Friday 24 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Inilah Ferrari Dato' Lee Chong Wei

Posted: 23 Feb 2012 05:31 AM PST

Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya.


Sebelum ini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)

PANAS! Gambar Nera AF9 Seksi Berbikini

Posted: 22 Feb 2012 08:56 PM PST

Wah, belum lagi habis Akademi Fantasia 9, Nera AF9 atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon sudahpun hangat diperkatakan apabila gambar seksi Nera dan gambar dia berbikini tersebar di internet.. Ramai juga yang tidak tahu yang Nera sebelum ini pernah memasuki pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan sekaligus melayakan dia menyertai Miss Earth Malaysia 2010..


Dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2010, Nera AF9 telah berjaya mendapat tempat kedua bersama gelaran Miss Earth-Water, Miss Natural Beauty Groom 2Life and Miss Facebook Favourite.. Jadi tidak hairan la gambar Nera dengan gaya seksi menawan serta gambar Nera berbikini tersebar didunia internet ni.. Buat peminat-peminat Nera AF9 ni.. jom kita layan gambar nera AF9 yang seksi dan berbikini kat bawah ni…
 
nera af9 seksi
gambar nera af9 berbikini
gambar seksi nera af9
nera af9 seksi
nera af9 seksi
gambar nera af9 yang seksi
Gambar: Pirut dan siginoot kredit: ehartis

KEJAM! Video Kanak-kanak Dipenggal Kepala

Posted: 22 Feb 2012 08:49 PM PST

Berpuluh ribu rakyat Syria telah mati dibunuh oleh regim Bashar Asad, pemerintah diktator negara Syria. Dan terbaru, seorang kanak-kanak dipenggal kepalanya dan mendatangkan kemarahan antarabangsa.




Isu Syria – Video Kepala Budak Dipenggal (Kejam!) | Umum mengetahui, Syria telah dilanda kezaliman yang terbuka apabila pemerintahan Bashar Asad telah berlaku kejam dengan membunuh beribu-ribu rakyat Syria tanpa belas kasihan (LINK – 40000 Rakyat Mati Dibunuh Pemerintah Syria (Kejam!)). Terbaru, seorang budak perempuan telah dipenggal kepalanya oleh regim Bashar Asad dan kekejaman ini telah mendatangkan kemarahan antarabangsa.


 Di atas merupakan video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut. Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Di bawah ini ada lagi video kanak-kanak yang dipenggal oleh regim Syria Bashar Asad. Wallahul musta'an.





sumber : melayukini

Whitney Houston Dedah Rahsia Ingin Kahwini Michael Jackson

Posted: 22 Feb 2012 08:40 PM PST

Whitney Houston

WASHINGTON: Mendiang penyanyi Whitney Houston pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Raja Pop Michael Jackson pada satu ketika dulu, demikian menurut pengakuan rakan kedua-dua bintang itu, David Gest.

Penerbit muzik yang menjadi tempat mengadu bagi dua penyanyi tersebut percaya bahawa Houston teringin untuk menjalin hubungan dengan penyanyi lagu Thriller itu, tetapi Jackson dikatakan terlalu pemalu untuk memulakan langkah.
Michael Jackson

"Dia (Whitney) terlalu mencintai Michael dan begitulah sebaliknya. Michael pernah berkata kepada saya, mereka pernah berkongsi ciuman yang penuh berahi. Whitney juga ada memberitahu dia terlalu mencintai Michael.

"Saya rasa Whitney mahu mengahwini Michael, tetapi dia (Michael) terlalu pemalu untuk memulakan hubungan," katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.

Dia menambah: "Kemudiannya, Michael pernah meluahkan kepada saya, dia patut memulakan langkah ketika itu. Jika mereka bersama, mungkin Whitney tidak akan terlibat dalam penagihan dadah dan suka menyendiri." - ANI

Linda Jasmine Tidak Rancang Tambah Anak

Posted: 22 Feb 2012 08:36 PM PST

Linda Jasmine.


KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon Que haidar iaitu Linda Jasmine yang sedang sarat hamil anak ketiga memberitahu tidak merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga selepas ini.

Linda, 39, berkata, kandungannya itu yang kini sudah mencecah enam bulan adalah yang terakhir kerana dia dan suami ingin memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anak pula selepas ini.

"Rasanya ini adalah yang terakhir untuk saya mengandung. Tetapi jika Allah S.W.T. ingin memberikan rezeki saya tidak menolak," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal KL Energetik di sini pada Rabu.

Linda berkata, dia tidak sabar untuk menerima kelahiran orang baru dalam keluarga mereka.

Ujarnya, dia dan Que gembira apabila dikhabarkan akan menerima cahaya mata perempuan dan berharap bayi yang akan dilahirkan kelak sihat.

"Saya dan Que sebelum ini memang berhasrat untuk menimang seorang lagi anak perempuan dan tidak sabar rasanya untuk menanti kehadiran cahaya mata baru kami itu," ujarnya.

Linda dijangka bakal melahirkan anak pada Mei 2012.

Dalam pada itu, Linda memberitahu untuk kandungannya kali ini, dia mengalami alahan yang teruk selain sering kepenatan apabila melakukan sesuatu.


Linda bagaimanapun berkata, tidak mahu terlalu memanjakan diri dan tetap bergerak aktif dalam melakukan aktiviti hariannya.

"Walaupun cepat penat dan mengalami alahan saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk terus bergerak aktif dalam melakukan aktiviti harian," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatan anak sulungnya, Qalif Khan,12, dalam pementasan teater muzikal KL Energetik, Linda berkata, perkara itu berlaku secara kebetulan tambahan pula anak lelaki tunggalnya itu suka mencuba sesuatu yang baru.

Linda berkata, dia tidak pernah memaksa anaknya untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak digemarinya namun mengakui banyak mendedahkan pelbagai aktiviti kepada Qalif.

"Saya tidak pasti sama ada dia ingin menjadi seorang penyanyi atau pelakon di masa hadapan kerana pada usianya 12 tahun, Qalif gemar mencuba perkara baru.

"Saya sebagai ibu tidak pernah menghalangnya dan cuba membuka ruang kepadanya terhadap pelbagai aktiviti baru mengikut kesesuaiannya," ujarnya.

Hasil perkahwinan Que dan Linda, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iatuTengku Ratu Haidar yang kini berusia dua tahun sementara Qalif adalah anak hasil perkahwinan Linda dengan suami terdahulu. -mstar-

Noraniza Idris Idam Timang Anak

Posted: 22 Feb 2012 08:34 PM PST


Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan mengimpikan cahaya mata dari zuriat mereka sendiri. Begitu jugalah bagi pasangan penyanyi Noraniza Idris, 43, dan suaminya, Jeffri Hudi, 52, yang baru mendirikan rumah tangga kurang lima bulan lalu.

Malah, Noraniza Idris akui suaminya yang juga bilal di sebuah masjid di Serdang itu kini telah menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

Walaubagaimana pun, Noraniza Idris atau lebih dikenali dengan nama Kak Ani berkata, dia hanya berserah kepada Tuhan tentang rezeki tersebut dan tidak terlalu mengharap memandangkan usianya kini sudah mencencah 40-an.

"Kalau bagi wanita yang sudah berusia seperti saya pasti sukar dan perlu menanggung risiko juga untuk hamil dan melahirkan anak, namun semua itu tidak menjadi mustahil jika dengan kuasa Tuhan.

"Lagipun, suami saya sendiri ada menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan kerana kami masing-masing sudah dikurniakan anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.

"Apa-apa pun kami berserah kepadaNya," katanya yang ditemui selepas mengadakan persembahan di majlis Serlahan Seni JKNN (Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara) Highlights's 2012, di Restoran Songket, malam semalam.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki, manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu juga mempunyai empat anak yang kesemuanya lelaki berusia antara 15 hingga 26 tahun.

Meskipun belum menerima apa-apa tanda mengenai kehamilannya itu, penyanyi irama etnik kreatif itu memberitahu dia kini sudah disalah ertikan sedang hamil kerana bentuk badannya yang semakin berisi.

"Sebenarnya berat badan saya sudah naik dengan ketara sehingga 10 kliogram daripada sebelum kahwin. Berat badan saya kini sudah mencecah lebih 60 kilogram.

"Saya pun tak pasti mengapa, tapi biasanya orang kata sebab kita sudah meniti kebahagiaan selepas kahwin.

"Sebab itu jugalah ramai yang ingat saya kini sedang hamil. Terus-terang sebagai wanita saya jadi tertekanan memikirkan berat badan yang meningkat ini.

"InsaAllah saya kini sedang dalam usaha menurunkan berat badan,"luahnya lagi.

Suami Noraniza kini dalam proses mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk menemani Noraniza meneruskan karier serta kegiatan dalam bidang seni di sini. -murai-

Nadia Zuber Mengaku Cintakan Irfan

Posted: 22 Feb 2012 08:30 PM PST



Tanpa berselindung tentang hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Harimau Muda iaitu Irfan Fazail, pengacara program Scoreboard, Nadia Zuber, 23, mengakui jejaka dari selatan semenanjung tanah air itu adalah kekasih hatinya.

Lebih berani lagi, Nadia turut menjawab bahawa dia pernah bercinta dengan seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim.

Bagaimanapun menurut Nadia, percintaan itu tidak menemui jalan bahagia dan tatkala ini dia sedang melayari bahtera cinta bersama Irfan yang wajahnya seiras Nabil Raja Lawak.

"Irfan memang kekasih saya. Kami sudah secara rasmi menjadi pasangan kekasih sejak lima bulan yang lalu.

"Kalau tidak silap, ketika Aidilfitri tahun lalu. Terus-terang, saya senang berkawan dengan Irfan kerana saya rasa keihklasan dalam darinya.

"Saya dapat lihat sendiri kejujuran dia apabila bertemu keluarga saya.

"Memang benar, keluarga kami berdua sudah tahu hubungan kami. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah menghalang percintaan kami kerana keluarga merestuinya.

"Walaupunpun begitu, kami masih belum berbincang secara rasmi untuk memulakan hubungan ini dengan ikatan pertunangan ataupun perkahwinan.

"Lagipun pula, saya masih lagi baru berkawan dengannya. Masing-masing masih lagi muda.

"Kebetulan pula, kami berdua masih lagi baru dalam bidang yang kami ceburi. Oleh itu, saya lebih selesa berkawan dengan Irfan cara sebegini, " katanya kepada portal murai.com.my ketika dihubungi.

Mengakui mengenali Irfan selepas menerima saranan daripada jurulatih Ong Kim Swee yang menyifatkan Irfan sebagai seorang pemain yang bagus, Nadia memberitahu sangat selesa berkawan dengan jejaka berkenaan, lantas membuatkan dirinya jatuh cinta dengan pemuda itu.

"Saya memang tidak pernah bertunang dengan Safiq Rahim. Namun, saya pernah bercinta dengan Safiq.

"Sejujurnya, sebelum ini saya hampir bertunang dengan seorang jejaka. Bagaimanapun, lelaki itu bukanlah Safiq seperti mana yang digembar-gemburkan.

"Sebab mengapa saya tidak jadi bertunang dengan pemuda itu, biarlah saya dan keluarga saja yang tahu.

"Kalau saya ceritakan kisah itu, mungkin ianya akan mengaibkan orang lain.

"Saya berpisah dengan lelaki itupun bukannya kerana saya tidak sayang kepadanya tetapi lebih kepada saya dan keluarga yang tidak boleh menerima dengan apa yang telah dilakukannya.

"Safiq juga tidak ada kena mengena langsung dalam hal ini. Kebetulan masa peristiwa itu berlaku, saya baru lagi berkawan dengan Safiq. Kerana kes ini jugalah, saya sudah fobia untuk bertunang lagi," jelas anak bongsu dari tiga beradik itu.

Terus menjelaskan mengenai hubungannya bersama Safiq sebelum ini, Nadia memberitahu portal murai.com.my bahawa dia pernah menjadi kekasih Safiq selama 6 bulan.

"Saya dengan Safiq berpisah secara baik. Sebab mengapa kami putus adalah kerana kami tidak sefahaman. Namun, saya dengan dia masih berhubung dan tidak bermusuhan. Safiq sendiri tahu saya sekarang sedang bersama Irfan.

"Saya tahu, isu saya bertunang dengan Safiq berbangkit selepas saya mendapat usikan dari rakan saya di Facebook.

"Dia meletakkan status tahniah kepada Safiq dan ramai yang menganggap ungkapan itu disebabkan saya bertunang dengan Safiq.

"Padahal, saya sudah tidak ada ikatan langsung dengan dia," jelasnya.

Mengakhiri perbualan, Nadia tidak menafikan ada bercakap dengan Irfan mengenai hal mengikatkan tali pertunangan.

Namun, Nadia menganggap itu hanyalah sebagai satu perbincangan yang bukan serius. -murai-

Pelakon James Bond Hampir Buta

Posted: 22 Feb 2012 08:21 PM PST



Pelakon veteran yang terkenal dengan watak M dalam filem James Bond, Judi Dench dilaporkan sedang berusaha untuk menyelamatkan penglihatannya yang semakin teruk.

Dench, 77, mengalami penyakit yang dipanggil 'macular degeneration' yang boleh mengakibatkan buta. Penyakit ini telah menyebabkan kesukaran untuknya sehingga terpaksa mengharapkan bantuan seorang pembantu untuk membaca skrip-skrip lakonan.

Selain terkenal dengan watak M dalam filem James Bond, Dench juga pernah memenangi Anugerah Academy menerusi lakonan mantapnya dalam filem 'Shakespeare In Love'. -MH-

Video Malaysia vs Jepun Kelayakan Sukan Olympic 2012

Posted: 22 Feb 2012 05:08 PM PST



Malaysia vs Jepun Olimpik 2012


Video Malaysia vs Jepun [0-4]
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
22 Februari 2012


Aksi Gol Separuh Masa Pertama


 
Aksi Gol Separuh Masa Ke-2




sumber : sokernet

Gambar Acara Mandi Bunga Lisa Surihani Sebelum Nikah

Posted: 22 Feb 2012 04:54 PM PST

 
 
 
SITI AMIRA AHMAD menjirus air bunga ke atas anaknya Lisa Surihani di Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Meskipun dibesarkan dalam keluarga moden, pelakon terkenal Lisa Surihani tetap mengamalkan tradisi mandi bunga kelmarin sebelum melangsungkan pernikahan dengan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim hari ini.

Beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya petang ini.

Ketika dihubungi Kosmo!, pembawa watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu berkata, beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya.

Menurutnya, selain mandi bunga, dia turut mengadakan majlis berinai dan juga khatam al-Quran.

"Ikutkan, saya mahu ringkas sahaja tetapi ibu mahu saya mengikuti semua amalan tradisi sebelum perkahwinan," katanya.

Jepun mahu bina lif ke angkasa

Posted: 22 Feb 2012 04:41 PM PST



TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Adele buat isyarat lucah

Posted: 22 Feb 2012 04:39 PM PST

 
ADELE memegang Anugerah Artis Solo Wanita Terbaik yang dimenanginya pada Anugerah Muzik Britain di Arena O2 di London kelmarin.

LONDON - Tahun 2012 merupakan tahun bertuah buat Adele apabila dia bukan sahaja meraih enam anugerah Grammy tetapi turut merangkul dua anugerah pada Anugerah Muzik Britain.

Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah.

Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya.

"Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele.

"Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya.

Adele, 23, memenangi dua kategori utama Anugerah Muzik Britain iaitu Artis Solo Wanita dan Album Terbaik 2011 menerusi albumnya, 21.

Anugerah Artis Solo Lelaki dimenangi Ed Sheeran yang turut merangkul trofi kategori Aksi Cemerlang manakala Coldplay pula meraih anugerah Kumpulan Britain.

Penyanyi popular, Bruno Mars memenangi trofi Artis Antarabangsa Solo kategori lelaki.

Rihanna yang membuat persembahan pada majlis itu memenangi Artis Antarabangsa Solo Wanita.

Anugerah Muzik Britain yang berlangsung buat kali kedua di stadium Arena O2 di sini dihoskan oleh aktor popular Britain, James Corden. - AGENSI

Saintis India temui haiwan seperti ular

Posted: 22 Feb 2012 04:37 PM PST

 
Gambar yang disiarkan www.frogindia.org semalam menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.

NEW DELHI - Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis.

Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun.

Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander.

Disiarkan dalam jurnal Royal Society of London semalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.

Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.

Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa. - AGENSI

Koleksi komik dijangka dilelong lebih RM6.06 juta

Posted: 22 Feb 2012 04:34 PM PST


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Satu koleksi komik termasuk beberapa edisi yang paling berharga pernah diterbitkan dijangka dilelong lebih AS$2 juta (RM6.06 juta) pada satu lelongan di AS dalam minggu ini.

Sebanyak 345 naskhah komik itu dikumpulkan oleh Billy Wright semasa di zaman mudanya dan disimpan sehingga kematiannya pada tahun 1994.

Michael Rorrer berkata, dia menemui koleksi komik simpanan bapa saudaranya semasa membersihkan rumah ibu saudaranya.

Ibu saudara Rorrer meninggal dunia pada Februari tahun lalu.

Antara naskhah komik yang dikumpulkan itu ialah Action Comics No. 1 yang menampilkan kemunculan pertama Superman.

Koleski itu turut mempunyai naskhah Detectives Comics No.27 yang menampilkan Batman buat kali pertama dan Captain America No.2 yang menampilkan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler. - AGENSI

Berlian merah jambu ditemui

Posted: 22 Feb 2012 04:29 PM PST


BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.



SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Tabung Haji (TH)

Posted: 22 Feb 2012 04:16 PM PST


http://4.bp.blogspot.com/-FsECKruT6Wk/T0MAyN1WNXI/AAAAAAAAEJo/qFx4W_dFjbw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BTabung%2BHaji%2B%2528TH%2529.jpg

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. PENGANALISA KANAN EKUITI
2. KETUA PENGANALISA KREDIT
3. PENGANALISA KANAN KREDIT /PENGANALISA KREDIT
4. PENGANALISA PELABURAN DANA DAN 'OUTSOURCING'
5. PENGURUS DANA - EKUITI

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar 'resume' yang lengkap beserta dokumen-dokumen seperti berikut:-
a) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan
b) Sekeping gambar terkini berukuran passport
c) Menulis nama jawatan yang dipohon pada 'resume' dan;

sampul surat selewat–lewatnya sebelum atau pada hari Isnin, 27 Februari 2012, jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
Peti Surat 11025,
50400 KUALA LUMPUR


TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 27 FEBRUARI 2012

No comments: