Monday 16 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Activate Hotlink Now! Enjoy Facebook For Free!

Posted: 15 Jan 2012 08:41 AM PST


Never miss a moment with your friends when you activate with Hotlink! Enjoy FREE Facebook Internet Plan worth RM5 which includes:

  •  • FREE Facebook browsing on m.facebook.com or with your Facebook Java App
  •  • 25MB Internet for non-Facebook surfing
  •  • 5 days validity!

Now there's no reason not to surf and update your life on the go. So activate with Hotlink today and start enjoying the mobile life!

*Promotion period ends 29 February 2012.
*Subject to Terms & Conditions. 

Go to www.hotlink.com.my now!

Majalah Mangga Keluaran Januari 2012

Posted: 15 Jan 2012 06:35 AM PST


MANGGA – majalah hiburan bulanan yang mengandungi cerita yang eksklusif dan gosip 'panas' mengenai artis dan peristiwa dalam dunia hiburan.

Disasarkan untuk golongan pembaca 'muda', MANGGA mempunyai objektif yang lebih murni dalam membina masyarakat yang berfikir dan mencontohi pekerti dan teladan yang baik yang ditunjukkan oleh para selebriti tanahair. Diterajui oleh editor hiburan tersohor Juwie, para pembaca pasti tertarik dengan paparan isu-isu terkini dan 'meletup' serta pengajaran yang boleh ditimba dari dunia hiburan tanahair.

Released by: LeeSha
Date: Januari 2012
File type: PDF, 37.3MB
Pages: 111

Hotfile Download
Oron Download
Filesonic Download
Fileserve Download

Majalah Mangga Keluaran Disember 2011

Posted: 15 Jan 2012 06:31 AM PST


MANGGA – majalah hiburan bulanan yang mengandungi cerita yang eksklusif dan gosip 'panas' mengenai artis dan peristiwa dalam dunia hiburan.

Disasarkan untuk golongan pembaca 'muda', MANGGA mempunyai objektif yang lebih murni dalam membina masyarakat yang berfikir dan mencontohi pekerti dan teladan yang baik yang ditunjukkan oleh para selebriti tanahair. Diterajui oleh editor hiburan tersohor Juwie, para pembaca pasti tertarik dengan paparan isu-isu terkini dan 'meletup' serta pengajaran yang boleh ditimba dari dunia hiburan tanahair.

Released by: LeeSha
Date: Disember 2011
File type: PDF, 30.2MB
Pages: 93

Hotfile Download
Oron Download
Filesonic Download
Fileserve Download

PANAS! Gambar Rozita Che Wan Pakai Skirt Pendek Tersebar!

Posted: 15 Jan 2012 05:22 AM PST


KUALA LUMPUR: "Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat 'mengganggu' sesiapa," kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.


Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian 'seksi' pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

"Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

"Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?" katanya.

"Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya," katanya.

Rozita berkata, dia "tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

"Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

"Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet," katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

oleh FIRDAUS SAHAT

10 Permintaan Iblis Laknatullah Yang Diperkenankan Allah S.W.T

Posted: 15 Jan 2012 04:06 AM PST


Ini sebuah cerita renungan yang menurut aku wajib dibaca. Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT.

Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah.

"Berapa perkara yang kau pinta dari Tuhanmu?"
"10 perkara"
"Apakah ia?"

1. Aku minta agar Allah membiarkanku berkongsi dalam harta dan anak manusia, Allah membenarkan.

Allah berfirman,
"Kongsi dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya. "(Surah al-Isra: 64)

"Harta yang tidak dizakatkan, aku makan daripadanya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berkaitan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. "

Allah swt berfirman,
"Orang-orang boros adalah saudara – saudara syaitan. "(Surah al-Isra: 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberikan kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, "sila", dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.
Sebahagian besar manusia bersamaku pada hari kiamat. "

Iblis berkata: "Wahai Muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda.
Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tinggal seorang …!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya. "

Rasulullah SAW lalu membaca ayat:
"Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT" (Surah Hud: 118 – 119)

juga membaca,
"Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (Surah al-Ahzab: 38)

Iblis lalu berkata:
"Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepada kamu. dan aku tak berbohong. "

Sampaikanlah risalah ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka memahami dengan betul, apakah tugas-tugas dari Iblis atau Syaitan tersebut. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan boleh mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaitan.

Mudah-mudahan dengan demikian kita boleh setidak kurangnya membuat hidup ini lebih selesa dan membuat tempat serta persekitaran kita lebih selamat. 




sumber : akumuhaimin

Raja Lawak Musim Ke 6 (Download Mediafire)

Posted: 15 Jan 2012 03:25 AM PST


Dalam musim yang baru ini juga, beberapa pembaharuan diperkenalkan sepeti Cif Besar dan Cif Kecil yang akan memberikan segala panduan dan bantuan kepada peserta. Juri Maharaja Lawak iaitu Ahmad Idham telah dilantik sebagai Cif Besar manakala bekas peserta Raja Lawak iaitu Yus, Tauke dan Angah. Juri baru juga diperkenalkan iaitu Sheila Rusly menggantikan Afdlin Shauki dan mengekalkan David Teoh dan Sathia sebagai juri tetap.



 MINGGU 1

Part 1
Part 2
Part 3

Password
kakidownload.com

PANAS! Gambar Fasha Sandha Bertunang Tersebar

Posted: 15 Jan 2012 02:24 AM PST

Gambar yang dikatakan Fasha Sandha bertunang dengan pasangannya Jejai telah pon tersebar di serata forum, blog dan website. Namun pada hakikaktnya gambar itu bukanlah gambar tunang Fasha, Fasha sudah pon akuinya lagi melalui laman portal yang dipetik dari GUA. Gambar memang sweet dan sebijik majlis pertunangan tapi....



"Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha, 'Penanggal'. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun, konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed Yusoff lakonan Azri Iskandar," ujar Fasha


sumber : izyan.com

Perbezaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Dengan Hari Keputeraan Sultan

Posted: 14 Jan 2012 07:44 PM PST

Hari ini, 15 Januari 2012 merupakan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Walaubagaimanapun, ada yang keliru dan menganggap hari ini juga merupakan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Sebenarnya, walaupun Sultan Kedah memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong sekarang, sambutan Hari Keputeraannya tidak sama.

Tarikh rasmi Hari Keputeraan YDP Agong

Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, tidak mengambilkira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.

Bagi tahun 2012 ini, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.

Hari Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya dilahirkan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.

*rujukan : wikipedia , carigold



Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua'dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pada hari Ahad, 15 Januari 2012 bersamaan 21 Safar 1433H. Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku. Ikhlas dari patik.

p/s : Semoga entry ini dapat membantu menjawab persoalan kepada pihak yang bertanya tentang kekeliruan ini. So, tiada cuti ganti pada hari Isnin besok bagi rakyat negeri lain ok. Heheh..
 
 
sumber asal : solihin zubir

(Gambar) Siapa Sebenarnya Farah Lee Yang Memikat Hati Ally Iskandar

Posted: 14 Jan 2012 07:26 PM PST

Terpikat dengan keteguhan prinsip dan pendirian penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Farahin Romli atau Farah Lee, 22, yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan, telah membuatkan pengacara terkenal, Ally Iskandar,36, memutuskan untuk berkahwin dengan gadis tersebut pada 20 Januari ini.

farah lee adalah adik angkat zizan
Hubungan yang terjalin bermula selepas keluarga Ally mengesyorkannya untuk dia berkenalan dengan gadis berkenaan terlebih dahulu, apatah lagi mereka sama-sama berasal dari Terengganu iaitu tempat kelahiran Ally Iskandar.

Tanpa menolak, pertemuan pertama yang telah direncanakan oleh Ibu Ally Iskandar dan adiknya itu telah menjadi bibit kemesraan mereka berdua.


"Ketika pertama kali ibu mengesyorkan saya mengenali Farah, saya terus mencarinya dan berkomunikasi dengannya di laman sosial, Facebook kerana ketika itu dia masih menuntut di Korea Selatan.

"Kemudian kami memutusakn untuk berkenalan dan berjumpa selepas dia pulang bercuti di Terengganu.

Gambar Ahli Keluarga Farah Lee

farah lee dan adik beradiknya

"Selepas berjumpa dan berkenalan, saya mula rasa selesa dan terpikat dengannya. Keteguhan prinsip yang ada pada dirinya membuatkan saya terpikat dengannya.

"Dia seorang wanita Muslim yang baru saja bertudung dan berhijrah ketika dia belajar di Korea Selatan beberapa tahun lalu.

"Saya terpikat dengan kekuatan iman yang ada dalam dirinya ketika berada di negara luar yang pastinya banyak cabaran," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my

Tidak mengambil masa yang lama seperti pasangan bercinta yang lain, setelah beberapa kali berjumpa Ally Iskandar telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan keluarga Farah bagi membincangkan mengenai hal perkahwinan.


pandai juga farah lee main gitar


"Saya dan keluarga ke rumahnya pada hari ketiga Syawal. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan bersama, kami menetapkan untuk mendirikan rumah tangga pada 20 Januari ini.

"Singkat atau lambat bukan persoalanya. Kerana apa yang penting jodoh saya sudah sampai dan saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkannya kali ini," tegasnya.


Tidak seperti kebanyakan pasangan berumah tangga yang lain, Ally dan bakal isterinya itu akan berjauhan selepas dua bulan berkahwin kerana Farah akan menyambungkan pengajiannya di Korea Selatan yang dijangka tamat pada tahun hadapan.

"Saya anggap kami adalah pasangan yang unik. Selain perbezaan usia yang agak jauh, kami juga adalah pasangan yang punya komitmen yang berbeza yang mana dia masih menuntut dan saya sudah bekerja.

"Jadi saya perlu hormat apa yang dilakukannya sekarang. Sementara dia meneruskan pengajian di sana, saya akan berada disini untuk bekerja.

"Mungkin ini adalah dugaan buat kami. Masing-masing perlu saling mempercayai selain menjaga amanah diri sebagai pasangan suami isteri," tambahnya lagi.

Majlis akad nikah yang akan berlangsung pada 20 Januari ini, akan diadakan di rumah keluarga bakal isterinya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila terputus di tengah jalan pada 30 Jun tahun lalu selepas lima bulan mengikat tali pertunangan. -murai-

Ezlynn dan Adam Memilih Gaya Resepsi Musim Luruh

Posted: 14 Jan 2012 07:05 PM PST


Bagaikan melangkah ke dalam suasana musim luruh negara Mediterranean, majlis resepsi penyanyi popular Ezlynn atau Azline Ariffin,30 dan pasangannya Adam Fahmy Shamsudin,35 yang telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutaiara di sini malam tadi diraikan dengan penuh warna-warni.

Pasangan mempelai telah tampil dengan dua pasang persalinan berteraskan ala musim luruh di negara Sepanyol dan diperhebatkan dengan gemerlapan butiran mutiara tajaan Rafflesia Pearl Centre yang telah menghiasi susuk tubuh mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Jika Ezlynn tampak menggoda dengan gaun emas singkat daripada gabungan tiga pereka fesyen wanita iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd, manakala tumit tinggi rekaan Neelofa.

Si suami, Adam Fahmy pula juga tidak kurang segaknya apabila menggayakan sut lengkap bertemakan musim luruh hasil rekaan Kenny dari rumah fesyen Lords Tailor.


Malah acara yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia itu tampak cukup mesra dengan kehadiran keluarga terdekat kedua belah mempelai selain puluhan selebriti popular yang merupakan teman Ezlynn.

Antara wajah popular yang hadir pada majlis bahagia berkenaan iaitu, Eja, Jihan Miskin, Amber Chia, Sari Yanti, Intan Sarafina, Iqram Dinzly, Anahita Bakavoli serta tidak ketinggalan pasangan usahawan Sin dan Winnie Sin.

Cukup istimewa, apabila pasangan telah dihadiahkan dengan dendangan beberapa buah lagu bertemakan cinta daripada Ilyka, Fazli Zainal, Dafi dan Adibah Noor yang menjadi hadiah tak terperi buat mereka berdua.

Ezlynn juga tidak mahu ketinggalan menyumbangkan suara emasnya dengan dendangan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dalam bahasa Sepanyol sebagai salah satu caranya memberi penghormatan kepada tetamu yang hadir.

Bukan sekadar suasana pelamin yang berlatar-belakangkan muzik Sepanyol, malah hampir 200 tetamu turut merasai kemeriahan persandingan itu, apatah lagi dengan kehadiran juadah ala Mediterranean buat santapan pada malam itu.

Acara memotong kek telah diserikan dengan kemunculan Ezlynn dan Adam Fahmy bersama persalinan serba ungu daripada rekaan Khoon Hooi dan Lords Tailor sebagai melengkapkan tradisi sebuah acara resepsi perkahwinan.

Ezlynn telah selamat dinikahkan bersama Adam pada 20 November lalu di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara dengan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Sebuah lagi majlis resepsi untuk seisi keluarga akan diadakan pada 20 Januari ini -murai-

Alasan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Tunda Majlis Kahwin

Posted: 14 Jan 2012 06:59 PM PST



Memilih tarikh yang sama dengan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU telah menyebabkan pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya menunda majlis perkahwinan mereka.

Terkejut apabila mendapat tahu tarikh nikah tersebut serentak dan berhampiran dengan majlis bersanding, telah membuatkan Awal Ashaari mengalah dan membiarkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.

"Sebenarnya saya telah memilih 23 Februari untuk tarikh nikah dan bersanding pada 25 Februari pula. Kemudian saya dengar kawan-kawan ada cakap bahawa Lisa dan Yusry akan bernikah pada tarikh tersebut.

"Manakala mereka akan bersanding pada 26 Februari pula. Untuk mendapatkan kepastian saya menghubungi Lisa kerana kami rapat saya terus bertanya kepadanya.

"Saya beritahu dia, tujuan saya bukannya mahu menghebohkannya sebaliknya takut tarikh kami sama. Apabila diberitahu Lisa, memang tarikh nikah sama dan hanya bersanding saja sehari selepas itu.

"Setelah berbincang dan mengetahui persiapan dia sudah banyak, sebaliknya saya hanya 30 peratus saja, jadi saya mengalah dan ambil keputusan untuk menunda perkahwinan kami," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25, di Hotel Holiday Villa, semalam.

Meghormati situasi Lisa dan Yusry, jelas Awal Ashaari sebagai sahabat dia wajar memahaminya.

Lantas dia dan Scha kini sedang mencari tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melansungkan perkahwinan mereka.

"Mungkin kami akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei, Jun atau Julai tahun ini. Saya masih mencari tarikh yang sesuai dan harap tidak lagi bertindih dengan tarikh rakan lain.

"Kami kini lebih fokus dan sedang mengambil masa untuk membuat segala persiapan kahwin serta mahu pergi kursus nikah dan sebagainya," jelasnya yang selesa mengadakan majlis yang ringkas.

Sementara itu, jelas Scha pula, dia juga enggan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Dengan memilih konsep kotemporari Scha, terang Scha alasan mengapa dia enggan mengadakan majlis secara besar -besaran kerana baginya apa yang penting adalah kehidupan selepas diijabkabulkan.

"Saya memang mahu yang majlis yang ringkas sahaja. Kalau ada orang kata majlis kahwin hanya sekali dalam hidup dan perlu dibuat secara besar-besaran, saya pula berfikiran sebaliknya.

"Saya lebih mementingkan hal kehidupan selepas perkahwinan. Itu yang menjadi fokus utama saya dan bukanlah majlis kahwin sehari yang menjadi tumpuan saya," katanya.-murai-

Isteri Tak Kisah Suami Lakon Aksi Bogel

Posted: 14 Jan 2012 06:54 PM PST



Selepas mengundang kontroversi dengan aksi berbogel dalam filem Mantra, pelakon Zul Suphian atau Zul Handy Black kini mencabar lakonannya dengan aksi menghairahkan sambil berpakaian separuh bogel dalam filem terbarunya, Keramat.

Bukan sengaja untuk mengundang kontroversi, tetapi menurut Zul Handy Black apa yang dilakukan demi memenuhi kepuasan penonton selain permintaan pengarah filem seram terbitan Metrowealth (MIG) itu.


"Terus-terang, saya terasa malu untuk melakukan adengan digoda oleh pelakon Diana Amir dan Mon Ryanti ketika masing-masing berkemban.

"Alhamdulilah, saya dapat mengawal iman saya ketika itu. Cuma susah untuk saya sampaikan kepada penonton yang saya seperti tergoda kerana sebaliknya tidak.

"Berbeza dengan Mantra, kali ini saya tidak lagi berbogel tetapi hanya bertuala sambil digoda dengan aksi ghairah mereka berdua.

"Namun semua itu saya lakukan hanya di atas kehendak pengarah dan saya cuma sampaikannya supaya penonton dapat gambaran yang jelas,"katanya selepas prebiu filem Keramat di MBO Subang Parade, baru-baru ini.

Diarahkan oleh pengarah Azahari Zain, filem Keramat mula ditayangkan hari ini panggung wayang seluruh negara.

Sebelum ini, aksi berani Zul berbogel dalam filem Mantra telah mendapat kecaman dari penonton.

Meskipun sukar untuk membuat penonton terima dengan aksi berani yang dilakukannya, namun Zul bersyukur kerana isterinya sendiri bukan sahaja bersikap terbuka malah sentiasa menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Biarpun ada yang tidak boleh terima dengan aksi berbogel saya, namun selepas ini saya masih tetap tidak akan menolak jika ada mana-mana filem meminta saya untuk melakukan aksi sebegini.

"Saya cuma tak mahu play safe sahaja bila berlakon kerana saya sukakan cabaran.

"Alhamdulilah, isteri saya orang yang sangat menyokong saya dari semua sudut. Malah dia tidak kisah jika dikehendaki saya berbogel sekali lagi,"luahnya.

Selain Zul, Diana Amir dan Mon Ryanti, filem seram Keramat turut ibintangi oleh Rebecca Nur islam, Putri Mardiana dan Hairul Azreen.

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor itu, mengisahkan mengenai pasangan yang baru berkahwin yang telah didatangi dengan gangguan dan misteri dari tongkat keramat. -murai-

Diana Danielle Nafi Kahwin Farid Kamil Tahun Ini

Posted: 14 Jan 2012 06:50 PM PST


Tidak tahu bagaimana spekulasi majlis perkahwinannya bersama aktor popular Farid Kamil dikatakan bakal dilangsungkan tahun ini, jelas pelakon jelita, Diana Danielle perkara itu hanyalah satu kisah dongeng.

Menganggap gosip tersebut sengaja direka, jelas Diana Danielle, perancangan ke arah itu masih belum ada lagi.

"Saya pun tidak tahu dari mana datang cerita sebegini. Memang tidak ada lagi perancangan ke arah itu. Hanya masa yang mampu menentukannya.

"Apa yang boleh saya katakan, gosip tersebut adalah tidak benar," katanya membuka bicara mengenai khabar angin perkahwinannya bersama Farid Kamil yang akan diadakan pada tahun ini.

Meskipun baru berusia 20 tahun, jelas Diana Danielle, bukanlah satu alasan untuknya menolak takdir andai dijodohkan awal bersama kekasih hatinya itu.

Malah dia juga mengakui merupakan seorang yang suka berdikari dan mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri sekiranya jodohnya sampai dalam masa terdekat

"Saya masih muda dan tidak tahu bila perkara tersebut akan saya tempuhi. Tetapi saya percaya, saya seorang yang cukup berdikari dan boleh menggalas tugas sebagai isteri.

"Bagi saya, setiap hari merupakan masa dan proses pembelajaran yang baik untuk kita memperbaiki diri," katanya lagi.

Namun buat masa ini, tumpuan hanyalah untuk mengumpul duit bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang lakonan ataupun psikologi.

"Saya sedang mengumpul duit untuk sambung belajar ke luar negara. Saya sudah memilih tempat pengajian yang sesuai cuma tunggu masa dan apabila cukup duit saya akan terus ke sana," katanya. -mstar-

Rebecca Nur Islam Dera Anak Tiri ?

Posted: 14 Jan 2012 06:45 PM PST


Selepas mendirikan rumah tangga bersama usahawan duda, nama pelakon, Rebecca Nur Islam atau Rebecca, 25, telah dihentam dengan spekulasi yang kononnya dia telah mendera dua orang anak tirinya.

Walaupun tuduhan tersebut hebat dilemparkan terhadapnya, Rebecca bagaimanapun tidak ambil pusing, malah akui bahagia bersama suami dan anak tirinya.

Buktinya, ketika preview filem Keramat, Rebecca telah membawa suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43 bersama seorang anak tirinya, Nur Arif Qayum dan anak angkatnya, Nur Adam Danial sedondon mengenakan pakaian bertema warna Jingga.

"Saya sudah malas nak mengulas lanjut lagi mengenai tuduhan mendera anak tiri saya. Saya sudah lupakannya dan tak mahu ianya berlanjutan.

"Tidak ada gunanya saya berikan penjelasan lagi kalau dalam dalam dunia ini ada orang yang membenci kita. Jadi apa sahaja perlakuan kita akan dianggap salah.

"Dalam dunia ini, tidak semua orang suka kita dan tidak dinafikan tak semua orang membenci kita. Jadi kita buat sahaja apa yang kita fikir benar dan selesa dengan diri kita.

"Mengenai membawa keluarga berpakaian sedondon ini pula, ianya memang tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Selalunya, saya akan pastikan kami keluar dengan pakai pakaian sedondon.

"Tiada niat untuk saya menunjuk-nunjuk bahawa saya bahagia dan sengaja untuk menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya selepas preview filem Keramat di MBO Subang Parade, malam semalam.

Sementara itu, Rebecca akui dia kini masih berusaha untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinannya itu walaupun sudah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

"Siapa yang tak mahu menimang cahaya mata hasil dari zuriat kita sendiri. Saya memang mengimpikannya.

"Namun mungkin rezeki belum menyebelahi saya. Saya redha dan masih menunggu saat paling bahagia," luahnya yang tidak pernah merancang keluarga.

Bercerita mengenai lakonan pertamanya memegang watak utama dalam filem seram, Keramat, Rebecca berkata dia hampir tidak sedar dengan apa yang berlaku ketika menjayakan babak dirasuk hantu.

"Saya pun tidak tahu dari mana saya dapat tenaga yang kuat sehingga boleh mencangkung dengan hujung jari kaki sahaja.

"Padahal ketika menjayakan babak itu, saya memang sudah agak penat kerana itu adalah babak terakhir saya.

"Bila selesai sahaja daripada penggambaran, baru saya tersedar dan tertanya adakah apa yang dilakukan itu adalah diri saya sebenar.

"Apa-apa pun, saya sangat berpuas hati dengan usaha saya untuk menjayakan filem ini dan berharap penonton juga akan sukakannya," jelasnya lagi.

Selain filem Keramat, Rebecca bakal menjalani penggambaran drama Trilogi Cinta musim kedua untuk RTM juga akan muncul dalam drama terbaru berjudul Cinta Buat Emelda di TV3. -murai-

Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah

Posted: 14 Jan 2012 06:37 PM PST



Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.

Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

"Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya," kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

"Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu "membawa lari" Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya," jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.

Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

"Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini," katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah "berperang" menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

"Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya," kata Rita.

Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

"Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu," ujar Rita. -mstar-

Adira Mohon Dakwaan Dirinya Lesbian Dihentikan

Posted: 14 Jan 2012 06:34 PM PST



Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

"Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

"Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai," katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

"Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

"Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga," katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.

"Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu 'single' terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini. -mstar-

Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Cinta Dengan Hans Isaac

Posted: 14 Jan 2012 06:33 PM PST



Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.

"Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.

"Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.

"Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

"Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya," katanya.

Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan. -mstar-

Madonna Hargai Usaha Lady Gaga Meniru Lagunya

Posted: 14 Jan 2012 06:32 PM PST



LONDON: Bintang pop Madonna berkata dia amat menghargai usaha penyanyi Lady Gaga yang meniru elemen lagu popularnya Express Yourself dalam album penyanyi pelik itu, Born This Way (2011).

Madonna berkata walaupun dia mengenal pasti muzik dalam album berkenaan mempunyai persamaan dengan lagunya, dia menganggap persamaan elemen itu sebagai sesuatu yang menarik.

Gaga berdepan kecaman hebat darkipada pengkritik dan peminat selepas kemunculan beberapa lagu 'single' album tersebut yang didakwa mempunyai persamaan dengan lagu klasik penyanyi lagenda itu.

"Saya fikir ia adalah cara terbaik untuk membuat semula lagu lama saya, Express Yourself.

"Walaupun saya dapat mengesan persamaan elemen muzik itu dalam album Gaga, ia tetap usaha yang menarik," katanya seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk. - IANS

Shah Rukh Khan Akui Kepentingan Anugerah

Posted: 14 Jan 2012 06:31 PM PST


MUMBAI: Bintang Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK berpendapat kemenangan sesebuah anugerah adalah penting walaupun dia sudah memenangi pelbagai bentuk anugerah dan penghargaan daripada kerja-kerja seninya.

Terbaru, aktor itu tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filmfare menerusi lakonannya dalam Don 2: The King Is Back yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

"Anugerah adalah sesuatu yang penting. Insya-Allah, saya akan berasa gembira untuk mana-mana filem yang meraih anugerah pada acara itu (Filmfare) nanti," katanya kepada pemberita pada acara pengumuman senarai calon anugerah itu, malam Jumaat.

Khan dicalonkan dalam kategori tersebut di samping Ajay Devgan untuk filem Singham, Amitabh Bachchan (Aarakshan), Hrithik Roshan (Zindagi Na Milegi Dobara), Ranbir Kapoor (Rockstar) dan Salman Khan (Bodyguard).

Pada tahun lalu, Khan memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik atas lakonan cemerlangnya dalam My Name Is Khan (2010).

Bintang-bintang Bollywood berhimpun pada acara pengumuman senarai calon Anugerah Idea Filmfare ke-57 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Januari ini di Film City, Goregaon, di sini.

Antara barisan bintang yang hadir termasuklah Madhuri Dixit, Karan Johar, Zoya Akhtar, Asin Thottumkal, Anurag Kashyap, Juhi Chawla, Tusshar Kapoor dan Imtiaz Ali.-mstar-

Pandangan Dan Ulasan Ally Iskandar Tentang Bakal Isteri, Farah Lee

Posted: 14 Jan 2012 06:28 PM PST


ALLY ISKANDAR bersama bakal isterinya, Farah Lee, seorang penuntut jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. Mereka bakal bernikah pada 20 Januari dalam satu majlis tertutup.



PERANCANGAN pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.

Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.

Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah. -kosmo-

Kapal Persiaran Mewah, Costa Concordia Terbalik di Itali - Tiga maut

Posted: 14 Jan 2012 06:21 PM PST


KAPAL persiaran Costa Concordia senget semalam selepas ia terlanggar kawasan batu karang dekat pulau Giglio, Itali.

ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.

PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.
Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.

GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.

Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.

Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.

Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

Pelajar cemerlang dapat rumah di New York

Posted: 14 Jan 2012 06:16 PM PST

samantha menunjukkan segenggam kupang yang merupakan sebahagian projek sainsnya kelmarin di Sekolah Tinggi Brentwood, New York.

BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.

Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.

Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.

Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.

"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.

"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.

SAMANTHA GARVEY dipeluk ibunya, Olga Garvey (kiri) dalam satu sidang media di di Sekolah Tinggi Brentwood, New York kelmarin.

Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.

Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.

Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.

Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan. - AP

Jadi warganegara AS pada usia 111 tahun

Posted: 14 Jan 2012 06:14 PM PST


 
WARINA ZAYA BASHOU melafazkan ikrar untuk menjadi warga negara AS pada satu majlis di kediamannya di Sterling Heights, Michigan kelmarin.


STERLING HEIGHTS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berketurunan Iraq mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat. - AP

Kereta Ferrari RM2 juta remuk ketika pandu uji

Posted: 14 Jan 2012 06:10 PM PST


BEGINILAH keadaan kereta Ferrari F430 yang mengalami kerosakan akibat kemalangan di Lebuh Raya KLIA kelmarin.



SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.

"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo-

Muka hancur, otak bersepai diseret treler

Posted: 14 Jan 2012 06:08 PM PST


BEGINILAH keadaan motosikal berkuasa tinggi milik Haslihan [gambar kecil] yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya DUKE, Gombak semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.

Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.

"Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa," katanya ketika ditemui.

Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.

Mangsa yang terperosok di bawah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka dan kepala.

"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur. Kami terpaksa mengutip serpihan otak dan daging mangsa yang hancur atas jalan," katanya.

Mangsa merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah di sini dan berasal dari Klang itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. -kosmo-

No comments: