Sunday 1 April 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Sambutan Harijadi Fasha Sandha Yang ke-28

Posted: 31 Mar 2012 07:43 AM PDT

Baru-baru ni, Fasha Sandha telah menyambut harijadinya ke-28 bersama-sama bakal suami, Jejai. Agak romantik suasana hari itu, aktiviti sambutan diraihkan oleh sahabat handai dan rakan taulan. Kesempatan ini digunakan oleh kedua-dua pasangan untuk saling menyuap diantara satu sama lain. :) -izyan.com-

Gambar tunang Irma Hasmie

Posted: 31 Mar 2012 07:32 AM PDT

Majlis pertunangan Irma Hasmie yang berlangsung 24 Mac lalu dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan adalah detik yang kita tidak sangka-sangkakan sebelum ini yang memandangkan Irma tidak pernah menyebut mengenai jejaka berkenaan kepada umum. Dan pada majlis pertunangan itu juga Reza Syah juga tidak kelihatan melalui lensa kamera. Mengikut sumber, gambar dibawah ini merupakan Reza dan bakal suami kepada Irma pada 1 Julai nanti. :) -izyan.com-

Gambar baju pengantin Shila Hamzah

Posted: 31 Mar 2012 06:46 AM PDT

Wah bukan main cantik lagi gaun pengantin yang diperagakan oleh Shila Hamzah ni. Yang kita tahu dia sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Tapi soal kahwin mereka belum lagi putuskan apa-apa, yang dibawah ini gambar Shila untuk majalah jek. Bukan untuk perkahwinan mereka ek. :)

Fouziah Gous bakal dilamar Datuk Seri

Posted: 31 Mar 2012 06:43 AM PDT

Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri. Hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.


"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,"

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," kata Fouziah -Via/izyan.com

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Posted: 31 Mar 2012 06:36 AM PDT

Tahniah kepada pelakon Liyana Jasmay kerana selamat menjadi tunangan kepada pasangan dan juga ahli perniagaan, Fathuddin bertempat di kediaman keluarganya, di Kemensah Height, jam 9 malam semalam. Yang menarik lagi ianya terkena dengan tarikh lahir ke-24 Liyana yang mempunyai beza 4 tahun dengan Fathuddin. Soal perkahwinan pula, mereka merancang untuk berkahwin/rumahtangga pada 24 Januari 2013. -Via/izyan.com


ehsan foto GUA

No comments: