Thursday, 29 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


10 Makanan Pencegah Kanser Payudara

Posted: 28 Dec 2011 01:35 AM PST

Menjalani gaya hidup sihat adalah kunci utama dalam mencegah datangnya penyakit. Beberapa kajian menunjukkan, penerapan cara hidup yang sihat, aktif dan seimbang mampu menjauhkan seseorang daripada ancaman penyakit mengerikan seperti kanser.

Bagi kaum Hawa, salah satu jenis kanser yang menjadi momok adalah kanser payudara. Kanser ini adalah perenggut nyawa yang paling kejam selepas kanser leher rahim. Di Indonesia, prevalensi kanser payudara mencapai 26 per 100,000 penduduk. Ertinya dari 100.000 penduduk, terdapat 26 perempuan terkena kanser payudara.

Untuk mencegah dan mengelakkan risiko kanser payudara, disyorkan untuk menjalani pola diet yang sihat dengan cara mengasup jenis-jenis makanan yang berkhasiat. Menurut kajian para ahli, ada sejumlah makanan semulajadi yang boleh membantu mencegah penyakit mematikan ini. Apa sahaja makanan tersebut?

1. Cendawan

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Nutrition and Cancer pada tahun 2010 menyatakan, kebiasaan mengambil kulat lebih tinggi dikaitkan dengan rendahnya risiko kanser payudara di kalangan wanita yang pra-menopause. Cremini, tiram dan cendawan shiitake, mengandungi antioksidan seperti L-ergothioneine, yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser.

2. Brokoli kecambah (broccoli sprouts)

Brokoli kecambang mempunyai kandungan tinggi sulforaphane yang merupakan bentuk antioksidan. Para saintis dari University of Michigan mendapati bahawa bahan ini boleh menyasarkan dan memusnahkan sel-sel tumor.

3. Buah delima

Biji renyah dari buah delima (juga dikenali sebagai arils) mengandungi sebatian yang disebut asamellagic - suatu antioksidan kuat yang boleh menghalang enzim yang berperanan dalam perkembangan kanser payudara, menurut para saintis asal US dari City of Hope Beckman Research Institute.

Sebagai sumber-sumber yang kaya antioksidan, buah delima juga telah dikaitkan mampu mempromosikan kesihatan jantung. Anda boleh mendapatkan antioksidan dari jus delima murni dengan minum satu cawan (250 ml) setiap hari.

4. Lentil

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2009 menganalisis pola diet lebih dari 3.500 perempuan Asia-Amerika dan mendapati bahawa pengambilan tinggi kacang polong, yang meliputi lentil dan kacang-kacangan lain, dikaitkan dengan risiko kanser payudara lebih rendah.

5. Kenari

Data awal menunjukkan bahawa ngemil sekitar 60 gram kenari setiap hari boleh menghentikan perkembangan tumor kanser payudara. Penyelidik dari West Virginia Marshall University School of Medicine menduga kandungan omega-3, antioksidan dan pitosterol pada kenari sebagai pelakon yang menghalang pertumbuhan sel kanser.

6. Bluberi

Kajian menunjukkan bahawa pterostilbene, suatu phytonutrisi dalam blueberry, boleh menghentikan pertumbuhan tumor kanser payudara dengan menyebabkan sel kanser menghancurkan diri sendiri (suatu proses yang disebut apoptosis).

7. Bayam

Wanita premenopause yang mendapat pengambilan makanan tinggi folat (sumber terbaik adalah bayam) mempunyai risiko 40 peratus lebih rendah mengidap kanser payudara, menurut sebuah kajian American Journal of Epidemiology pada tahun 2011.

8. Telur

Kolin, nutrisi penting yang berlimpah dalam telur, boleh mengurangkan risiko perempuan menghidap kanser payudara sebesr 24 peratus, menurut sebuah kajian AS yang melibatkan lebih daripada 3,000 responden. Nutrisi penting ini ditemui di kuning telur. US Institute of Medicine mengesyorkan, perempuan harus memenuhi sekitar 425 miligram kolin satu hari. Beberapa sumber-sumber lain dari kolin antaranya ikan, unggas, daging lembu, brokoli dan gandum.

9. Ikan salmon

Salmon merupakan salah satu daripada beberapa bahan makanan yang mengandungi vitamin D dalam jumlah yang signifikan. Para penyelidik di Toronto Mount Sinai Hospital mengatakan bahawa peningkatan vitamin D yang berasal dari sinar matahari dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara sebanyak 24 peratus.

Vitamin D dapat mencegah sel-sel menjadi kanser. Pengambilan ikan salmon segar atau kalengan di mana kaya kandungan asam docosahexaenoic (DHA), omega-3 boleh membunuh sel kanser payudara dan membantu menghentikan penyebaran penyakit ke bahagian lain tubuh.

10. Roti gandum hitam

Setelah meninjau kajian yang diterbitkan, para saintis Finland menetapkan bahawa pengambilan roti gandum boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Suatu sinergi antara serat, lignan, vitamin, mineral dan asid fitat phytonutrisi membuat roti gandum baik untuk mereka yang sedang berjuang dengan kanser payudara.


sumber : http://health.kompas.com

18sx - Ketty Perry Bergambar Bogel Dengan Kostum Santa Claus

Posted: 28 Dec 2011 01:19 AM PST


Tersebar foto bogel penyanyi seksi Katty Perry! Hari Krismas memang sudah dekat dan memang sudah menjadi hari yang paling membahagiakan bagi kaum nasrani. Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyambut hari Krismas tersebut begitu juga dengan penyanyi lagu Firework, Katty Perry.

Nampak satu gambar bogel beredar dengan wajah mirip Katty Perry, dalam foto tersebut ia nampak bogel dengan mengenakan topi Santa Claus dan memakai kasut boot tanpa satu helai pakaian menutupi bahagian intimnya. Tentang kebenaran gambar tersebut belum diketahui, hingga berita ini tersebar. (Celebjihad)



Symptom Kencing Kotor, Kencing Tidak Lawas, Kencing Sakit

Posted: 27 Dec 2011 11:02 PM PST


Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.

Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.


Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).


Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

sumber : sakitanda.com

Gambar Aksi Seksi Bunga Cinta Lestari Dan Komen Asyraf Sinclair

Posted: 27 Dec 2011 10:35 PM PST


Di dalam menutup tirai minggu terakhir tahun 2011, kita dikejutkan dengan gambar-gambar kontroversi isteri selebiriti tanahair, Asyraf Sinclair, iaitu Bunga Cinta Lestari yang dikatakan berpesta liar di sebuah parti baru-baru ini.
Di dalam gambar yang tersiar, Bunga Cinta Lestari dilihat beraksi dalam pelukan beberapa teman lelaki sambil memegang 'teh O keras' dan sebatang rokok di celah jari.

Bagaimanapun, dipercayai Asyraf ada bersama-sama isterinya ketika gambar-gambar itu dirakamkan merujuk kepada sebahagian kecil wajahnya yang turut terakam di dalam gambar-gambar tersebut.

Untuk rekod, Asyraf Sinclair mengahwini Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Jakarta.

Pasangan ini kemudiaannya dikurniakan seorang cahaya mata, Noah, pada 22 September tahun lalu dan kini berumur baru setahun tiga bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar-gambar tersebut dirakamkan.

"Tidak dapat dipastikan bila gambar ini diambil, tapi jika ianya gambar terbaru BCL (Bunga Cinta Lestari), maka apalah nasib Noah Sinclair yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ya?," kata pemilik blog OhBulan.

Namun, digambar tersebut jelas tertera masa gambar-gambar tersebut dirakamkan iaitu sekitar jam 1.51 pagi, mungkin di Indonesia atau mana-mana negara di dalam dunia ini.

Selain itu, Bunga Cinta Lestari juga pernah menimbulkan kontroversi apabila gambar-gambarnya yang berbikini seksi dan hanya berbaju tidur yang nipis sambil bersiar-siar di Bali tersebar di internet pada Ogos 2009, setahun selepas diijabkabulkan dengan Asyraf.

Persoalannya, apakah komen Asyraf mengenai sikap dan penampilan isterinya itu?

Meskipun Asyraf turut berada di parti itu, apakah tidak wujud sekelumit pun rasa cemburu, tidak puas hati, sedih atau kecewa apabila isteri sendiri 'beraksi' sebegitu di depan lensa bersama-sama teman yang bukan muhrim?

Bagaimanapun, penulis berharap dan berdoa agar Asyraf bijak mengawal keadaan dan sikap isterinya serta memberikan teguran yang sewajarnya kepada ibu Noah tersebut.

Bukan untuk 'menjaga tepi kain orang' atau terlibat dengan masalah rumahtangga orang, penulis rasa sayang sangat sekiranya Asyraf dan Bunga Cinta Lestari mensia-siakan keindahan ciptaan Tuhan seolah-olah 'hidup menongkat langit'.

Semoga kita semua, Asyraf dan keluarganya mendapat hidayah dari Allah dan kita sama-sama doakan agar saudara-saudara seagama kita yang lain menjadi lebih beriman dan bertambah baik tahun hadapan berbanding tahun 2011 ini.

Sama-samalah kita berubah demi satu kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN(mynewshub)

Ogy Ahmad Daud Saja ‘Propah’ Nak Saman Johan Raja Lawak?

Posted: 27 Dec 2011 10:20 PM PST


Baru-baru ini diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy berkata akan mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24).

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Berdegar-degar kenyataan Ogy ketika itu tetapi apa perkembangan kes saman itu, adakah Ogy masih hendak teruskan atau sebaliknya?

Adakah ia cuma satu bentuk publisiti murahan atau sememangnya satu kenyataan?

Secara peribadi, penulis merasakan elok sangatlah sekiranya Ogy menarik balik niatnya untuk menyaman Johan.

Ini kerana dunia hiburan kita ini bukannya besar, balik-balik tengok muka itu juga.

Lagipun rasanya Johan dah dapat 'mesej' yang Ogy maksudkan.

Kena ingat, proses saman menyaman ni bukannya mudah…adakalanya ambil masa bertahun sebelum keputusan dapat dijatuhkan oleh hakim.

Adakalanya bertangguh memanjang. Kalau menang takpelah juga, tapi kalau kalah macam mana?

Tetapi kalau Ogy nak teruskan niatnya pun kita semua tak boleh halang, itu hak dia.

Mungkin bagi Ogy ini cara terbaik untuk 'mengajar' si Johan itu.

Untuk rekod, Ogy menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

Menurut Ogy lagi, beliau tidak dapat memaafkan Johan sekalipun pelawak itu datang meminta maaf darinya dan berharap agar tindakannya itu akan menjadi pengajaran kepada Johan dan artis baru yang lain.

Apapun diharapkan Ogy akan lebih matang dalam membuat kenyataan di masa akan datang, bukan apa, takut ia akan memakan diri sendiri.

Contohnya dalam kes ini, orang tertanya-tanya, apa kesudahan episod nak saman si Johan ini.

Seingat penulis, Johan sendiri pernah membuat kenyataan akhbar yang dia tidak pernah menerima apa-apa surat saman daripada Ogy, hah macam mana tu?

Nanti tak semena-mena Ogy akan dianggap PROPAH saja lebih, tak gitu akak? – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)

Panas! Anuar Zain Kini 'Rela' Dirinya Dicium Dan Dipeluk Peminat Wanita?

Posted: 27 Dec 2011 10:11 PM PST


Kisah Anuar Zain dipeluk dan dicium peminat fanatiknya bukanlah cerita baru. Bahkan Anuar sendiri pernah mengingatkan peminatnya agar tidak berbuat demikian.

Benar, pernah satu ketika Anuar 'rela' diperlakukan sebegitu.

"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dipetik secara meluas oleh media suatu ketika dulu.

Mungkin disebabkan kenyataan itu juga, Anuar telah dikritik teruk hingga terpaksa mengingatkan peminatnya untuk tidak berbuat demikian setiap kali melakukan persembahan selepas itu.

"Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium saya," itu peringatan yang diungkapkan oleh Anuar untuk beberapa kali dalam sebuah konsert di ibu negara beberapa bulan lalu.

Tetapi nampaknya 'ketegasan' Anuar tidak bertahan lama.

Kelmarin Anuar berada di Singapura untuk promo tour album terbaru beliau.

Dikatakan ramai sekali peminat Anuar telah datang untuk melihat persembahan dan ramah mesra Meet & Greet Session bersama penyanyi itu di Singapore Expo.

Kemudian ia diteruskan pula di City Square Hall jam 4 petang untuk sessi menandatangani autograf.
Dan ketika inilah sesi 'cium dan peluk memeluk' terjadi lagi.

Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata TIDAK kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…bukan seorang pula tu!

Bagi penulis, jika benar Anuar tidak suka perlakuan sebegitu, dia sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukannya.

Beliau masih boleh menolaknya secara hormat.

Penulis percaya, pelukan Anuar itu bukanlah berpaksikan pelukan nafsu, tetapi walau apapun alasan, ia masih dilarang dan ditegah oleh agama.

Sama ada ia berlaku di Malaysia atau Singapura itu bukanlah persoalannya.

Penulis tidak berhajat untuk menjadi ustaz dalam hal ini namun sebagai seorang yang matang dan profesional, diharap Anuar dapat menerima kritikan ini secara terbuka.

Bukan apa, Anuar dikenali sebagai seorang penyanyi hebat yang mempunyai imej yang cukup bersih dan jarang dilanda gossip liar.

Sayang sekali sekiranya semua itu musnah disebabkan reputasinya sebagai penyanyi yang suka 'dicium dan dipeluk' terus diperkatakan oleh masyarakat, Wallahualam - Oleh SYAHRIL A. KADIR

sumber : mynewshub

Pose Macho Khairul Fahmi ( Apex ) Dalam Majalah GLAM

Posted: 27 Dec 2011 10:07 PM PST

Wow! Hebat juga penjaga gol no. 1 Malaysia ni yer. Waktu di padang, lain karektornya. Waktu di depan kamera, lagi lain juga karektor dia. Hmm..macho dan bergaya.


Islam Semakin Berkembang Di Korea

Posted: 27 Dec 2011 09:40 PM PST


Salam Doktor. Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini. Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5'C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (KMF) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian 'What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.


Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

Anak muda Korea membaca al Quran




Dicatatkan oleh: Dr. Zainur Rashid

Sajian Program Hangat Hujung Tahun Di TV3

Posted: 27 Dec 2011 08:48 PM PST


Bersempena dengan sambutan Tahun Baru yang kian hampir, TV3 mengambil peluang untuk menghiburkan penonton setianya dengan pelbagai aneka rancangan menarik.

Raikan sambutan Tahun Baru dengan sajian istimewa pelbagai genre dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur menerusi rangkaian filem-filem hebat seperti Wanted, Slumdog Millionaire. dan 3 Idiots.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem terbaru seperti Aduh Sayang dan Jatuh Cinta serta imbas kembali kisah sensasi dan gosip panas dalam industri hiburan menerusi Melodi Terhangat, Fuhhh! Terbaik dan program majalah berita, Gelombang 2011.

Melodi Terhangat(Selasa, 27 Disember, 6.00 petang)

Ikuti 10 kontroversi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun 2011! Antaranya kisah dua pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish, pelakon dan pengarah drama "Asmara", Faezah Elai dan Heykal Hanafiah, cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida serta perang Twitter Azwan Ali.

Fuhhh! Terbaik (Selasa, 27 Disember, 11.00 malam)

Episod khas ini akan mengimbas kembali fesyen-fesyen artis tanah air pada majlis-majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 25, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin 2011.

Selain itu, muzik video terbaik untuk tahun 2011 dan aktiviti tanggungjawab sosial artis turut dipaparkan.

Menerusi Fuhhh! Terbaik ini juga, penonton dapat menyaksikan rumah Awal Ashaari diselongkar oleh wartawan-wartawan Fuhhh!


3 Idiots(Selasa, 28 Disember, 10.00 malam)

Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Rancho merupakan pelajar kejuruteraan dan berkongsi kediaman di Kolej Kejuruteraan Imperial.

Farhan mengambil jurusan ini kerana permintaan ayahnya sedangkan dia mahu menjadi jurugambar. Raju pula bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan Rancho kerana kegilaannya terhadap mesin-mesin.

Suatu hari, Racho jatuh cinta dengan seorang pelajar perubatan, Pia ketika Racho, Farhan dan Raju memecah masuk ke majlis perkahwinan kakak Pia untuk mendapatkan makanan percuma.

Dekan universiti, Viru, melabelkan Racho dan kawan-kawannya sebagai "bodoh" dan cuba memecah-belahkan persahabatan mereka.

Pelakon: Aamir Khan, Kareena Kapoor, Boman Irani, Sharman Joshi, Madhavan, Omi Vaidya, Mona Singh.
Mega Movie: Wanted(Jumaat, 30 Disember, 10.00 malam)

Wesley Allan Gibson, seorang kerani yang melalui rutin hidup yang membosankan. Wesley selalu dihina oleh bosnya manakala kekasihnya curang di pejabat.

Suatu hari, Wesley bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Fox yang menyampaikan berita bahawa ayahnya merupakan seorang pembunuh profesional dari kumpulan "Fraternity" dan telah dibunuh oleh Cross, yang membelot kumpulan "Fraternity".

Wesley menyedari dia mempunyai kebolehan terpendam dan membuat keputusan untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh Sloan.

Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Terence Stamp, Common, Kristen Hager, Marc Warren.

Gelombang 2011(Sabtu, 31 Disember, 5.00 petang)

Gelombang 2011 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendominasi tajuk utama sepanjang tahun 2011.

Daripada agenda politik ke kancah sukan sehinggalah perkembangan ekonomi ke perihal sosial.

Antara yang dipaparkan; tsunami Jepun, tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, kemelut negara Arab, perkahwinan DiRaja Putera William dan Kate Middleton, peletakan jawatan oleh Misbun Sidek dan kejayaan kontinjen Malaysia di Sukan SEA.


Cerekarama: Aduh Sayang(31 Disember, 9.00 malam)

Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun.

Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus.

Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

Istimewa Maher Zain (1 Januari 2012, 6.00 petang)

Kenali Maher Zain secara lebih dekat lagi melalui temu bual eksklusif dan ikuti persembahan istimewa beliau ketika Konsert Maher Zain di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Jatuh Cinta(1 Januari 2012, 9.00 malam)

Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana.
Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Eina Azman, Eyka Farhana, Hanez Suraya, Mohammad Hanis, Shukri Yahaya, Idris Mat Diah, Liza Abdullah.

Barbie Princess Charm School (2 Januari 2012, 9.00 pagi)

Barbie sebagai Blair Willows, seorang gadis yang setia menjaga ibu dan adiknya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan.

Bagi mengubah nasib keluarganya, Blair membuat keputusan drastik menyertai Princess Charm School dengan harapan dapat menjadi Kerabat DiRaja suatu hari nanti.


Pelakon: Diana Kaarina, Morwenna Banks, Nicole Oliver, Brittney Wilson, Ali Liebert, Shannon Chan-Kent.
Slumdog Millionaire(2 Januari 2012, 5.00 petang)

Mengisahkan tentang Jamal Malik, berusia 18 tahun, anak yatim berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang bakal melalui perubahan terbesar di dalam hidupnya.

Seluruh negara sedang menonton keajaiban Jamal yang hanya perlu menjawab satu sahaja soalan lagi sebelum memenangi 20 juta rupees di dalam rancangan "Who Who Wants To Be A Millionaire?".

Seluruh negara dikejutkan dengan penahanan Jamal kerana didakwa menipu. Jamal terdesak untuk membuktikan dia tidak bersalah, dia mula menceritakan kaitan setiap soalan yang ditanya dengan kisah silamnya.

Pelakon: Dev Patel, Saurabh Shukla, Anil Kapoor, Rajendranath Zutshi, Jeneva Talwar, Freida Pinto.
Pearl Screen: Armour Of God (2 Januari 2012, 10.00 malam)

Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang.
Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik.

Jackie mencuri salah satu pedang lagenda yang terkenal dengan nama "Perisai Tuhan" (Armour of God) dari sekumpulan puak Afrika. Dapatkah Jackie menyelamatkan Laura dari kumpulan pemuja syaitan tersebut?
Pelakon: Jackie Chan, Alan Tam, Rosamund Kwan, Lola Forner, Bozidar Smiljanic, Ken Boyle. (mstar)

SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa

Posted: 27 Dec 2011 08:42 PM PST

Tahun 2011 menyaksikan industri hiburan tanah air telah kehilangan beberapa nama besar. Biarpun meninggalkan kita buat selama lamanya, namun jasa mereka dalam dunia hiburan tetap diingati.

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh umat Islam dan mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


1 Januari 2011 - (Faizal Yusup)

Tahun baru 2011 dibuka dengan berita sedih apabila pelakon Mohd Faizal Yusup,33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), kira-kira pukul 1.45 petang iaitu pada hari Sabtu, akibat serangan jantung.

Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur. Faizal meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, hasil perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Siti Nordiana, manakala perkahwinan kedua bersama Rosmunira Rashid dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Raqqim Fyzal.


19 Januari 2011 - (Antonio Vincent)

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu "Hatiku Kau Guris Luka" dan "Nak Kahwin Duit Tak Ada" ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.


21 Februari 2011 - (M.Vasudevan)

Penyanyi rakaman popular Malaysia, M. Vasudevan meninggal dunia di selatan bandar Chennai, China selepas mengalami serangan jantung minggu lepas.

Penyanyi berusia 67 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas serangan jantung dan meninggal dunia di sebuah hospital swasta semalam.

Lebih dikenali dengan nama "Vasudevan Malaysia" di Kollywood, iaitu Bollywoood versi selatan, mendiang telah menyanyikan 8,000 lagu Tamil.


2 April 2011 - (Seri Bayu)

Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.

Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu. Jenazah beliau dikebumikan di rumah keluarga angkatnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.


10 Mei 2011 - (Aimi Jarr)

Pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa, 10 Mei 2011.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Ketika hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P.Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media.

Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Production milik Datuk Yusof Haslam.



14 Mei 2011 - (Orchid Abdullah)

Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau "paraganglioma" sejak tiga tahun lalu.


21 Mei 2011 - (Mahyon Ismail)

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetesnya sahaja.

Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.


19 Jun 2011 - (Zami Ismail)

Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Allahyarham yang popular dengan sitkom "Pi Mai Pi Pai Tang Tu" pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" (arahan Mamat Khalid) dan "Shh...Dia Datang" (Saiful Apek).

Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.


1 Ogos 2011 - (Hasnah Haron)

Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.

Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah "Bersedih", "Sabar Menanti", "Aliran Usia", "Jauh Dariki", "Mengharap Kasih" dan "Bintang Pujaan."


5 Oktober 2011 - (Chee Hood Siong (gambar kiri) )

Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, "Baba Nyonya", Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.

sumber : mstar

SOROTAN Panas & Kontroversi Santapan Dunia Selebriti 2011

Posted: 27 Dec 2011 06:59 PM PST


PETALING JAYA: Dunia seni tanah air tidak pernah suram dengan pelbagai cerita panas dan kontroversi artis yang sentiasa menjadi perhatian peminat.

Seperti tahun-tahun sebelum, 2011 juga mencatatkan pelbagai cerita kurang enak yang melibatkan segelintir artis dan mStar Online menyingkap kembali beberapa peristiwa menjadi bualan peminat.


1. Rozita Che Wan - Antara Shahir dan Zain Saidin

Rozita Che Wan menutup tahun 2010 dengan kontroversi apabila mengumumkan akan bersara daripada dunia lakonan sepenuhnya pada tahun 2011.

Namun wajah jelita pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah ini terus menghiasi kaca televisyen dan muka hadapan majalah apabila menyatakan tidak jadi bersara kerana tawaran lakonan diterima cukup banyak.
Belum reda kecaman daripada masyarakat mengenai 'cakap tak serupa bikin', Rozita terus menghangatkan 2011 dengan kontroversi dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi, Shahir dan pasangannya dalam drama bersiri popular, Kiah Pekasam, Zain Saidin.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka menafikan dakwaan itu dan memberitahu mereka menjadi mangsa gosip dan hanya rapat sebagai kawan.


2. Konflik Pekida, KL Gangster dan Kongsi

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berang apabila filem KL Gangster arahan Shamsul Yusof dan filem Kongsi arahan Farid Kamil didakwa menggunakan kata kunci pertubuhan itu yang selama ini dianggap rahsia selain dikatakan menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster orang Melayu.

Pekida Wilayah Persekutuan tempoh seminggu kepada Skop Production dan Metrowealth untuk membuat permohonan maaf kerana telah mempersendakan pertubuhan itu.

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan memohon maaf kerana menegaskan apa yang diangkat di dalam filem tersebut adalah tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam mengambil jalan tengah apabila menyatakan ingin berdamai dengan Pekida dan memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan pertubuhan itu.

Majlis yang berlangsung pada 17 Jun itu turut dihadiri oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.


3. Arah Video Berunsur Lucah, Gambit Dikecam

Pertama kali mengarahkan klip video untuk penyanyi Prema Yin berjudul Marilah nyata memberi impak besar kepada kerjaya seni pelakon, Gambit Saifullah apabila ia dikatakan mempamerkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi.

Gambit juga didakwa sengaja berbuat demikian bagi meraih publisiti murahan khususnya peminat industri hiburan tanah air.

Pelakon itu menjelaskan klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara.

Dia menganggap video tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Malah menurutnya, ia tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.


4. Raja Azmi Perosak Rumah Tangga Roslin Hashim

Tidak kering dengan pelbagai kontroversi, penerbit filem, Raja Azmi sekali lagi dikaitkan dengan penceraian kali kedua jaguh badminton, Roslin Hashim apabila dia dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh isteri Roslin iaitu Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pada pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun Raja Azmi menafikan dakwaan telah melakukan khalwat bersama Roslin seperti didakwa oleh isteri Roslin sehingga kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Penerbit filem ...Dalam Botol itu juga berang apabila beberapa kali kesnya itu ditangguhkan di mahkamah sehingga menyebabkannya berang.

Bagaimanapun, kes berkenaan selesai apabila tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Rentetan daripada itu, Raja Azmi dalam satu sidang media khas menyatakan ingin menyaman tiga individu yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada kemelut itu.


5. Marsha Tolak Dakwaan Bunuh Diri

Pelakon dan penyanyi jelita, Marsha didakwa telah cuba membunuh diri dengan menelan pil akibat kecewa dengan percintaannya yang putus di tengah jalan.

Ekoran itu, dia telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan telah memanaskan lagi spekulasi yang terpalit padanya.

Kecewa dengan tuduhan itu, Marsha dalam satu sidang media berkata, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perbuatan bodoh iaitu membunuh diri hanya kerana putus cinta dengan menelan 30 biji pil seperti yang didakwa.

Marsha berkata, dia tidak menafikan percintaan dia dengan seorang lelaki berbangsa Melayu sebelum ini sering menghadapi masalah, tetapi hal tersebut dapat diselesaikan dengan baik.


6. Sengketa Johan As'ari-Izreen Azminda.

Mengakui pernah membenci Johan ketika bersama-sama berlakon dalam siri popular, Juvana, pelakon Izreen Azminda bagaimanapun pernah memberitahu kebencian itu telah memaut hatinya kepada pelakon berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, kasih sayang antara mereka tidak lama apabila Izreen dikatakan berang dengan Johan yang bergambar mesra dengan pelakon Fasha Sandha untuk poster promosi drama Cinta Elysa.

Tidak terhenti di situ, persengketaan mereka bertambah hangat apabila Johan enggan mengaku tentang status hubungan mereka yang didakwa Izreen bermula pada Mei lalu.

Izreen mendakwa, Johan sebelum ini pernah mengaku mencintai dan menyayanginya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Johan pula dalam kenyataan balas menyatakan kecewa dengan tindakan Izreen yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah 'cinta' mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

Mereka kini tidak lagi mempunyai hubungan cinta dan Izreen pula bakal bertunang dengan seorang jejaka Mohammad Riza Baharuddin pada 1 Januari ini.


7. Antara 'Sedetik Lebih' dan 'Penakut'

Kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM18) lalu telah mengheret penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai dalam kancah kontroversi.

Lagu ciptaannya, Penakut yang dinobatkan dalam anugerah itu ditarik balik dan mengumumkan pemenang baru iaitu lagu Sedetik Lebih ciptaan komposer, Edry Abdul Halim.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

Rosmin berkata pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.


8. Chef Wan Berang Dengan Anak Sendiri

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan anak lelakinya serta melemparkan kata-kata 'pedas' ekoran tindakan anaknya yang didakwa menipu mengenai pengalaman bekerja di luar negara dalam resumenya.

Chef Wan berkata, anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz) yang kini menjadi juri dalam rancangan masakan popular di saluran Astro Ria, Master Chef Malaysia perlu menghadapi akibat daripada perbuatannya itu.

Beliau telah memarahi anaknya lelaki tunggal itu sambil menyifatkan tindakan Chef Riz lebih teruk daripada seorang pelajar yang menipu dalam kelas.

Sebelum ini, Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria.

Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyataan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Chef Wan berkata anak sulungnya itu perlu memohon maaf kepada semua dan menerima tindakannya yang kurang bijak itu.


9. Kritikan Pedas, Adlin Aman Berang Dengan Chef Wan

Pelakon Adlin Aman Ramli baru-baru ini telah melancarkan 'Perang Facebook' terhadap juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuwan Ismail apabila dia bengang dengan komen negatif dalam entri Facebook milik Chef selebriti itu selain sering menerima kritikan pedas sewaktu melakukan persembahan di MLM.

Dalam beberapa entri, Chef Wan menyifatkan Adlin sebagai kurang sopan kerana pernah mempersendakan arwah bapanya sendiri iaitu pelakon A.R Tompel dalam persembahan yang dibawakan selain lawak yang dibawa tidak menjadi.

Adlin pula menolak dakwaan tersebut dan menganggap Chef Wan tidak faham dengan lawak yang dipersembahkan.

Chef Wan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan bersemuka dengan Adlin ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.

Chef Wan berkata, tidak ada keperluan untuk menjernihkan keadaan selepas Adlin yang tersingkir daripada MLM pada minggu ketujuh konsert itu, melancarkan 'perang status' di laman sosial Facebook. -mstar-

Shila Amzah Akui Janggal Dipanggil 'Nabella'

Posted: 27 Dec 2011 06:51 PM PST

Shila Amzah
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah (gambar)yang kini bergelar pelakon tidak selesa dipanggil Nabella selepas muncul dalam telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang.

Menurut Shila, pengalaman tersebut menyeronokkan tetapi cabaran terbesar apabila dia terpaksa menjadi orang lain melalui watak Nabella.

"Biasanya orang memanggil saya dengan nama Shila, jadi saya rasa janggal apabila dipanggil Nabella.

"Bagaimanapun, Michael dan hero telefilem ini iaitu Sharnaaz Ahmad tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya baru pertama kali berlakon.

"Saya juga rasa seronok kerana dapat menyesuaikan keadaan dengan krew produksi yang sama membikin penggambaran muzik video lagu Patah Seribu sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kata Shila, telefilem yang turut dilakonkan oleh Amar Baharin, Sharifah Shahora, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah itu dijangka akan disiarkan pada Februari 2012.

"Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya.

"Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik.

"Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu.

"Lagu Patah Seribu turut dipilih sebagai lagu tema," ujarnya.

Tambah Shila lagi: "Ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton lakonan saya dan saya menganggap telefilem Patah Seribu sebagai hadiah untuk mereka pada 2012 nanti."

Shila tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk berlakon lagi selepas ini sekiranya ada watak yang sesuai.

"Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan pada nyanyian dan pada tahun depan saya mempunyai banyak perancangan untuk nyanyian," katanya yang akan melancarkan muzik videonya serentak dengan telefilem tersebut kelak.

Bagaimanapun, peminat sudah boleh menonton muzik video itu di YouTube.

Menyentuh tentang hubungannya dengan heronya dalam Patah Seribu iaitu Sharnaaz Ahmad, Shila akui mereka masih berkawan tetapi hubungan itu sudah melebihi dari kawan.

"Hubungan kami sudah melepasi lebih dari kawan tetapi bukan kekasih. Saya mengenalinya sudah lebih setahun dan mula rapat sejak Anugerah Skrin 2011," katanya menjawab spekulasi hubungannya dengan Sharnaaz yang dikatakan sedang hangat bercinta.-mstar-

Lady Gaga Disaman RM1.2 Juta

Posted: 27 Dec 2011 06:49 PM PST


PENYANYI Lady Gaga (gambar) berhadapan dengan kes saman lagi apabila bekas pembantunya menuntut sejumlah wang kira-kira RM1.2 juta.

Seperti dilaporkan oleh Showbiz Spy, Selasa, Jennifer O'Neill menuntut Gaga untuk membayar upahnya dalam jumlah tersebut. Jennifer pernah menjadi pembantu Gaga selama lebih setahun.

Menurut Jennifer, bekerja untuk Gaga adalah sebuah mimpi buruk. Bahkan, Jennifer tidak pernah mempunyai masa untuk tidur selama 13 bulan.

Peguam yang mewakili Gaga menganggap tuntutan Jennifer tidak mempunyai alasan yang jelas.

Pihak Gaga menganggap penyanyi lagu popular 'Poker Face' itu selalu memperlakukan rakan sekerjanya dengan baik. Bahkan, baru-baru ini, Gaga menghadiahkan lampin selama setahun kepada pemandunya yang baru saja menerima kelahiran cahaya mata. -mstar-

Tarikh Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 Bocor?

Posted: 27 Dec 2011 06:43 PM PST


Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press telah meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik lagi apabila akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada 15 Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.
 
sumber : empayar-pemuda / harapan-esok

Kerja Amal Jimmy

Posted: 27 Dec 2011 06:30 PM PST


PASTINYA ramai yang sudah tahu tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku di antara pengacara Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang ketika ini masih lagi dibicarakan di mahkamah.

Dengan kemelut yang melanda pasangan tersebut, ia seolah-olah turut memberi impak kepada hubungannya sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Zahrah Shanley yang telah dilahirkan pada 24 Jun yang lalu.

Masakan tidak, pengacara yang popular menerusi rancangan Trek Selebriti ini meluahkan sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Zahrah setelah kali terakhir menatap anaknya pada bulan Jun lalu semasa baru dilahirkan.

Jimmy mendakwa, dia dihalang daripada bertemu dengan anaknya yang kini tinggal bersama keluarga isterinya.

"Bapa mana yang tidak sedih kalau tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak kandung sendiri. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi seorang bapa yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya seperti bapa-bapa yang lain.

"Melihat ibu bapa yang membawa anak mereka keluar bersiar-siar, sudah tentu saya ingin lakukan perkara yang sama. Dalam hati, hanya Allah yang tahu tentang perasaan rindu saya terhadap Zahrah," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Antara Garisan baru-baru ini.

Untuk mengubati kerinduan terhadap anak sulungnya itu, Jimmy memberitahu, cuma gambar-gambar sahaja yang menjadi pengubat kelukaan, selain sentiasa berdoa agar anaknya terus berada dalam keadaan yang sihat.

Ujarnya lagi, dia hanya berkesempatan dapat bermanja dengan Zahrah sewaktu baru dilahirkan, kini peluang tersebut seolah-olah semakin sukar dan dia seperti dihalang untuk bertemu dengan anaknya itu.

"Saya tidak kisah kalau sudah ditakdirkan tidak bahagia untuk menjadi seorang suami. Saya lebih rela sekiranya dapat menjadi seorang bapa yang terbaik kepada anak saya dan mahu melihatnya membesar seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

Pada masa yang sama, Jimmy secara terus-terang mengaku masih lagi mencintai isterinya itu dan tidak berhasrat untuk melepaskannya, biarpun Suhaila sudah memfailkan penceraian di mahkamah.

Akuinya, walaupun kini dia mempunyai ramai kenalan wanita, tetapi dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti dan terus berharap agar isterinya itu akan kembali hidup bersama dengannya.

"Secara terus-terang saya bersedia untuk memberi kemaafan kepada isteri atas segala kesalahan yang dilakukan. Setiap hari saya berdoa supaya Allah dapat melembutkan hati dia.


TANPA disedari rumah tangga yang dibina Jimmy dan Suhaila sudah menjangkau usia setahun.


"Ibu mertua juga turut memberi nasihat supaya saya tidak melepaskan Suhaila. Buat masa ini, saya sudah lali dengan apa yang berlaku dan menyerahkan semua keputusan kepada mahkamah," jelasnya.

Mengenai pendedahannya di Mahkamah Rendah Syariah baru-baru ini dengan mendakwa isterinya itu seorang kaki judi dan perokok yang menjadi punca permasalahan rumah tangga mereka, Jimmy enggan mengulas panjang memandangkan kesnya itu masih lagi dalam proses perbicaraan.

Ujarnya, selepas ini dia berharap supaya kes perbicaraan tentang kesnya itu akan dibicarakan secara tertutup supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak termasuk dirinya sendiri.

"Lagipun sehingga sekarang dia masih lagi isteri saya dan pada masa yang sama saya perlu menjaga nama baik dan reputasi keluarga mertua memandangkan mereka agak dikenali ramai," ujarnya.

Ditanya sama ada dia berasa kesal terhadap apa yang menimpa dirinya saat ini, pengacara tersebut memberitahu dia tetap menerima dengan hati terbuka walaupun agak pahit untuk ditelan.

"Ada peminat yang memberikan nasihat supaya saya terus tabah dalam mengharungi kehidupan seharian. Bila difikirkan semula, saya rasa patut bersyukur kerana ada orang lain yang lebih tidak bernasib baik," ujarnya.

Ceramah motivasi

Selain kelihatan tenang dan ceria sewaktu bertemu dalam majlis pelancaran drama Antara Garisan baru-baru ini, ternyata tubuh pengacara itu juga dilihat lebih berisi berbanding sebelumnya.

Menurut Jimmy, jika sebelum ini berat badannya cuma sekitar 54 kilogram, tetapi kini berat badannya meningkat kepada 64 kilogram sehingga menampakkan bentuk badannya yang berisi.


JIMMY kini mahu meluaskan bakat ke dalam bidang lakonan.


"Biasanya kalau tidak ada sebarang pekerjaan, saya lebih suka duduk di rumah dan memasak. Bila ada masa terluang, saya akan mengajak rakan-rakan untuk datang ke rumah dan menjamu mereka makanan yang saya masak.

"Bagi saya, itu adalah salah salah satu cara yang mampu saya lakukan dalam usaha untuk melupakan segala masalah yang dialami sekarang ini dan rasa lebih tenang dengan kehidupan sekarang," ujarnya.

Menurutnya lagi, kini dia juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa masjid di kawasan kediamannya dan diberi tugas untuk memberi ceramah motivasi kepada kanak-kanak.

Ujarnya, ia adalah salah satu aktiviti secara sukarela yang dilakukan ketika ini dan gembira kerana dapat mendampingi kanak-kanak, sekali gus turut dapat mengubat kerinduan terhadap anaknya itu.

"Pada masa yang sama, saya kini turut menyertai Islamic Relief Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan. Pada bulan hadapan, saya sudah ada perancangan untuk memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah," ujarnya. -kosmo-

Masa Depan Peserta Masterchef

Posted: 27 Dec 2011 06:24 PM PST


CHEF RIZ meminta agar audiens tidak terlalu emosi apabila peserta disingkirkan 
kerana masa depan mereka tetap cerah.
PROGRAM realiti masakan terkenal Masterchef yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) kini hanya tinggal 8 orang peserta bagi merebut gelaran juara Masterchef sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta menerbitkan buku masakan sendiri.

Sehingga hari ini, program Masterchef sudah memasuki episod yang yang ke-59. Cabaran yang diberikan semakin hari semakin sukar. Hanya mereka yang berbakat, kreatif dan tabah sahaja akan kekal sehingga ke peringkat akhir kelak.

Mengulas mengenai prestasi peserta sepanjang program ini berlangsung, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz, 29, yang merupakan salah seorang juri tetap program ini berkata, prestasi peserta semakin bagus meskipun kadangkala dia kecewa dengan hasil masakan peserta.

"Dalam program ini prestasi peserta saya lihat semakin bagus tetapi ada naik turunnya. Mereka yang sudah sampai tahap top 10 ada masanya mengecewakan saya walaupun masakan mereka okey tetapi ada yang belum cukup baik.

"Tetapi dalam ramai-ramai peserta ada tiga dan empat orang yang saya lihat layak berada sehingga ke peringkat final kerana konsisten serta kualiti masakan yang diberikan," ujarnya yang merahsiakan nama-nama peserta yang dianggap terbaik itu.

Chef Riz yang merupakan suami kepada aktres Ana Dahlia itu turut menambah program Masterchef bukanlah sebuah program realiti berlandaskan emosi dan membidas penonton yang mempertikaikan keputusan juri ketika proses penyingkiran berlaku.

"Penonton harus ingat bahawa ini sebuah program realiti masakan, kita nilai daripada segi rasa, persembahan dan skil masakan seseorang peserta.

"Sebaliknya pula yang berlaku terhadap penonton yang cepat berasa kasihan serta emosi contohnya ketika penyingkiran Mohamad Saiful Alip, seorang penoreh getah.

"Akhirnya, juara Masterchef mewakili tukang masak amatur di Malaysia. Mungkin pada masa depan mereka akan diundang untuk menyertai program Masterchef negara lain, jadi kita harus bersiap sedia memilih yang terbaik daripada yang terbaik," balasnya.

Kesemua peserta Masterchef dikuarantin selama 12 minggu sepanjang penggambaran program berlangsung dan sepanjang itu juga penonton dapat menyaksikan tekanan yang diberikan buat peserta.

Kata Chef Riz, tekanan itu sengaja diberikan kepada peserta untuk membiasakan diri mereka dengan situasi dan tekanan sebenar bekerja di dapur sebagai tukang masak profesional.

"Memang juri Masterchef sengaja beri tekanan kerana itulah hakikat sebenarnya dalam bidang masakan. Masa diberi terhad, kehendak kami sebagai juri sangat tinggi, jika mereka boleh bertahan maknanya mereka boleh bekerja sebagai tukang masak profesional," tuturnya.

Bercakap mengenai masa depan peserta program ini, Chef Riz memberitahu ada antara peserta yang tersingkir pada peringkat awal sudah mula bekerja dalam bidang masakan.

"Sebenarnya masa depan peserta bergantung kepada impian masing-masing. Ada yang masuk program ini sekadar ingin mencari pengalaman dan ada yang benar-benar ingin menukar bidang pekerjaan ke bidang masakan.


CHEF ZUBIR memuji sikap peserta Masterchef yang semakin serius terhadap seni kulinari.


"Seperti salah seorang peserta, Aishah seorang pemandu lori, dia tidak dapat masuk top 24 tetapi kerana semangat, minat dan impiannya untuk bekerja dalam industri makanan, saya ambil dia bekerja. Sekarang dia bekerja di restoren milik saya, On The Table Cafeteria di Putrajaya," katanya.

Timbul minat

Seorang lagi juri tetap program Masterchef, Chef Zubir atau nama sebenarnya Zubir Md. Zain, 45, memberitahu kebanyakan peserta program ini mempunyai minat untuk mendalami bidang masakan secara serius.

"Walaupun pada peringkat permulaan mereka sekadar mencuba nasib dan ingin pengalaman tetapi apabila mereka masuk program ini, perasaan cinta terhadap bidang masakan bercambah.

"Ramai yang tanya saya, apa yang mereka perlu lakukan selepas tersingkir atau program ini tamat. Bagi saya setiap peserta yang keluar daripada Masterchef mempunyai peluang cerah tetapi belum boleh terus jadi chef profesional kerana mereka harus belajar dan bermula daripada bawah sebelum jadi yang terbaik," jawabnya.

Kagum dengan semangat yang ada dalam diri setiap peserta Masterchef, kata Chef Zubir andai kata program ini akan diteruskan untuk musim yang kedua pesertanya kelak harus lebih banyak menimba ilmu masakan sebagai persediaan.

"Sekurang-kurangnya peserta harus tahu masakan tempatan, Barat dan Asia. Lebih baik jika mereka tahu bagaimana untuk memasak pencuci mulut atau masakan sejuk kerana dalam Masterchef bukannya semua tugasan memasak masakan panas sahaja," ucapnya.

Selain bertindak sebagai pengacara dan juri, Chef Zubir, Chef Riz dan seorang lagi juri tetap iaitu Chef Johari Edrus turut terlibat memberi idea dalam pemberian cabaran kepada peserta.

Program Masterchef versi Malaysia yang merupakan sebuah program francais di lebih 10 buah negara seperti Amerika Syarikat, Greece, Indonesia, India, Croatia, Australia, New Zealand, Filipina dan Sweden bersiaran setiap hari Rabu sehingga Sabtu pada pukul 9 malam hanya di Astro Ria. -kosmo-

Mewahnya Anak Tom Cruise dan Katie Holmes

Posted: 27 Dec 2011 06:10 PM PST


 SURI


PASANGAN Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan telah menyewa tempat meluncur ais yang ditutup daripada dikongsi orang ramai khusus untuk puteri mereka, Suri, dengan harga RM16,000 selama satu bulan.

"Cruise menyewanya selama musim (dingin) ini sehingga tidak ada orang lain yang boleh menggunakannya," ujar sumber kepada New York Daily News.

Sebelum ini, Cruise dan Holmes juga dikhabarkan telah membelanjakan sebanyak RM410,000 untuk membeli hadiah Krismas yang diinginkan Suri iaitu seekor kuda poni, subang berlian dan gaun buat anak mereka yang hanya berusia lima tahun itu. -kosmo-

Permohonan ke IPTA ditutup 31 Disember

Posted: 27 Dec 2011 06:06 PM PST




KUALA LUMPUR - Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe. gov.my.

Rezeki Selepas Air Pasang Besar

Posted: 27 Dec 2011 06:03 PM PST

SEBAHAGIAN hasil tangkapan remis yang dikutip orang ramai selepas fenomena air laut pasang besar sejak beberapa hari lalu.



BACHOK - Di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap fenomena air laut pasang besar yang berlaku beberapa hari lalu di daerah Dungun, Terengganu dan sepanjang pantai di sini, wujud pula rahmat yang menawarkan rezeki melimpah kepada para penduduk.

Selepas kejadian tersebut, beberapa jenis hidupan laut terutamanya remis kelihatan bertaburan di sepanjang pantai berkenaan.

Antara pantai yang menjadi tumpuan untuk mengutip remis yang dikatakan enak dijadikan juadah ialah Pantai Canggung dekat sini.

Seorang penduduk, Mohd. Wajdi Hanafi, 49, berkata, remis yang hidup di dasar laut itu dibawa bersama ombak besar sehingga ke kawasan pesisir pantai.

Menurutnya, remis boleh didapati di pesisir pantai sekali dalam tempoh setahun pada waktu penghujung musim sekitar Januari, namun fenomena air pasang besar ini telah menyebabkan hidupan laut tersebut bertaburan di pesisir pantai lebih awal.

"Pelbagai cara atau resipi boleh digunakan untuk menikmatinya seperti digoreng, masak tumis pedas, sup, dijadikan pekasam dan juga enak disalai. -kosmo-

Gambar 1,055 Buah Kereta Honda Dimusnahkan

Posted: 27 Dec 2011 05:58 PM PST


SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.



BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.

Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.

"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.

Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.

Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP


*entah-entah tipu jer apa...tengok2 diaorang repair dan jual balik kat kita...hehe:)

Gambar Pengasas Facebook, Zuckerberg Menunggang Kerbau Di Vietnam

Posted: 27 Dec 2011 05:55 PM PST


 
GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.


HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.

Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.

Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.

Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.

Dia mengasaskan Facebook pada 2004.

Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi

Kereta Dikepung Harimau Lapar

Posted: 27 Dec 2011 05:50 PM PST


SEJUMLAH pelancong yang menaiki sebuah bas menyaksikan beberapa ekor harimau Siberia cuba untuk menangkap seekor ayam mati (dalam bulatan) di Taman Hutan Harimau Siberia di Harbin, China semalam.



HARBIN, China - Sejumlah harimau mendekati sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Hutan Harimau Siberia di sini, China semalam.

Kereta itu dinaiki oleh kakitangan yang menjaga harimau itu untuk melemparkan ayam mati kepada haiwan tersebut.

Sejumlah pelancong yang menaiki sebuah bas turut menyaksikan beberapa ekor harimau berebut untuk mendapatkan ayam yang dicampakkan ke arah haiwan tersebut.

Menurut laporan media, lebih 800 ekor harimau Siberia tinggal di taman tersebut yang menjadi pusat pembiakan haiwan yang terancam. - Reuters

Cahaya lampu bandar di Portugal dilihat di angkasa lepas

Posted: 27 Dec 2011 04:45 PM PST

GAMBAR menunjukkan limpahan cahaya lampu di Portugal (kiri) dan Sepanyol (kanan) yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini.



FLORIDA -Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas.

Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.

Gambar itu menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. - AFP

No comments: