziz dan Isteri Tunaikan Umrah
Kisah Mayat Membaca Surah Yassin Di Dalam Liang Lahat Posted: 03 Jun 2012 09:02 AM PDT Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Dalam Liang Lahat di Mekah, adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia . Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran. Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah. Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya. Sumber: Edisikini, Melayukini dan Melvister | ||||
400 mat rempit tolak motosikal 7km ke balai polis Posted: 03 Jun 2012 08:26 AM PDT Polis turut mengambil keterangan dari 107 orang dripada mereka sebelum dibebaskan. Ketua Pegawai Operasi tersebut, ASP Alhamdu Sehat berkata operasi dua jam bermula 2 pagi itu melibatkan lebih 20 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah berjaya menggagalkan lumba haram yang dirancang sekumpulan Mat Rempit di kawasan berkenaan. "Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri dengan melawan arus jalan raya sehingga salah seorang patah tulang pipi akibat terjatuh namun polis berjaya menahan mereka kerana kawasan terbabit telah dikepung," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini. Turut ditahan ialah seorang remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertongkat kesan kecederaan selepas lumba haram baru-baru ini. Alhamdu berkata kesemua yang ditahan termasuk penonton diarahkan menolak motosikal dari lokasi terbabit ke IPD Daerah Timur Laut sejauh kira-kira 7 kilometer untuk siasatan lanjut. Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang terlibat bebas pengaruh dadah dan alkohol. Katanya daripada 400 buah motosikal yang ditahan hanya 105 motosikal yang diperiksa dan 11 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan trafik. "Sebanyak 37 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan seumpanya," katanya - Bernama | ||||
Gambar Aaron Aziz dan Isteri Tunaikan Umrah Posted: 03 Jun 2012 08:19 AM PDT Beberapa hari yang lalu Aaron Aziz dan isterinya selamat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Kota Makkah. Mungkin sudah masanya untuk beribadah setelah penat bekerja dan untuk menenangkan fikiran. Gambar sepertinya hanya mereka berdua sahaja yang pergi tanpa kelibat anak-anak mereka berdua untuk turut serta menunaikan umrah berkenaan. sumber : izyan.com |
You are subscribed to email updates from Budak Technician | Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment