Tuesday 20 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Isteri Tomok Sedang Hamil

Posted: 19 Mar 2012 01:28 AM PDT

Akhirnya dapat juga kita melihat yang isteri Tomok, Ayu kelihatan hamil. Kemungkinan kehamilan Ayu berusia dalam 6 bulan, memandangkan berita kehamilan Ayu sudah pun di post kan pada bulan akhir Oktober 2011. Dibawah ini saat mereka tengah bercuti, kemungkinan di Singapura. Enjoyed it.


ehsan syokkahwin.com/izyan.com

Saerah, Adik Datuk Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua

Posted: 19 Mar 2012 01:25 AM PDT

 
Tahniah diucapkan kepada adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah apabila dia selamat melahirkan anak keduanya seorang lelaki tepat jam 7.55 petang tadi di Hospital Besar Kuantan.
 
 
Saerah khabarnya bersalin secara normal dengan ditemani oleh suami tercinta.
 
Kakaknya, Saida yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira.
 
"Alhamdulillah Saerah selamat bersalin anak kedua. Pastinya selepas ini bertambah lagi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
 
"Pesan saya, kuatkan semangat dan ingat pengorbanan ibu menjaga anak-anak. Berikan dan curahkanlah sepenuh kasih dan sayang kepada anak-anak seperti mana ibu dahulu membesarkan kesemua anak-anaknya," kongsi Saida gembira.
 
Terlebih dahulu Saerah dimasukkan ke hospital tepat jam 3 petang dan berada di bilik bersalin hampir empat jam.
 
Selain Saida, turut berada di hospital adalah ibu dan adik-beradik lain kecuali Dato' Siti dan Ayie. -MH-

Bola Kampung Filem Animasi Termahal

Posted: 19 Mar 2012 01:21 AM PDT



Penerbitan filem animasi di negara ini semakin rancak apabila Animasia Studio Sdn. Bhd. berjaya menerbitkan filem Bola Kampung The Movie yang merupakan filem animasi tempatan yang paling mahal dengan kos mencecah RM6 juta sejak ia memulakan penggambaran dua tahun lalu.

Bola Kampung The Movie merupakan kesinambungan daripada siri kartun televisyen dengan judul yang sama dan diterjemahkan ke layar perak selepas kejayaan kartun buatan Malaysia itu.

Kos pembikinan Bola Kampung The Movie bukan sahaja mencecah RM6 juta sebagai yang paling mahal setakat ini tetapi pembikinannya juga mengambil masa dua tahun.

Bola Kampung The Movie menampilkan ramai pelakon popular yang meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem itu antaranya Afdlin Shauki, Deanna Yusof, Douglas Lim, Aznil Haji Nawawi, Baki Zainal, Rahim Omar, Aizat, Noh Hujan, Harun Salim Bachik dan Ezlynn.

Filem yang menampilkan watak-watak kartun seperti Iwan, Sabok, Azeizul dan Nasha banyak menggunakan imej komputer grafik (CGI) dan bakal menjengah pawagam seluruh negara pada hujung tahun ini.-MH-

Hentian Rehat (R&R) Sungai Perak Ditutup Rabu Ini

Posted: 19 Mar 2012 01:13 AM PDT



KUALA LUMPUR – Hentian Rehat Sebelah Sungai Perak arah Selatan Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup pada Rabu ini (21 Mac) untuk kerja penyelenggaraan.

Konsesi utama Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS), berkata penutupan itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dinasihati menggunakan Hentian Sebelah Bukit Gantang atau Simpang Pulai arah selatan bagi tujuan berehat atau mendapatkan keperluan lain dalam tempoh itu. – BERNAMA

Anak Rozita Che Wan Lari Akibat Merajuk Sudah Ditemui

Posted: 19 Mar 2012 01:07 AM PDT

Rozita Che Wan.

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.

Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.

Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk.

"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada.

"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, pada Isnin.

Selain Aniq Ezra, Rozita mempunyai seorang lagi anak iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu Rozita juga sempat bergurau dengan berkata selepas ini dia pula yang akan merajuk.

"Kalau saya merajuk, saya pergi lagi jauh," selorohnya.

Pada Sabtu lalu kecoh di Twitter apabila Aniq menjadi trending topic di kalangan pengguna laman sosial itu apabila dia dikatakan hilang.

Sebuah hashtag menerusi laman sembang berkenaan telah diwujudkan atas nama #PrayForAniqEzra menjadi popular dalam satu usaha mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di kawasan perumahannya di USJ 11/12 dekat sini.

Sebelum ini, anak sulungnya, Ammar dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar di sekolahnya iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.

Ekoran insiden itu, Rozita telah mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sebuah sekolah di Subang Jaya yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Aniq yang juga bersekolah di tempat sama turut dipindahkan demi keselamatan mereka atas nasihat bekas suami Rozita iaitu Azuar Effendy Zulkaply. -mstar-

Rumah Tangga Faezah Elai Tenang Tanpa Gangguan

Posted: 19 Mar 2012 01:06 AM PDT

Faezah Elai


KUALA LUMPUR: Pelakon Faezah Elai memberitahu kehidupan rumah tangganya kini semakin diulit kebahagiaan dan ketenangan tanpa gangguan selepas enam bulan berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia langsung tidak terganggu atau melatah dengan kontroversi ketegangan hubungannya dengan bekas isteri pengarah drama itu ekoran tuduhan yang mendakwa dia sebagai punca keretakan perkahwinan lelaki itu sebelum ini.

"Sebenarnya sejak dari awal kontroversi ini tercetus, saya ambil pendekatan yang tenang dan relaks. Saya tidak melenting atau melatah kerana semua kekecohan itu bukan ditimbulkan oleh pihak saya.

"Terus-terang, saya bahagia dan tenang dengan kehidupan yang saya dan suami lalui sekarang. Tiada apa-apa gangguan atau perkara negatif yang mengganggu," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanafah, 38, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan untuk mendapatkan anak, Faezah berkata walaupun dia tidak menolak seandainya dikurniakan anak, dia mengakui jadual kerjanya semakin padat sejak kembali aktif berlakon selepas beberapa bulan berehat.
Faezah bersama pelakon dan tenaga kerja filem Jidin Sengal (dari kiri) Zach Diamond, Along, Jue Aziz, penerbit Ernie Chen, pengarah Esmi Zahara dan Angah pada majlis tayangan perdana filem itu, baru-baru ini.

"Kami tidak merancang anak. Cuma belum ada rezeki buat masa ini dan kami masih terus mencuba.

"Sekarang saya semakin sibuk dengan pelbagai komitmen lakonan. Saya kembali aktif berlakon kerana sudah puas berehat selepas berkahwin beberapa bulan lalu," katanya.

Diminta mengulas mengenai kekecohan terbaru berhubung kemas kini status akaun Twitter suaminya yang didakwa tidak berpuas hati kepada pihak tertentu kerana terus mengganggu rumah tangga mereka, Faezah berkata dia enggan masuk campur dalam perkara itu.

"Ia (status) adalah akaun Twitter suami saya dan sebagai isteri saya tidak berani untuk beri sebarang komen," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faezah yang bakal muncul dengan filem komedi terbaru, Jidin Sengal bermula 22 Mac ini berkata, dia berasa teruja dengan watak-watak komedi yang dterimanya kerana ia memberikan kepuasan dan mudha diterima penonton.

"Saya pun tidak perasan banyak menjayakan watak komedi. Mungkin kebetulan sahaja tetapi saya gembira terlibat dalam filem-filem komedi," katanya.

Selain Faezah Elain, filem arahan Esmi Zahara itu turut membariskan Jue Aziz, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha. -mstar-

Aremeer (Sofazr) Akui Kurus Selepas Putus Tunang

Posted: 19 Mar 2012 01:05 AM PDT

Aremeer (berkaca mata) bersama kumpulan Sofazr.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer mengakui pertunangannya yang terputus sebelum ini telah meninggalkan impak besar sehingga membuatkan fizikalnya semakin kurus.

Penyanyi lagu Dan Bila Esok itu berkata, walaupun dia pernah memberitahu dia mahu menurunkan berat badan demi stamina sebagai penyanyi, Aremeer tidak menolak kekecewaannya akibat putus tunang turut memberikan perubahan drastik pada fizikalnya.

"Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.

"Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya mengenai pengganti, Aremeer berkata, susulan insiden itu, dia lebih selesa untuk bersendirian dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, sebagaimana yang dinasihatkan ibunya.

"Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.

"Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Aremeer berkata kumpulan itu bakal kembali aktif pada tahun ini dengan lagu 'single' dan filem terbaru yang menunggu slot tayangan.

"Kami akan muncul dengan lagu 'single' terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.

"Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.

Selain Sofazr, Versusakan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sixth Sense, Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari) dan Black Parallax (gabungan Black dan Meet Uncle Hussain).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM. -mstar-

Black Suka Tayang Badan Sejak Bertubuh Sasa

Posted: 19 Mar 2012 01:03 AM PDT

Black

KUALA LUMPUR: Penyanyi Black mengakui perubahan drastik pada fizikalnya yang semakin sasa telah banyak meninggalkan impak positif dalam hidupnya sejak setahun yang lalu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 24, berkata dia berasa bahagia dan gembira dengan tubuh sasa yang dimilikinya itu kerana telah meningkatkan keyakinan dirinya berbanding sebelum ini.

"Saya sangat suka dengan tubuh saya kini. Usaha saya melakukan senaman sejak setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Ia memberikan kebahagiaan buat saya.

"Jika sebelum ini, saya sering berasa rendah diri, kini saya semakin yakin khususnya ketika berdepan dengan peminat atau tempat umum," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Black berkata, perubahan fizikal itu turut membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai terutamanya ketika dia bersukan dan bermain bola sepak.

"Percaya atau tidak, ramai yang memberikan respons yang positif pada tubuh saya. Sejak bertubuh sasa, saya semakin yakin untuk menayangkan badan di khalayak umum selepas bersukan atau bermain bola sepak.

"Ada juga peminat perempuan dan lelaki yang mengusik tetapi saya tidak kisah kerana ia adalah perkara biasa," katanya yang menolak dakwaan perubahan fizikal itu membuatkan dia bersikap bangga diri.

Black dan Meet Uncle Hussain bergabung membentuk kumpulan Black Parallax dalam program Versus.

Dalam perkembangan lain, Black berkata kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussain yang menubuhkan kumpulan Black Parallax untuk program Versus adalah bagi membuktikan dia boleh menyanyi bersama sebuah kumpulan.

"Selama ini, orang kenal saya sebagai penyanyi solo. Menerusi program Versus, saya mahu buktikan kepada peminat akan kemampuan saya beraksi dengan sebuah kumpulan.

"Ia juga untuk memberitahu bahawa saya masih aktif dalam bidang nyanyian," katanya yang bakal berduet dengan seorang penyanyi lagenda dalam masa terdekat.

Selain kumpulan Black Parallax, Versus akan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense dan Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut. -mstar-

Spekulasi Manipulasi Faezah Elai

Posted: 19 Mar 2012 12:58 AM PDT



Ella Sunti Perampas Suami Orang!. Itu judul muka depan beberapa akhbar dan majalah yang ditonjolkan dalam babak-babak akhir filem terbaharu OudLOUD Studios, Jidin Sengal yang bakal menjengah panggung hujung minggu ini.

Sebenarnya nama Ella Sunti itu merupakan gelaran watak yang dibawakan oleh salah seorang barisan pelakon filem itu iaitu Faezah Elai.

Dia ialah seorang bintang filem terkenal yang akhirnya mendedahkan dirinya berkahwin secara senyap-senyap dengan salah seorang krew produksi filem lakonannya.

Sedangkan dalam alam realiti, Faezah sendiri suatu ketika dahulu pernah meraih kontroversi apabila dituduh dan dilabelkan sebagai perampas suami orang.

Ia ekoran apabila Faezah dan pengarah Heykal Hanifah merancang untuk berkahwin, sebelum sah bergelar suami dan isteri pada 9 September tahun lepas.

Biar ia sekadar watak lakonannya dalam filem tersebut, namun penonton boleh menduga ada makna tersirat yang mengaitkan kisah sebenar yang pernah terjadi kepada bekas pramugari itu.

Faezah, 30, yang sedikit kaget dan terkejut dengan paparan yang ditampilkan dalam filem itu bagai tidak mampu bersuara sewaktu ditebak pihak media mengenai situasi yang berlaku.

"Saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu, saya kelu untuk berkata," ujarnya sewaktu sidang akhbar usai tayangan perdana Jidin Sengal di Cineleisure Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, ketika menjalani penggambaran filem itu dia dan suaminya itu masih belum mengenali antara satu sama lain.

"Sewaktu terlibat dengan penggambaran filem ini, saya belum mengenali Heykal lagi," jelasnya mengenai filem Jidin Sengal yang tamat penggambarannya awal tahun lepas.

Ditanya adakah dia sendiri sedar dengan situasi yang berlaku, balas Faezah: "Saya terkejut tengok ada kisah (saya) sendiri!"

Tidak merancang zuriat

Mengetuk pula pintu kisah peribadi pemilik nama sebenar Noor Faezah Md. Elai itu memberitahu, dia dan suaminya tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat mereka dalam jangka masa tertentu.

"Buat masa sekarang belum ada rezeki dan kami sedang mencuba," ungkap pelakon filem Cun itu.

Terlalu lama berehat selepas mendirikan mahligai cinta pada penghujung tahun lalu, kata Faezah sudah sampai masanya untuk dia kembali beraksi di layar kaca dan layar perak.

"Sekarang adalah masa untuk saya kembali berlakon. Syukur Alhamdulillah hidup saya sekarang bahagia dan sentiasa gembira," katanya yang menegaskan tiada masalah antara hubungannya dengan Heykal.

Kurang sensitif di Twitter

Tenang dan tiada lagi spekulasi tidak enak melingkari sisi pelakon kelahiran Pulau Pinang itu yang sebelum ini banyak mengaitkan tindakannya yang kurang sensitif setiap kali bersuara di laman sosial Twitter.


PENERBIT filem Jidin Sengal (empat dari kanan)Ernie Chen bersama (dari kiri) Zach, Along, Jue, Esmi, Faezah dan Angah.




"Saya bercakap pasal perkara umum dan tidak merujuk kepada sesiapa secara spesifik, sesiapa yang terasa apa boleh saya buat?" tegasnya yang mengakui akan bersuara mengenai apa-apa hal setiap kali terlintas di minda.

Katanya lagi, dia kini perlu lebih berjaga-jaga akan setiap perkara yang ditulisnya di Twitter memandangkan ramai pengikutnya terdiri daripada golongan muda.

Nasihatnya jika ada individu yang kurang senang dengan tindakannya mahupun luahannya di laman sosial terbabit, adalah lebih elok untuk tidak menjadi pengikutnya.

"Sesiapa yang tidak suka tidaklah perlu jadi pengikut dalam laman sosial saya itu. Saya tidak pernah ambil pusing tentang apa-apa hal yang terjadi, apatah lagi jika ada individu yang kurang suka dengan tindakan saya," getusnya.

Elemen humor

Senario skop lakonan Faezah kebanyakannya lebih kepada karya-karya komedi.

Sedar akan situasi itu, kata Faezah dia selesa dengan perjalanan kariernya sekarang dan masih menantikan tawaran watak yang serius selepas ini.

"Mungkin saya kurang ditawarkan karakter serius sebelum ini, itulah sebabnya penonton lebih banyak melihat saya terlibat dalam naskhah komedi," katanya yang turut menyokong pengarah baharu yang baru mula berkecimpung dalam arena perfileman seperti pengarah Jidin Sengal, Esmi Zahara Yusof.

Menurutnya, Jidin Sengal merupakan sebuah naskhah yang menyingkap realiti yang berlaku dalam dunia pelakon.

"Pelakon merupakan ikon masyarakat, namun ada juga tersilap langkah.

"Filem ini ibarat menelanjangkan kehidupan peribadi selebriti dan memberikan pilihan kepada masyarakat mengangkat siapa yang mereka mahukan," jelasnya.

Jidin Sengal mengisahkan Jidin (lakonan Along Raja Lawak), seorang budak kampung yang bercita-cita tinggi menjadi seorang bintang filem.

Disebabkan cita-cita itu dia ke Kuala Lumpur dan bertemu Bob Dobot (Angah Raja Lawak) iaitu pelakon tambahan yang menyimpan impian memegang watak utama.

Pelbagai cabaran dan masalah ditempuh mereka untuk mencapai impian, adakah mereka berjaya? Nantikan Jidin Sengal di pawagam pada hari Khamis, 22 Februari ini. -kosmo-

Ikan paus terdampar di timur China

Posted: 19 Mar 2012 12:28 AM PDT


BEBERAPA orang melihat seekor ikan paus yang ditemui mati di daerah Binhai, timur China kelmarin.

YANCHENG - Beberapa orang menyaksikan seekor ikan paus yang mati di tepi sebuah pantai di daerah Binhai, timur China pada Jumaat lalu.

Sebanyak empat ekor ikan paus ditemui terdampar di pantai tersebut oleh sekumpulan nelayan.

Bagaimanapun, semua ikan paus tersebut kemudian ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi

No comments: