Budak Technician |
- Manusia Terkaya Di Dunia - Kamal Ashnawi (Rakyat Malaysia)
- Kemesraan Noh, Mizz Nina Di Ranjang
- Neelofa Gian Bercumbu?
- 'All Your Love' Kurang Promosi, Siti Serah Pada Anak Tiri
- Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
- Azean rasa lucu didakwa meninggal dunia
- Cinta jarak jauh Ally-Farah
- Priyanka, Lady Gaga berduet?
- Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat
- Sekatan minyak: Iran, Barat menuju ambang perang?
- Eksport minyak Iran disekat Kesatuan Eropah
- Perancis mahu lukisan 32,000 tahun jadi warisan
- Permata baharu badminton negara
- Taman Ekologi jadi gajah putih
- Pokok pisang lemak manis tumbuh empat tandan
Manusia Terkaya Di Dunia - Kamal Ashnawi (Rakyat Malaysia) Posted: 24 Jan 2012 01:04 AM PST Kamal Ashnawi digelar orang paling kaya didunia dan paling menarik Kamal berasal dari Malaysia. Demi membuktikan dakwaan tersebut, dia telah menunjukkan penyata bank HSBC kepada pemberita sekaligus dia sepatutnya bergelar 'trillionaire' yang pertama didunia. Sebanyak RM20 Trillion telah tesimpan dalam Bank HSBC beliau. Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005. Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion. Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan. Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri. Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan. Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian. Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875. | ||||
Kemesraan Noh, Mizz Nina Di Ranjang Posted: 23 Jan 2012 11:59 PM PST Cukup romantis dan cukup mempersona. Inilah bingkisan terkini majalah fesyen dan gaya hidup Wanita & Wawasan atau dikenali sebagai WW sebagai melayari bulan penuh percintaan. Aksi Noh Hujan dan Mizz Nina iaitu pasangan yang masih hijau melayari bahtera perkahwinan, dirakamkan di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sambil sama-sama berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing. Persalinan Canali serba putih yang disarungkan Noh menampakkan dia cukup berkarisma berada di sisi si isteri yang juga tidak kurang hebatnya dengan persalinan Shanghai Tang khusus untuk santapan pembaca setia majalah WW. Sambil dua sejoli sedang asyik menikmati keselesaan bercanda ria, mereka masih tidak mahu ketinggalan berkongsi rahsiabersama-sama dunia luar dengan menggunakan gajet telekomunikasi mewah dari Vertu bernilai lebih RM25,000. Ketua Pengarang WW, Wirda Adnan ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, edisi ketujuh WW disifatkan cukup istimewa kerana berpeluang menjadikan Noh dan Mizz Nina sebagai penghias muka hadapan bagi edisi Februari itu. "Penggambaran untuk muka hadapan edisi Hari Kekasih ini telah diadakan tiga minggu lalu di Hotel Berjaya Hills, Bukit Tinggi. " Alhamdulillah kami telah berjaya mendapatkan konsep yang kami mahukan, apatah lagi Noh dan Mizz Nina telah memberika kerjasama yang sangat baik sepanjang penggambaran. Lihat sajalah hasilnya ini," katanya. Tambah Wirda lagi, tiada ungkapan yang dapat diluahkan selain dapat melihat kedua-dua pasangan popular berkenaan bergaya hebat dengan persalinan daripada jenama fesyen terkemuka tempatan serta antarabangsa. "Seperti juga dalam edisi WW yang sebelum ini, kali ini kami telah berjaya menyerlahkan kejelitaan penyanyi Amy Mastura sebagai rupawan terkemuka antarabangsa CoCo Lee dalam salah satu ruangan yang sentiasa menjadi tarikan di dalam majalah ini," jelasnya. Lihat dan tatapilah transformasi Amy Mastura sebagai CoCo Lee dalam beberapa garapan gaya serta solekan memukau. Sementara itu, menurut Wirda, majalah WW edisi Februari boleh dimiliki di semua kedai buku seluruh negara selepas perayaan Tahun Baru Cina.-murai- | ||||
Posted: 23 Jan 2012 11:33 PM PST Semakin hangat dan mendapat perhatian, itu yang mampu dirumuskan dengan wajah rupawan nan satu ini. Muncul sebagai penghias sampul hadapan Majalah InTrend Februari 2012, pasti ada yang sensasi menanti purnama ini. Menelek kepada aksi mahupun gosip terkini tentang Neelofa, ternyata dia bijak mengatur langkah membina nama. Di sana sini, dia mencuba mencari tapak untuk dia terus kekal menjadi perhatian dalam industri. Bukan dengan gosip murahan, tetapi ianya datang dengan usaha keras dan titik peluh sendiri. Berbalik kepada muka depan yang berhiaskan Neelofa dalam sarungan rona ceria pinky peach olahan Diane Von Furstenberg yang dilengkapkan dengan kalung daripada Shoes Shoes Shoes telah menjadi taruhan InTrend kali ini. Semua busana yang digayakan merupakan himpunan terbaru Cruise Collection 2011/12 daripada label DVF terlihat cantik dan menawan membaluti tubuh Neelofa untuk sepanjang penggambaran. Mendapat sentuhan magik daripada jurusolek handal Sheng Saw dan dandanan rambut daripada David Shaw, penggambaran telah berlansung di White Studio dan hasilnya dapat anda tatap dalam isu yang banyak berbicara soal cinta. Memetik kata puitis berbalas erti mendalam daripada penulis yang juga penyelaras penggambaran sampul muka depan iaitu Vee Mukhtaram, nyata Neelofa seorang yang mudah untuk bekerjasama. Buat Neelofa, apa yang paling utama untuk tampil cantik buat tatapan para pembaca dan peminat setianya. Malah, daripada tajuk pasti anda ingin tahu kisah yang mahu dikongsi Neelofa buat anda. Setiap langkahnya diperhatikan. Ada kalanya jelik di pandangan mereka yang tidak kenal jati bikin kelumit rasa dihati mahu bawa tubuh lari pergi. Namun cinta datang menyembah membawa warna paling menawan. Siapakah A yang dimaksudkan Neelofa dalam isu InTrend kali ini? Sehingga gian bibirnya mahu bercumbu selalu? Bukan main lagi dia sepertikan asyik dibuai cinta seorang pria. Mahu tahu siapakah A? Jangan lupa mendapatkan Majalah InTrend isu Februari 2012 dengan pelbagai lagi tips-tips kecantikan mahupun fesyen bersama informasi menarik lain khas buat pembaca setia mereka. -murai.com.my- | ||||
'All Your Love' Kurang Promosi, Siti Serah Pada Anak Tiri Posted: 23 Jan 2012 10:35 PM PST Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza mengakui album Inggeris pertamanya berjudul All Your Love kurang promosi walaupun telah beberapa bulan berada di pasaran. Siti menjelaskan dia telah menyerahkan segala urusan promosi dan publisiti album tersebut kepada syarikat milik anak tirinya, Adib Khalid iaitu What's Up Entertaiment. "Mungkin album tersebut kurang promosi tetapi jika What's Up Entertaiment ada merencanakan apa-apa aktiviti untuk All your Love, Siti akan berikan komitmen," ujarnya kepada mStar Online. Siti mengulas ketika ditanya mengenai albumnya itu kurang mendapat promosi dan hanya bersandarkan kepada single pertamanya iaitu Falling In Love. Tambahnya, pihak syarikat tersebut juga sedang merangka pelan untuk membawa album tersebut ke luar negara namun masih dalam proses perancangan. "Harap-harap perancangan itu akan menjadi dan dapat mengembangkan kerjaya Siti ke peringkat lebih jauh," ulasnya. Dalam pada itu, Siti berkata, dia ingin mengadakan sebuah konsert pada tahun ini selain merancang untuk menghasilkan sebuah album tradisional untuk para peminatnya. Siti berkata, dia tidak kisah mengenai lokasi konsert berkenaan kerana yang penting dia dapat menghiburkan para peminatnya. "Sudah lama Siti tidak mengadakan konsert untuk para peminat, jadi rasanya tahun ini Siti akan mengadakan sebuah konsert khas buat peminat. "Album tradisional juga menjadi tumpuan Siti pada tahun ini kerana telah banyak peminat bertanyakan mengenai perkara itu dan InsyaAllah jika berpeluang semua itu akan terlaksana," ujarnya. Sementara itu, Siti berkata, buat masa ini tumpuannya adalah kepada perniagaan kosmetik yang diusahakan iaitu produk Simply Siti dan memberitahu akan melancarkan produk terbaru pada 11 Februari ini. Siti berkata, produk yang diberi nama Der'Magic itu adalah set penjagaan kulit pertama yang dihasilkan dibawah jenama tersebut menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin untuk meningkatkan perasaan gembira. "Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai dan Siti tidak sabar untuk mengeluarkan produk berkenaan untuk dicuba oleh pengguna," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Siti berkata, jenama Simply Siti juga akan mengeluarkan tiga jenis wangian pada pertengahan tahun ini sebagai salah satu langkah memperkukuhkan lagi kepelbagaian produk syarikatnya. Namun Siti enggan mendedahkan butiran mengenai projek terbarunya itu dan berjanji akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai perkhabaran terbaru itu.-mstar- | ||||
Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Posted: 23 Jan 2012 10:22 PM PST Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin. Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram. "Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya. "Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya. Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu. Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar. | ||||
Azean rasa lucu didakwa meninggal dunia Posted: 23 Jan 2012 10:10 PM PST SELEPAS pemergian penyanyi Izwan Pilus, peminat seni tanah air dikejutkan pula dengan berita aktres yang kini sedang terlantar sakit kerana penyakit kanser, Azean Irdawaty meninggal dunia pada malam Sabtu lalu. Berita Azean meninggal dunia tersebar dengan pantas di laman sosial Twitter dan ramai peminat memberikan ucapan takziah walhal hakikat yang sebenarnya aktres itu masih lagi bernyawa meskipun sedang bertarung dengan penyakit kanser yang telah merebak ke tulang belakangnya. Kosmo! mendapatkan komen mengenai perkara ini daripada mulut Azean sendiri dan dia nyata terkejut apabila diberitahu mengenai berita kematiannya sendiri. Kosmo!: Apa reaksi Azean apabila didakwa sudah meninggal dunia? Azean: Memang terkejut, kelakar pun ada juga sebab berita itu tidak masuk akal langsung kerana saya masih hidup walaupun sedang sakit. Bagaimana Azean tahu mengenai berita itu? Mula-mula anak saya , Elza Irdalynna datang ke bilik memberitahu yang rakan-rakannya memberitahu saya sudah meninggal, memang saya terperanjat. Anak saya juga sedih. Tidak lama lepas itu, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada rakan dan saudara-mara yang menyangka saya sudah meninggal dunia tetapi terkejut besar apabila mendengar suara saya yang menjawab panggilan telefon mereka. Apakah tindakan yang diambil Azean dan ahli keluarga bagi memperbetulkan berita yang salah itu? Anak saya menulis di Twitter miliknya, memberitahu yang saya masih lagi hidup dan sihat. Apa kata-kata Azean kepada penyebar berita tersebut? Saya rasa orang itu silap, tidak sengaja dan berniat baik untuk menyebarkan kepada orang mengenai berita kematian. Mungkin dia terkeliru daripada apa yang dia dengar di televisyen atau seseorang mengenai pemergian arwah Izwan Pilus dan dia menyangka itu adalah saya. Kalau dia sengaja nak buat cerita itu, saya kasihankan dia. Saya tidak marah, saya maafkan orang itu, semua manusia ada kesilapan, perkara ini tidak memudaratkan kepada saya dan saya doakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah. Apabila orang mengatakan Azean sudah meninggal dunia, ia ibarat satu doa, komen? Kalau ada orang yang mendoakan saya meninggal, itu antara dia dengan Allah. Jodoh, pertemuan dan kematian semua di tangan Allah. Saya melihat daripada sudut yang positif, menurut kata orang tua-tua, jika kita diberitakan yang kita meninggal dunia bermakna umur kita panjang. Bagaimana tahap kesihatan Azean kini? Alhamdulillah, saya semakin sihat, sejak enam bulan lalu saya telah menjalani rawatan untuk merawat kanser yang telah merebak ke tulang belakang yang menyebabkan saya terlantar tidak boleh bergerak. Sejak bulan Januari, saya sudah boleh bertatih dan turun katil sendiri, sebelum ini saya terpaksa didukung dan perlukan bantuan orang lain untuk bergerak. Sejak sakit sehingga ke hari ini, Azean banyak muncul di media meminta simpati. Apa yang boleh anda jelaskan di sini? Saya bukan minta simpati, saya hanya minta bantuan jika ada yang ingin membantu kerana kos rawatan saya adalah sebanyak RM10,000 sebulan. Itu hanya untuk kos ubat, belum masuk perbelanjaan harian yang lain dan saya juga harus membayar gaji tiga orang jururawat. Sebelum ini saya pencari nafkah utama, selepas saya terlantar sakit, agak sukar untuk keluarga saya. Saya minta bantuan bukan untuk berjoli, sebaliknya merawat penyakit. Saya harus berusaha mengubat penyakit ini. Doktor kata kalau tidak dirawat saya hanya mampu hidup untuk tempoh dua tahun sahaja. Hikmah di sebalik berita kematian Azean? Saya bersyukur kerana daripada apa yang saya lihat, ramai yang sayangkan saya. Telefon tidak putus-putus berdering, rakan-rakan yang telefon ada yang meminta maaf dengan saya dan ramai yang datang melawat juga. Saya berterima kasih kerana ramai sebenarnya yang mengambil berat tentang diri saya. -mstar- | ||||
Posted: 23 Jan 2012 10:03 PM PST NALURI lelaki Ally Iskandar tiba-tiba diuji pada Jumaat lalu. Dengan bersaksikan puluhan sanak saudara dan kenalan rapat, dia memulakan langkah ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan seribu impian. Tepat pukul 10.03 pagi, wajah kegelisahan pengacara popular berusia 36 tahun itu berubah. Dari riak wajah penuh debaran, Ally pantas menjadi ceria. Dengan itu, maka termaktublah sebuah lagi kisah baharu dalam kehidupannya. Kini, Ally tidak lagi berseorangan. Impiannya untuk memiliki sebuah mahligai bersama insan tersayang telah disimpul rapi hanya dengan dua kali lafaz nikah. Memilih gadis kelahiran Terengganu, Nurfarahin Romli, 22 atau lebih senang disapa Farah Lee, Ally mengakui ia adalah keputusan terbaik yang pernah dibuatnya selama ini. "Syukur kepada Allah. Semua yang dirancang telah berakhir dengan selamat," katanya ringkas kepada para pemberita baru-baru ini. Pada majlis penuh sederhana itu, keluarga Farah Lee menyerahkan sembilan dulang hantaran termasuk satu set persalinan lelaki, telefon bimbit jenis I-Phone 4S dan tafsir al-Quran. Keluarga Ally pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk komputer riba jenis Apple, replika kunci rumah dan satu set coklat. "Pernikahan ini diharap dapat menjawab segala persoalan. Paling penting semuanya telah berjalan seperti yang dirancang. Doakan saya dan isteri dapat hidup berkekalan selamanya," tambahnya.
Enggan terlalu bercerita soal peribadi, Ally sebaliknya menjelaskan apa yang dilakukan itu adalah atas tuntutan sebagai seorang suami. Malah katanya, status isterinya sebagai seorang pelajar di sebuah universiti di Korea Selatan juga perlu diambil kira demi masa depan mereka. "Banyak perkara yang mendorong saya untuk memilih Farah sebagai isteri. Dia adalah wanita yang tegas dan berpendirian. Dia juga insan yang sentiasa memberi dorongan kepada saya. "Lagipun, pertemuan kami ini ada secara kebetulan. Semuanya bermula dengan adik saya yang memang mengenali Farah. Sejak itu, kami lebih banyak berhubung melalui laman sosial. "Paling penting, dia sentiasa memahami kerjaya saya sebagai pengacara dan saya juga tahu tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar," katanya. Ally yang sinonim dengan rancangan Malaysia Hari ini (MHI) di TV3 turut menjelaskan jurang 13 tahun antara dia dengan isteri bukanlah masalah untuk mereka melayari hidup berumahtangga. "Perkenalan kami mungkin masih singkat, tetapi saya sentiasa percaya kepada jodoh. Perkara-perkara lepas biarlah berlalu dan saya tidak mahu memikirkannya lagi. "Biarlah kami tumpukan kepada kehidupan baharu ini. Lagipun, Farah masih belajar dan akan kembali mengikuti pengajiannya di Korea Selatan pada Mac depan. "Insya-Allah, saya akan menghantarnya ke sana dan mungkin ia adalah bulan madu bagi kami," jelasnya lagi.
Sementara itu, Farah Lee yang berasal dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu mengakui memang telah mengenali Ally sejak kecil lagi apabila kerap melihat wajah suaminya terpampang di kaca televisyen. "Saya sendiri tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh bersama seorang personaliti televisyen. Tapi inilah yang dinamakan jodoh. "Saya sudah bersedia untuk hidup dengannya dan akan sentiasa memahami kerjayanya," ujar penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan itu. | ||||
Posted: 23 Jan 2012 09:54 PM PST SEJAK enam bulan yang lalu, pelakon seksi Priyanka Chopra mengumumkan bahawa dia akan menjadi penyanyi dan menghasilkan album pertamanya. Selepas pengumuman itu, Priyanka menjalani sesi jelajahnya dua buah negara iaitu di Los Angeles (LA) dan Amerika Syarikat (AS) demi menghasilkan lagu-lagu yang akan dimuatkan di dalam album tersebut. Apabila ditanya mengenai status album itu, bekas Ratu Cantik Dunia itu mengaku sudah menyiapkan sebahagian besar daripada lagu-lagunya tetapi belum mempunyai tajuk untuk albumnya. Priyanka melahirkan rasa lega, impian selama ini untuk menjadi penyanyi akhirnya tercapai. "Ia merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam hidup saya. Saya sejak dulu ingin jadi penyanyi. Ayah saya (Dr. Ashok Chopra) merupakan sumber inspirasi saya untuk menyanyi. Dan kini, impian saya sudah tercapai. Saya akan keluarkan lagu single pertama saya sekitar musim panas ini dan sebulan dua kemudian single seterusnya juga akan dikeluarkan," ujar Priyanka teruja. Menurut Priyanka, dia tidak akan terus mengeluarkan album sebaliknya mengeluarkan lagu-lagu single terlebih dahulu. Apa yang lebih membanggakan Priyanka yang kini berusia 29 tahun itu, dia juga berkongsi pengurus sama dengan bintang popular Hollywood, Lady Gaga iaitu Tro Carter. Khabar angin juga mengatakan Priyanka mungkin berkolaborasi bersama Lady Gaga dan penyanyi Jay Sean.-mstar- | ||||
Gempa bumi besar diramal gegar Tokyo waktu terdekat Posted: 23 Jan 2012 09:20 PM PST Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu. Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang. Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear. Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran. Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu. Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda. -sinarharian- | ||||
Sekatan minyak: Iran, Barat menuju ambang perang? Posted: 23 Jan 2012 09:15 PM PST BRUSSELS - Iran meningkatkan kata dua terhadap Barat semalam selepas negara-negara Eropah mengenakan sekatan ke atas nadi ekonominya - minyak, sekali gus diramal akan membawa kepada implikasi politik dan ekonomi dunia dalam waktu terdekat. Ekoran tindakan Eropah itu, Teheran mengugut ia akan menutup Selat Hormuz, yang digunakan sebagai laluan satu per lima bekalan minyak dunia, manakala pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Barat akan menggunakan kekuatannya untuk memastikan perairan itu kekal dibuka kepada laluan antarabangsa, lapor akhbar Guardian. Keputusan sekatan minyak yang diputuskan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) secara dramatik meningkatkan ketegangan antara Iran dan Barat berhubung program nuklear kontroversi Iran, yang sudah berlarutan bertahun-tahun. Malah, EU juga membekukan aset-aset bank pusat Iran dan mengharamkan transaksi emas, logam-logam berharga dan berlian. Sementara sekatan ini berkuat kuasa hari ini, kesan sebenarnya dijangka hanya akan dirasai menjelang musim panas. Pegawai kanan Iran menyifatkan perkembangan terbaru ini akan membawa kepada 'perang mulut' dengan dunia Barat. "Sebarang bentuk gangguan berkenaan dengan penjualan minyak Iran, sudah pasti Selat Hormuz akan ditutup," demikian amaran Mohammad Kossari, timbalan ketua jawatankuasa parlimen berkenaan hal ehwal luar negara dan keselamatan negara. Ivo Daalder, duta AS di Nato pula bertekad negaranya dan sekutu mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan laluan itu terus dibuka kepada laluan perkapalan dan bisnes minyak antarabangsa. "Selat Hormuz perlu kekal dibuka dan kita perlu pastikan ia kekal laluan antarabangsa," katanya kepada BBC. "Kita akan melakukan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan ia kekal dibuka jika wujud keadaan sedemikian (ditutup)," katanya lagi. -sinarharian- | ||||
Eksport minyak Iran disekat Kesatuan Eropah Posted: 23 Jan 2012 09:03 PM PST BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) semalam bersetuju untuk mengenakan sekatan mengimport minyak dari Iran dalam usaha menyekat pembiayaan terhadap program pembangunan nuklear negara republik Islam tersebut. "Wujud satu persetujuan politik mengenai sekatan minyak," kata seorang diplomat selepas satu perbincangan di antara duta-duta 27 buah negara EU yang diadakan sebelum mesyuarat menteri-menteri luar bermula. Keputusan itu akan diluluskan secara rasmi oleh menteri-menteri EU. Perjanjian tersebut yang hadir selepas perbincangan sukar selama berminggu-minggu menetapkan pengharaman serta-merta terhadap pengimportan minyak mentah dari Iran, selain menamatkan kontrak sedia ada secara beransur-ansur bermula sekarang hingga 1 Julai depan. Namun, kebergantungan Greece kepada minyak Iran akan diteruskan, selari dengan tempoh dan syarat-syarat sekatan berikutan negara tersebut yang masih diselubungi masalah kewangan. Sementara itu, kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Abraham Lincoln melalui Selat Hormuz dan memasuki rantau Teluk walaupun Iran mengancam untuk menutup laluan di selat tersebut yang menjadi laluan kapal-kapal minyak. Pengesahan mengenai kehadiran kapal AS itu dibuat oleh seorang jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Kapten John Kirby kepada agensi berita AFP menerusi e-mel kelmarin. Kapal pengangkut itu boleh membawa 80 pesawat dan helikopter telah diiringi kapal laut tentera AS, USS Cape. St George dan dua kapal perang Britain serta Perancis. - Agensi | ||||
Perancis mahu lukisan 32,000 tahun jadi warisan Posted: 23 Jan 2012 08:54 PM PST CHAUVET - Pemerintah Perancis menyarankan supaya sebuah gua di negara berkenaan dijadikan tapak warisan utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO). Gua Chauvet yang terletak di sini, selatan Perancis memiliki pelbagai lukisan gua yang diiktiraf tertua di dunia. Lukisan di gua berkenaan yang kebanyakannya bermotifkan binatang seperti kuda dipercayai berusia antara 30,000-32,000 tahun dahulu. - AFP | ||||
Permata baharu badminton negara Posted: 23 Jan 2012 08:42 PM PST HEBAT dan mantap. Itu rumusan buat pemain badminton beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei. Meskipun gagal meraih sebarang kejayaan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia baru-baru ini, namun gaya permainan mereka menjanjikan masa depan yang cerah. Jika mahu melihat beregu dalam pembikinan ini melangkah lebih jauh, maka Persatuan Badmin- ton Malaysia (BAM) perlu memberi lebih banyak pendedahan kepada mereka beraksi pada kejoha- nan bertaraf lima bintang. Pada Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dua minggu lalu, pasa- ngan muda negara itu tampil dengan aksi yang agak memukau. Prestasi mereka tidak menghampakan apabila memeranjatkan beregu pilihan ketiga dari Jepun, Maeda Miyuki-Suetsuna Satoko 15-21, 21-19, 21-17. Juara Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia itu telah bekerja keras selama 1 jam 20 minit untuk menundukkan beregu dari 'Negara Matahari Terbit' itu pada pusingan pertama. Meskipun masih banyak lagi yang perlu mereka lakukan sebe- lum melangkah lebih jauh tetapi permata baharu badminton negara ini sudah tidak mahu meno- leh ke belakang lagi. Mereka ada sasaran untuk direalisasikan iaitu mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 selain berazam untuk berada dalam skuad Piala Uber. Tanpa berselindung, Khe Wei, 23, menjelaskan bahawa perkara yang perlu diutamakan oleh mereka kini ialah membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan kompeti- tif sepanjang tahun ini. "Buat masa ini, fokus utama saya adalah persediaan menghadapi Piala Uber serta mahu layak ke Sukan Olimpik. "Saya juga tidak mahu meletak- kan sasaran yang tinggi seperti mahu mengejar ranking kerana apa yang penting buat kami sekarang adalah untuk terus mempamerkan aksi yang lebih konsis- ten," jelas Khe Wei. Azam Khe Wei turut dikongsi rakan gandingannya, Vivian yang turut meletakkan matlamat yang sama. "Apa yang penting sekarang adalah memberi fokus pada kejohanan yang terdekat dan bermain dengan sebaik mungkin, sekali gus menum- paskan setiap lawan," jelas pemain berusia 22 tahun itu. Kebimbangan Vivian sekarang adalah kecederaan Khe Wei yang mungkin boleh menjejaskan persiapan mereka. Khe Wei mengalami kecederaan buku lali ketika menentang beregu China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia yang menyaksikan mereka terpaksa menarik diri pada set kedua. Dia berharap kecederaan rakan seperjuangnya itu pulih dengan segera bagi membolehkan mereka meneruskan latihan seperti biasa menjelang pusingan kelayakan Piala Uber di Macau bulan depan. "Saya berharap dia akan segera pulih supaya dapat memberi tumpuan pada latihan dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi kami," tambahnya. Namun berbeza bagi Khe Wei, yang masih belum dapat melupa- kan detik 'hitam' buat kali pertama sepanjang kariernya ekoran terpaksa berundur sebelum mena- matkan perlawanan. "Sudah tentu saya merasa sangat kecewa dan sedih kerana tidak dapat menamatkan perlawanan tersebut. Saya yakin kalau tidak kerana kecederaan, kami boleh menang. "Sebelum ini, kami telah mengalahkan beregu China itu, Yixin-Bong pada kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Indonesia dan kami yakin untuk mengulangi kemenangan itu sekali lagi," kata pemain kelahiran Selangor itu. Apa yang jelas, selepas melihat aksi dan pencapai- an beregu yang menduduki ranking ke-21 dunia itu, Vivian-Khe Wei sudah mula menjadi sebutan peminat sukan badminton negara, malah ada yang menaruh harapan bahawa mereka mampu menggegar dunia suatu hari kelak. Prestasi cemerlang mereka pasti ditagih untuk melakarkan bebe- rapa lagi kejayaan di peringkat an- tarabangsa, sekali gus meningkatkan imej beregu wanita di persada dunia. Justeru, beregu muda yang dilatih jurulatih Rexy Mainaky itu berharap gandingan mereka akan terus dikekalkan memandang Vivian merasai keserasian beraksi bersama Khe Wei. Sejak mendapat sentuhan Rexy, beregu muda ini dilihat semakin mantap dan buktinya, mereka muncul juara GP Emas Terbuka Indonesia tahun lalu.-kosmo- | ||||
Taman Ekologi jadi gajah putih Posted: 23 Jan 2012 08:25 PM PST JOHOR BAHRU - Taman Ekologi di Hutan Bandar di sini umpama projek 'gajah putih' berikutan masih gagal dibuka kepada orang ramai sejak dibangunkan pada 2007. Projek usaha sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan itu bertujuan mempamerkan hasil-hasil ekologi seperti flora dan fauna dan sepatutnya siap pada 2009. Projek tersebut bersama dua lagi projek pelancongan lain yang dilaksanakan ketika itu menelan belanja RM7 juta. Tinjauan Kosmo! mendapati Taman Ekologi itu sudah hampir siap dan hanya memerlukan kerja-kerja akhir seperti memasang lampu dan kemudahan lain. Ekoran lama terbiar, keadaan bangunan berlumut, pokok-pokok hiasan mati dan semak memenuhi taman.-kosmo- | ||||
Pokok pisang lemak manis tumbuh empat tandan Posted: 23 Jan 2012 07:49 PM PST KLANG - Sepasang suami isteri di Taman Kandis Permai, Jalan Kebun di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanam mereka di atas tanah bersebelahan rumah mengeluarkan empat tandan buah. Mohd. Sapuan Kamsee, 57, dan isterinya, Asmaniah Tamjis, 51, menyedari kejadian pelik itu ketika membersihkan kawasan tersebut pada Disember tahun lalu. Menurut Mohd. Sapuan, pada peringkat awal, pokok pisang tersebut hanya mengeluarkan dua tandan pisang namun beberapa hari kemudian, kedua-dua tandan itu bercabang dua dan kesemua empat tandan pisang itu mempunyai jantung masing-masing. "Ini merupakan buah sulung pokok ini sejak ditanam awal tahun lalu tetapi sebelum ini, tiada pula tanda-tanda aneh akan mempunyai empat tandan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. -kosmo- |
You are subscribed to email updates from Budak Technician | Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
5 comments:
The manufacturer claims if this can improve text entry speeds
by 30%. 1 tablet supports 1080p HD video playback with 1280x800 capacitive display, which will bring you an exciting movie enjoyment. They are Vodafone, Virgin, T-Mobile, Orange, O2 and Three.
Look into my web-site: samsung galaxy tab
It is almost like starting from scratch without reformatting the Apple - TV.
However, we can't choose our favorite program and movie when we watch TV. For example, last year the media industry executives said Apple has been considering whether to launch subscription television services.
My web page; apple tv review
The question is - which platform provides the best viewing experience.
Hulu have made sure set-top boxes such as Roku cannot stream its content on your big screen tv.
A stable internet connection is needed, may it be using a cable-powered connection or wifi.
Feel free to visit my web-site: roku reviews
If you own one of the newer, Unibody Mac - Book or Mac
- Book Pro systems, it's a little tougher, but not impossible. However, it is much more difficult to do and may not be a viable solution for everyone,*. The most recent Thunderbolt technology creates an extraordinary functionality in terms of the transferring as well as sharing of network from one peripheral device to the other.
Here is my homepage - mac pro
Another fact which a lot of people are interested
in is the battery. Red lights can be tricky but can be made to look good if you're careful. Make sure that the flash units polarities are in the.
my web blog ... canon 6d
Post a Comment